wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 : Sistem Penyaman Udara Kenderaan (Asas)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1. Dalam sistem penyaman udara lazim, di dalam komponen mana penyejatan bahan pendingin akan berlaku?

a)

Pemeluwap (condensor)

b)

Penapis pengering (filter drier)

c)

Penyejat / Cooling coil (evaporator)

d)

Pemampat (compressor)

2.

2. Di manakah berlakunya cecair tekanan tinggi dalam sistem AC?

a)

Di antara pemampat (compressor) dan TXV

b)

Di antara TXV dan penyejat (evaporator)

c)

Di antara pemampat (compressor) dan pemeluwap (condensor)

d)

Di antara pemeluwap (condensor) dan TXV

3.

3. Apakah fungsi Thermal Xpansion Valve?

a)

Membersih, mengering dan menapis bahan pendingin.

b)

Mengawal kuantiti bahan pendingin yang memasuki penyejat (evaporator)

c)

Membolehkan peningkatan tekanan dan suhu sebelum memasuki kondensor

d)

Ia berfungsi sebagai alat keselamatan sekiranya tekanan di dalam sistem terlalu tinggi.

4.

4. Apakah sifat bahan pendingin apabila keluar dari pemampat?

a)

Wap bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi

b)

Cecair bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi

c)

Wap bertekanan rendah dn bersuhu rendah

d)

Cecair bertekanan rendah dan bersuhu rendah

5.

5. Sekiranya didapati berlakunya pencemaran di dalam sistem penyamanan udara dan prosedur "flushing" perlu dijalankan, apakah komponen yang lain yang patut ditukar?

a)

Pemampat (compressor)

b)

Penapis pengering (receiver drier)

c)

TXV - thermal expansion valve

d)

Pemeluwap (condensor)

6.

6. Komponen utama penyaman udara ialah...

a)

Thermistor, pemeluwap (condenser), flow control dan penyejat (evaporator).

b)

Fan blower, pemeluwap (condenser), flow control dan penyejat (evaporator).

c)

Pemampat (compressor), pemeluwap (condenser), TXV dan penyejat (evaporator).

d)

Paip saliran, pemeluwap (condensor ), flow control dn penyejat (evaporator).

7.

7. Komponen apakah yang memampatkan wap bahan pendingin?

a)

Pemampat (compressor)

b)

Pemeluwap (condensor)

c)

Penyejat (evaporator)

d)

Therml expansion valve - TXV

8.

8. Di mana cecair tekanan rendah menjadi gas?

a)

Penyejat (evaporator)

b)

Pemeluwap (condensor)

c)

Thermal Expansion Valve - TXV

d)

Pemampat (compressor)

9.

9. Dalam keadaan apakah bahan pendingin semasa keluar dari pemeluwap?

a)

Wap bertekanan tinggi

b)

Wap bertekanan rendah

c)

Cecair bertekanan tinggi

d)

Cecair bertekanan rendah

10.

10. Pemampat penghawa dingin ____________ bahan pendingin yang menguap dan membolehkannya mengalir ke kondensor.

a)

memampatkan

b)

menyejukkan

c)

membekalkan

d)

membersihkan

11.

11. Menambah tekanan pada cecair akan _______ takat didihnya. Menambah tekanan pada wap akan _______ suhunya.

a)

meningkatkan , meningkatkan

b)

menurunkan, menurunkan

c)

meningkatkan, menurunkan

d)

menurunkan, meningkatkan

12.

12. Di dalam penyejat, bahan pendingin berada di bawah tekanan yang sangat rendah dan jauh lebih sejuk daripada udara di dalam kenderaan. Oleh kerana itu, haba berpindah dari ________ ke _______, menyebabkan bahan pendingin menjadi _______.

a)

bahan pendingin , kenderaan , tersejat

b)

kenderaan , bahan pendingin , terpeluwap

c)

kenderaan , bahan pendingin , tersejat

d)

bahan pendingin, kenderaan , terpeluwap

13.

13. AWAS! Tiub tekanan tinggi berhampiran pemampat sangat ________.

a)

mahal

b)

panas

c)

mudah pecah

d)

luar biasa

14.

14. Hos discaj pada pemampat menggunakan diameter _____________ hos sedutan.

a)

lebih besar daripada

b)

lebih kecil daripada

c)

sama dengan

d)

berlawanan dengan

15.

15. Pemampat penyaman udara berfungsi sebagai ________ di dalam sistem, memastikan pendingin terus beredar semasa sistem penyaman udara sedang beroperasi.

a)

penyejuk

b)

pemanas

c)

pam

d)

otak

16.

16. Di manakah Thermal Xpansion Valve dipasang di sistem penyejukan?

a)

pada salur masukan dan salur keluar pemeluwap.

b)

di antara salur keluaran penyejat dan salur sedutan pada pemampat.

c)

pada sambungan salur masukan penyejat.

d)

di antara salur keluaran penyejat dan salur masukan pemeluwap.

17.

17. Dua fungsi utama pemampat adalah mengedar bahan pendingin dan memampatkan ____________.

a)

Wap bahan pendingin bertekanan rendah menjadi wap suhu tinggi dan panas

b)

Wap bahan pendingin bertekanan tinggi menjadi cecair suhu tinggi, suhu rendah

c)

Cecair bahan pendingin bertekanan rendah ke dalam wap suhu tinggi dan panas

d)

Cecair bahan pendingin bertekanan rendah menjadi cecair suhu tinggi, panas

18.

18. __________ diletakkan di hadapan radiator, yang membolehkannya menerima aliran udara maksimum dari pergerakan kenderaan dan operasi kipas penyejuk.

a)

pemeluwap (condensor)

b)

pemampat (compressor)

c)

penyejat (evaporator)

d)

tiub orifis (orifice tube)

19.

19. Penerima-pengering sentiasa berada di sisi tekanan ________ sistem penyejukan dan dipasang ______________.

a)

rendah , di sebelah kondensor atau sebelum Thermal Xpansion Valve

b)

rendah , selepas penyejat

c)

tinggi , selepas penyejat

d)

tinggi , di sebelah kondensor atau sebelum Thermal Xpansion Valve

20.

20. Apabila bahan pendingin bergerak melalui pemeluwap, ia berubah bentuk dari _____ ke ________

a)

wap , cecair

b)

cecair , wap

c)

wap tekanan tinggi , wap tekanan rendah

d)

cecair tekanan tinggi , cecair tekanan rendah