wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 4 (SENI REKA GRAFIK- ILUSTRASI)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi umum ilustrasi?

a)

Ekpsresi diri oleh pelukis

b)

Sebarang lukisan yang dihasilkan menggunakan perisian komputer

c)

Penghasilan imej bertujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses idea atau konsep

d)

Imej yang dihasilkan dalam pelbagai media atau medium dan teknik serta merupakan lukisan secara manual sesuatu yang digambarkan

2.

Ilustrasi boleh dihasilkan dalam pelbagai media, medium dan teknik selagi karya ini menunjukkan ______________ visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan.

a)

Interpretasi

b)

Dekorasi

c)

Representasi

d)

Imaginasi

3.

Antara Ilustrasi biasa yang digunakan adalah ilustrasi industri dan teknikal, ilustrasi ini biasanya digunakan.....

a)

Dalam kajian anatomi manusia dan sains perubatan

b)

Dalam memudahkan kefahaman untuk bidang perubatan dan penerbitan

c)

Dalam mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaaan industri

d)

Dalam proses atur dalam pengiklanan yang berkesan dengan infografik

4.

Ilustrasi dekoratif boleh digunakan sebagai ....

a)

Pengolahan daya cipta secara khayalan

b)

Menghiasi objek dengan sesuatu reka bentuk yang disederhanakan atau dilebih-lebihkan dengan gaya tertentu.

c)

Pengungkapan atau proses memperlihatkan atau menyatakan maksud.

d)

Medium penyampaian maklumat dan juga menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut.

5.

Ilustrasi _________ adalah ilustrasi yang memaparkan rekaan pakaian dan mempamerkan gaya rekaan pereka.

a)

Penerbitan

b)

Ekspresi

c)

Imaginasi

d)

Fesyen

6.

Ilustrasi ini berfungsi sebagai penceritaan berbentuk visual. ia juga menggunakan satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan (sequential art).


Pernyataan di atas merujuk kepada ilustrasi?

a)

Penerbitan

b)

Pengiklanan

c)

komik dan animasi

d)

Imaginasi

7.

Definisi media cetak ialah ...

a)

Alat atau perantara dalam komunikasi dan perhubungan.

b)

Alat yang sering digunakan secara meluas seperti televisyen dan internet.

c)

Alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan.

d)

Alat yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk digunakan dalam penyampaian maklumat.

8.

Medium merupakan bahan dan alatan yang digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi. Antaranya, dakwat dan cat air, gouache dan akrilik, pensel dan pensel warna, pen dan pen marker serta _____________.

a)

Arang dan pensel

b)

Pen dan kertas

c)

Pen kaligrafi dan kertas katrij

d)

Peranti digital dan perisian CGI

9.

Dalam penghasilan ilustrasi terdapat beberapa contoh teknik yang sering digunakan, antara contoh teknik moden adalah ...

a)

Digital filem

b)

Digital vektor

c)

Digital fotomontaj

d)

Digital model 3D

10.

Dalam penghasilan ilustrasi, beberapa proses penjanaan idea bergambar yang perlu dititikberatkan. Pilih susunan proses penjanaan idea yang betul?

a)

Rough, comprehensive, thumbnail

b)

Rough, thumbnail, comprehensive

c)

Thumbnail, rough, comprehensive

d)

Comprehensive, rough, thumbnail

11.

Semasa proses penjanaan idea bergambar, terdapat beberapa proses penjanaan yang perlu diambil kira.


Merujuk gambarajah ini, apakah proses penjanaan yang tersebut?

a)

Drawing

b)

Comprehensive

c)

Rough

d)

Thumbnail

12.

Manakah antara berikut, media yang sering digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi?

a)

Pen

b)

Batik canting

c)

Pensel warna

d)

Sutera saring

13.

Karya ilustrasi ini ialah jenis?

a)

Ilustrasi penerbitan

b)

Ilustrasi industri dan teknikal

c)

Ilustrasi imaginasi

d)

Ilustrasi pengiklanan

14.

Kawaii merujuk kepada seni ilustrasi Jepun yang merujuk kepada..

a)

Jenis ilustrasi

b)

Karya yang bersifat comel dan menawan

c)

Media dan teknik bagi ilustrasi

d)

Ilustrator yang menghasilkan komik

15.

Dato' Mohammad Noor bin Mohammad Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat ialah ikon komik tanah air, contoh karya komik terkenal beliau ialah ..

a)

Sang wira

b)

Kluang man

c)

Usop sontorian

d)

Kampung boy