WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
...Kemerdekaan adalah ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu....
Maklumat berikut menunjukkan takrif kemerdekaan oleh tokoh politik negara kita. Siapakah tokoh tempatan yang mengutarakan takrif kemerdekaan tersebut.
Tun Fuad Stephens
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Mahathir
Tun Temenggung Jugah anak Barieng
Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman. Bagaimanakah bunga tersebut dipilih sebagai bunga kebangsaan?
Pemilihan oleh Kementerian Pertanian
Meninjau pendapat rakyat
Tunku Abdul Rahman meminati bunga raya
Ditentukan oleh kabinet
Bendera Union Jack telah diturunkan oleh Tahir Abdul Majid pada 12.00 tengnh malam di Kuala Lumpur. Mengapakah bendera tersebut diturunkan?
Penukaran bendera baharu
Tamatnya penjajahan British
Gagasan Malaysia diisytiharkan
Berakhirnya Pentadbiran Tentera British
Maklumat berikut berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu.
Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli PBB pada 17 September 1957.
Apakah kepentingan negara kita menyertai pertubuhan tersebut?
Melindungi keselamatan rakyat
Melindungi hak asasi manusia
Menyertai misi pengaman
Mendapat pengiktirafan dunia
Mengapakah Malaysia menyertai Komanwel?
Bekas tanah jajahan British
Dasar pro-Barat
Ancaman keselamatan komunis
Pakatan ketenteraan
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membangunkan negara. Apakah usaha tersebut?
i. Menubuhkan HICOM
ii. Mengadakan Rancangan Malaya
iii. Menubuhkan FELDA
iv. Mencipta bendera kebangsaan.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Kerajaan memperkenal Rancangan Buku Merah pada tahun 1961. Apakah tujuan Rancangan Buku Merah diperkenalkan?
Menentang pengaruh komunis
Membasmi kemiskinan
Menstabilkan kewangan negara
Membina kemudahan asas kepada rakyat
Apakah kesan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956?
Mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu
Menggalakkan orang Melayu berkarya
Melahirkan golongan cerdik pandai
Melatih penulis buku
Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab menguruskan dan mentadbir negara terbahagi kepada tiga komponen. Apakah komponen tersebut?
i. Badan perundangan
ii. Badan kehakiman
iii. Parlimen
iv. Yang di-Pertuan Agong
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Jata negara telah diperkenalkan oleh Raja-raj Melayu pada 30 Mei 1957. Apakah kepentingan lambang tersebut?
Semangat kemerdekaan
Mewujudkan kekuatan negara
Kesetiaan kepada raja dan negara
Melahirkan semangat cinta akan negara
