wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA (SEJARAH TINGKATAN 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan

a)

Keturunan

b)

Kerajaan

c)

Wilayah

d)

agama

2.

Sejak Zaman Jahiliah, telah wujud laluan perdagangan merentasi benua yang menghubungkan pedagang arab dengan China, India dan Asia. Laluan ini dikenali sebagai

a)

Laluan Sutera

b)

jalan raya Rom

c)

Laluan Mediterranean

d)

jalan perdagangan Islam

3.

"Hidup secara nomad dan memelihara binatang ternakan".Maklumat berikut tentang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.Apakah kaum yang dimaksudkan?

a)

Badwi

b)

Hadhari

c)

Mozarab

d)

Muhajirin

4.

Nilai moral masyarakat Arab Jahiliah berada pada tahap yang sangat rendah. Penyataan ini dapat dikaitkan dengan amalan

a)

tidak menyembah tuhan

b)

tidak mempunyai ilmu pengetahuan

c)

mengamalkan riba, zina, dan berjudi

d)

memuja alam seperti pokok dan matahari

5.

Apakah kesan penurunan wahyu kedua, Surah al-Muddasir kepada Nabi Muhammad SAW?

a)

Menyebarkan Islam secara rahsia

b)

Mementingkan amalan membaca

c)

Melakukan penghijrahan ke Madinah

d)

Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia

6.

Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?

a)

Membuka wilayah baharu

b)

Memerangi golongan murtad

c)

Membahagikan wilayah Islam

d)

Menjalin hubungan dengan Rom

7.

Pilih urutan yang betul tentang zaman kerajaan Islam

a)

Umaiyah-Abbasiyah-Turki Uthmaniyah

b)

Abbasiyah-Turki Uthmaniyah-Umaiyah

c)

Umaiyah-Turki Uthmaniyah-Abbasiyah

d)

Turki Uthmaniyah-Umaiyah-Abbasiyah

8.

Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Khandak?

a)

Penggalian parit

b)

Serangan hendap

c)

Penggunaan bahan letupan

d)

Pembinaan tembok pertahanan

9.

"Menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa". Siapakah ilmuan Islam yang dimaksudkan?

a)

Ibn Sina

b)

Al-Kindi

c)

Al-Biruni

d)

Al-Battani

10.

Mengapakah reka bentuk pintu Masjid Cordoba di Sepanyol dibuat melengkung?

a)

Memberikan keselesaan

b)

Mewujudkan rasa tenang

c)

Memudahkan pengudaraan

d)

Melambangkan perasaan hormat