WorksheetsPSV TINGKATAN 4 (SENI UKIRAN)
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Prinsip Asas seni ukiran daripada aspek bahasa seni visual dapat dilihat pada susunan _________ yang dihasilkan.
Kelarai
Corak
Motif
Pola
Dalam seni ukiran, pengulangan motif dalam sesuatu ukiran menimbulkan kesan ___________ dan ____________ .
Harmoni
Kepelbagaian
Tenang
Kompleks
Apakah nama alat yang digunakan untuk membuat silat, mengikis dan melicinkan silat dalam proses ukiran?
Pahat
Getar
Kikir pari
Pisau wali
Dalam proses melicinkan permukaan yang diukir, pengukir boleh menggunakan ______________ atau ____________ .
Daun mempelas
Daun Palas
Kertas katrij
Kertas pasir
Bahan utama yang sering digunakan adalah kayu yang halus, liat uratnya, kayu yang tua dan benar- benar kering. Antara kayu yang digunakan adalah?
Kayu meranti merah
Kayu Getah
Kayu merbau
Kayu Manggis
kayu cengal
Setelah selesai proses mengukir, bahan kemasan perlu digunakan untuk menjadikan hasil ukiran lebih berkilat dan tahan lama serta menampakkan urat kayu, antara bahan berikut, manakah bahan kemasan yang digunakan?
Syelek
Cat Air
Varnis
Cat minyak
Motif dalam seni ukiran ialah awan larat atau ragam hias yang diilhamkan daripada beberapa unsur, motif ukiran yang sering dihasilkan adalah kosmos, flora, fauna, geomtri, dan _____________ .
Haiwan
Pokok
Kaligrafi
Awan
Jenis ukiran dapat dibahagikan kepada 5 jenis iaitu, ukiran layang, ukiran tebuk timbul bersilat, ukiran tebuk timbul tanpa silat, ukiran tebuk tembus bersilat, dan _____________ .
Ukiran bersilat
Ukiran bersilat serong
Ukiran bersilat minangkabau
Ukiran tebuk tembus tanpa silat
Gambarajah ukiran kayu tersebut adalah satu contoh jenis ukiran?
Ukiran tebuk tembus tanpa silat
Ukiran tebuk timbul tanpa silat
Ukiran tebuk timbul bersilat
Ukiran tebuk timbul tanpa silat
"Silat ini diukir lengkung di tengah bunga, bentuknya seperti silat belah rotan tetapi bentuk pada bahagian cembung dipelbagaikan"
Penyataan ayat diatas merujuk kepada silat jenis?
Silat serong
Silat Minangkabau
Silat dada tuma
Silat belah rotan
Gambarajah menunjukkan hasil ukiran kayu awan larat, silat yang digunakan adalah?
Silat serong
Silat dada tuma
Silat Minangkabau
Silat belah rotan
Apakah fungsi alat ini?
Membentuk kayu
Melicinkan corak
Membentuk lengkungan
Melicinkan permukaan kayu
Manakah antara berikut pernyataan yang berkaitan dengan pola bujang?
Disebut sebagai pola putu
Bentuk ukiran yang lengkap
Corak tersusun dalam bingkai
Digunakan dalam peralatan rumah
Manakah antara berikut yang berkaitan dengan pola pemidang?
Disebut sebagai pola bingkai
Motif disusun dalam bingkai
Berfungsi sebagai gubahan lengkap
Biasanya menunjukkan gubahan pola dengan motif tunggal
Ukiran kayu tradisional terdapat pada masjid, bangunan dan rumah tradisional Melayu. Apakah fungsi ukiran kayu tersebut?
Sebagai ragam hias
Pengudaraan yang baik
Melambangkan status pemilik
Menguatkan lagi struktur bangunan
