NEW
Font size
WorksheetsBAB 3 TING1: HOMEOSTASIS
Total questions: 20
Worksheet time: 1hrs 17mins
Homeostasis ialah proses _________________ keadaan persekitaran dalam badan supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil.
pengekalan
perubahan
penyediaan
Kawal atur suhu badan manusia melibatkan __________, __________ dan _____________
sistem saraf, sistem endokrin , sistem otot
sistem pembiakan, sistem respirasi, sistem perkumuhan
sistem pembiakan, sistem rangka, sistem perkumuhan
sistem saraf, sistem endokrin , sistem limfa
Yang manakah tidak berkaitan apabila seseorang minum air dengan banyak?
ginjal menghasilkan banyak air kencing
tidak berasa dahaga
ginjal menghasilkan kurang air kencing
Apakah cara pengawal aturan suhu bagi organisma di bawah? ( kerbau )
menjelirkan lidah
menjilat bulu
berendam dalam air lumpur
berteduh di kawasan sejuk
Apakah cara pengawal aturan suhu bagi organisma di atas? ( salamander)
menjelirkan lidah
menjilat bulu
berendam dalam air
berteduh di kawasan sejuk
Transpirasi merupakan proses ____________ wap air melalui _____________ dari permukaan daun pada tumbuhan.
pengekalan, penyejatan
kehilangan, penyejatan
kehilangan, kondensasi
pengumpulan, penyejatan
Nyatakan bahagian daun yang mengawal kehilangan air.
sel pengawal
kloroplas
mitokondria
membran sel
Pokok pisang ____________ daun pada cuaca panas untuk mengurangkan kehilangan ________ melalui transpirasi
membuka, air
menggulung, air
menggulung, udara
membuka, udara
Antara berikut, yang manakah mekanisme pembetulan semasa badan mengandungi aras air yang rendah?
otak merangsang hormon supaya kurang air kencing yang dihasilkan
otak merangsang hormon supaya lebih air kencing yang dihasilkan
air kencing cair
tidak berasa dahaga
Antara berikut, yang manakah mekanisme pembetulan semasa suhu badan meningkat semasa cuaca panas?
salur darah mengembang
salur darah mengecut
bulu roma menegak
kurang berpeluh
Manakah antara sifat berikut bukan di bawah kawalaturan homeostasis dalam badan manusia?
Tekanan darah
Gula dalam darah
Suhu badan
Penglihatan warna
Antara berikut, yang manakah mekanisme pembetulan yang betul semasa suhu badan menurun semasa cuaca sejuk?
salur darah mengembang
salur darah mengecut
bulu roma condong
berpeluh sangat banyak
Nyatakan dua sistem badan yang terlibat dalam pengawalaturan air dalam badan.
sistem endokrin dan sistem perkumuhan
sistem pembiakan dan sistem perkumuhan
sistem endokrin dan sistem peredaran darah
sistem rangka dan sistem pembiakan
