Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020 SET 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada satu masa.

(a)  

2.

Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

(a)  

3.

Pembatalan ikatan perkahwinan dengan kuasa kadi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah.

(a)  

4.

Kengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

(a)  

5.

Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan jumlah yang sama.

(a)  

6.

Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.

(a)  

7.

Menziarahi baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

(a)  

8.

Perjanjian perkongsian teerhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua belah pihak atau lebih.

(a)  

9.

Berada di Padang Arafah walaupun sekejap di antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

(a)  

10.

Mengelilingi baitullah sebanyak tujuh kali sengan syarat-syarat tetentu untuk beribadat kepada Allah SWT.

(a)  

11.

Menyembelih binatang ternakan (al-An`am) yang dilakukan pada hari Aidil Adha atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT.

(a)  

12.

Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.

(a)  

13.

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.

(a)  

14.

Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

(a)  

15.

Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau umrah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

(a)