wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah SPM: Bab 4 - 5 (Ting 4)

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem kabilah.

Apakah kesan amalan sistem tersebut?


I Perang kerap berlaku

II Sistem beraja merosot

III Pengaruh asing lemah

IV Semangat assabiah muncul

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah sering bergaduh sesama sendiri.

Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku ?

a)

Pertukaran hak menguasai telaga zamzam

b)

Perebutan hak milik untuk mengawal Kaabah

c)

Pertelagahan kuasa mengutip cukai

d)

Pengamalan semangat kesukuan

3.

Mengapakah Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

a)

Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

Mengamalkan penyembahan berhala

c)

Hidup berpecah belah

d)

Tidak jujur dalam perniagaan

4.

Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam masyrakat Arab pada zaman jahiliah.

PERANG AL- BASUS
 \sim  Berlaku antara Bani Taghlib dengan 
            Bani Bakar
 \sim  Berlangsung selama  40 tahun

Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun ?

a)

Kerajaan pusat tiada

b)

Hasutan kerajaan Parsi

c)

Kawasan pertanian terhad

d)

Campur tangan orang Yahudi

5.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan ?

a)

Harta tergadai

b)

Hilang jawatan

c)

Maruah tercabar

d)

Keluarga terancam

6.

Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah.

 \circ  Sistem kabilah
 \circ  Semangat assabiah

Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan                    " Gagasan 1M"

             I   Menggalakkan  mobiliti   sosial
             II  Menyukarkan  perpaduan  rakyat
             III  Menggalakkan  semangat  perkauman
             IV  Menghalang  pelbagai kegiatan ekonomi

a)

I  dan II

b)

I  dan IV

c)

II  dan  III

d)

III  dan  IV

7.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?


I Menghalalkan amalan riba

II Menjalankan pemerintahan berpusat

III Menjalin kerjasama antara kabilah

IV Mengamalkan perkhawinan bebas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan

a)

Agama

b)

Darjat

c)

Puak

d)

Kawasan

9.

Pada 6 Ogos 610 Masihi,bersamaan 17 Ramadhan,Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama.


Apakah kaitan tarikh tersebut dengan Zaman Jahiliah?

a)

Penyebaran agama Islam

b)

Kemunculan kerajaan baharu Islam

c)

Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam

d)

Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

10.

Jadual di bawah berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah

Tarikh \rightarrow  6 Ogos 610 masihi bersamaan 17 Ramadhan
Tempat  \rightarrow  Gua Hirak
Peristiwa \rightarrow  Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW

Apakah kesan peristiwa tersebut ?

a)

Zaman Jahiliah berakhir

b)

Pelbagai  kaum bersatu

c)

Negara bangsa diasaskan 

d)

Sistem khalifah dilaksanakan

11.

Perjanjian tersebut dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah.

 \circ  Perjanjian Aqabah I
 \circ  Perjanjian Aqabah II
Apakah kesan perjanjian tersebut ?

a)

Ancaman Rom dan Parsi  berkurangan

b)

Keseimbangan komposisi kaum

c)

Genjata senjata dikuatkuasakan 

d)

Penyebaran agama meluas

12.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut ?

 \circ  Menyediakan tempat tinggal
 \circ  Menjanjikan keselamatan
 \circ  Kesediaan mempertahankan Islam

a)

Perjanjian Hudaibiyah

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Baih al-Ridwan

d)

Majlis Tahkim

13.

Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam ?


I Keluasan Wilayah

II Ketiadaan ajaran agama

III Penguasaan ekonomi oleh Yahudi

IV Perbalahan antara suku

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Gambar di atas menunjukkan sambutan Maal Hijrah

di Malaysia.

Sambutan tersebut diadakan setiap tahununtuk memperingati

a)

perjuangan umat Islam

b)

turunnya wahyu pertama

c)

pembukaan semula kota Makkah

d)

kelahiran Nabi Muhammad SAW

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

 \circ  Menjalin hubungan persaudaraan
 \circ  Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan  kedua-dua  kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan ?

a)

Melantik gabenor sebagai pentadbir

b)

Menyatukan wilayah-wilayah kecil

c)

Menubuhkan pasukan tentera tetap

d)

Menggubal perlembagaan Negara

16.

Jadual di bawah berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam.

Tarikh \rightarrow  1 Rabiulawal ( 12 September 622 Masihi )
Peristiwa  \rightarrow  Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah

Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?

I       Persaudaraan ummah diperkukuh
II     Kerajaan yang adil dibentuk
III     Perang saudara tamat
IV     Struktur  masyarakat berubah

a)

I  dan II

b)

I  dan IV

c)

II  dan  III

d)

III  dan  IV

17.

Abdullah bin Arqat membantu Rasullulah SAW berhijrah ke Madinah.

Apakah bentuk bantuan yang diberikan ?

a)

Kawalan keselamatan

b)

Menjadi petunjuk jalan

c)

Menyiasat pergerakan musuh

d)

Membekal barang keperluan

18.

Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.


Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut ?


I Diberi sambutan meriah

II Dijemput penduduk tempatan

III Galakan oleh pemimpin Quraisy

IV Mendapat bantuan masyarakat Arab

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi ?

a)

Memberi panduan pemerintahan negara

b)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

c)

Menamatkan permusuhan dengan Rom

d)

Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy

20.

Jadual di bawah berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah.

Peristiwa  \rightarrow  Perang Khandak
Tahun  \rightarrow  627 Masihi
Pihak Yang Menang  \rightarrow  Tentera Islam
Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut ?

a)

Peralatan yang canggih

b)

Bilangan tentera yang ramai

c)

Bantuan luar  diperolehi

d)

Strategi perang mantap

21.

Mengapakah pada tahun 628M, orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah.

a)

Pusat kegiatan ekonomi

b)

Tempat ibadat orang Islam

c)

Pusat pemerintahan kerajaan Islam

d)

Tempat turunnya wahyu Islam

22.

Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah yang bertujuan mengelakkan pertumpahan darah?

a)

Genjatan senjata selama 10 tahun

b)

Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

c)

Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah harus dipulangkan

d)

Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tidak perlu dipulangkan

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah.


630M- Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.


Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Kota Makkah dikuasai Islam

b)

Sistem Kabilah dimansuhkan

c)

Urusan perdagangan terjejas

d)

penduduk Madinah berhijrah

24.

Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.

Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?

a)

perluasan kegiatan tentera Quraisy

b)

penguasaan ekonomi oleh Rom

c)

penawanan kafilah perdagangan Parsi

d)

pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah

25.

Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas Perang Badar berakhir.


  • mengampunkan tawanan perang
  • membebaskan tawanan wanita


Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

a)

suku yang bertelagah berdamai

b)

Islam diterima dengan keralaan

c)

kebebasan beragama diamalkan

d)

pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam