NEW
Font size
WorksheetsTINGKATAN 3 AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF 19 NOVEMBER 2020
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Buku tatabahasa itu dikarang oleh seorang professor.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Dia sedang mencari buku yang hilang itu.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Saya dapat menjawab semua soalan itu.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Novel itu belum saya bacakan kerana terlalu sibuk.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Sarapan sudah terhidang di atas meja.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Beliau akan merasmikan temasya sukan sekolah itu.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Dia mengelap lantai hingga berkilat.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Pakaian itu telah dicuci oleh ibunya.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Pegawai itu akan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Semua kerja itu telah kami selesaikan dalam masa seminggu.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.
Segala titah perintah tuanku akan patik junjung.
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
“Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,” kata Aiman kepada Hafiz.
Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau Aiman ada masa lapang.
Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang,datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu jika dia ada masa lapang.
Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini jika dia kelapangan.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
Beberapa jenis haiwan liar tidak boleh diburu supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
Larangan memburu beberapa jenis haiwan liar adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
Untuk memastikan beberapa jenis haiwan liar tidak mengalami kepupusan, pemburu diingatkan supaya tidak berburu.
Beberapa jenis haiwan liar tidak dibenarkan untuk diburu kerana haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan.
Beberapa jenis haiwan liar yang dilarang untuk diburu telah mengalami kepupusan.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
Lagu kebangsaan berfungsi untuk melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara.
Bagi melambangkan kedaulatan dan kebanggan setiap negara mempunyai lagu kebangsaan masing-masing.
Setiap negara mempunyai lagu tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan negara itu.
Kebanggaan dan kedaulatan negara tidak dapat diterjemah tanpa lagu kebangsaan.
Kedaulatan sesebuah negara tiada ertinya jika negara itu tidak mempunyai lagu kebangsaan yang membanggakan.
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang tepat.
Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.
bertanya saya
ditanyakan saya
bertanya kepada saya
bertanyakan kepada saya
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang tepat.
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
Gula-gula yang saya belikan
Gula-gula yang dibeli oleh saya
Semua gula-gula yang saya beli
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang tepat.
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan kepada
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
kami akan serahkan kepada
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang tepat.
Kawasan halaman rumah kami akan bersihkan pada hari minggu.
akan dibersihkan oleh kami
kami akan membersihkan
akan kami bersihkan
kami akan bersihkan
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang tepat.
Ayah membelikan kakak seutas cincin emas bersempena dengan ulang tahun kelahiran kakak.
membeli kakak seutas cincin
membeli kakak sebentuk cincin
membelikan kakak sebentuk cincin
membelikan kakak seutas cincin
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
"Murali,jangan buang makanan itu, membazir," kata kakak.
Kakak memberitahu Murali supaya tidak membuang makanan itu kerana perbuatan itu membazir.
Kakak berkata kepada Murali supaya membuang makanan itu kerana membazir.
Kakak berkata kepada Murali agar jangan membazirkan makanan itu dan membiarkannya dibuang.
Kakak mengarahkan Mrali supaya tidak membuang makanan yang dibazirkannya itu.
