wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 3 STPM - Wacana, Retorik, dan Laras

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Wacana yang utuh dapat dikenal pasti daripada


I - hujah yang kuat

II - jalinan idea yang berturutan

III - penggunaan bahasa yang berkesan

IV - hubungan erat antara unsur tatabahasanya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.
  • Hubungan sebab dan tujuan
  • Hubungan sebab dan hasil
  • Hubungan latar dan kesimpulan


Ketiga-tiga hubungan semantik di atas berkaitan dengan

a)

kesepaduan makna dan susun atur idea

b)

jalinan klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat

c)

hubungan antara kata dengan sesuatu benda yang dirujuk

d)

penggunaan bahasa yang berkesan dan mudah untuk difahami

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan wacana?

a)

Unit bahasa yang melebihi batas ayat

b)

Bahasa dalam konteks hubungan sosial

c)

Penggunaan bahasa dalam situasi yang betul

d)

Bahasa yang berfungsi untuk melahirkan fikiran

4.

Pelajar harus gigih berusaha. Kegigihan pelajar menentukan kecemerlangan akademik.


Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi

a)

kesimpulan dan syarat

b)

kesimpulan dan latar

c)

sebab dan tujuan

d)

syarat dan hasil

5.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis penanda penghubung dengan fungsinya?

a)

Perkaitan -- Dalam hal ini

b)

Pertentangan -- Selain itu

c)

Tambahan -- Kesimpulannya

d)

Harapan -- Sehubungan dengan itu

6.

Yang manakah BUKAN kohesi nahuan?


I - Penanda rujukan

II - Penanda elipsis

III - Pengulangan

IV - Kolokasi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Wacana yang manakah mengandungi penanda penggantian?

a)

Budak itu memang begitu. Budak itu enggan mendengar sebarang nasihat.

b)

Rumah pemberian ayahnya tidak sesuai untuknya. Dia mahu mencari kediaman lain.

c)

Kawan-kawan selalu mengambil berat mengenainya. Mereka memang kawan yang sejati.

d)

Kami berasal dari daerah yang sama. Pernah juga tinggal bersama ketika belajar di universiti.

8.

Wacana yang manakah yang menunjukkan hubungan syarat dan hasil?

a)

Usaha mereka gigih sekali. Kejayaan yang diperoleh sungguh cemerlang.

b)

Penduduk di situ saling membantu dalam segala hal. Kehidupan mereka menjadi mudah.

c)

Semua anaknya dapat belajar di universiti awam. Dia sangat mengambil berat tentang keperluan anak-anak.

d)

Awak patut menjadikan kejayaan abang awak sebagai motivasi. Awak juga akan memperoleh pencapaian sepertinya.

9.

Semua peserta dipakaikan pakaian yang berwarna-warni. Pakaian tersebut cantik sekali.


Perkataan yang bergaris dalam wacana di atas menunjukkan penggunaan penanda

a)

elipsis

b)

rujukan

c)

leksikal

d)

penggantian

10.

Ayat yang manakah yang memperlihatkan hubungan latar dan kesimpulan.

a)

Rumah yang besar itu cantik sekali. Rupa-rupanya rumah menteri.

b)

Dia terlalu letih setelah bermain sepanjang petang. Dia tertidur awal malam ini.

c)

Kutipan itu untuk membantu keluarga miskin. Amalan sebegini dituntut oleh agama.

d)

Encik Muthu memang gigih berniaga. Pendapatannya melebihi gaji penjawat awam.

11.

Pegawai tinggi itu terlibat dalam kes pecah amanah. Dia dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.


Wacana di atas menunjukkan hubungan

a)

sebab dan hasil

b)

syarat dan hasil

c)

sebab dan akibat

d)

sebab dan tujuan

12.

_______________ dia berasa kurang selesa, dia tetap meneruskan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.


Yang manakah penanda wacana yang TIDAK sesuai untuk ruang kosong yang bergaris di atas?

a)

Biarpun

b)

Meskipun

c)

Walaupun

d)

Begitupun

13.

Yang manakah penanda penghubung yang berfungsi sebagai penambah maklumat?


I - Iaitu

II - Malahan

III - Selanjutnya

IV - Oleh sebab itu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Yang berikut dapat dikategorikan sebagai wacana, KECUALI

a)

bab

b)

frasa

c)

makalah

d)

sejumlah ayat

15.

Saya meminjam buku cerita Hasmah yang bertajuk Adam dan Hawa. Dia baru membelinya pada minggu lepas.


Apakah jenis penanda wacana yang terdapat dalam petikan di atas?

a)

Penanda penghubung

b)

Penanda penggantian

c)

Penanda rujukan

d)

Penanda elipsis

16.

Yang manakah mengandungi penanda leksikal hiponim?

a)

Mereka kehilangan ibu bapa sejak kecil. Mereka yatim piatu.

b)

Tanah sawah kering kontang. Kini kita menghadapi musim kemarau.

c)

Pak Utih membela ayam, itik, dan angsa. Haiwan ternakan itu cepat membiak.

d)

Asmah dan Asnah berwajah jelita. Tidak hairanlah demikian kerana ibu mereka juga cantik.

17.

Abang dan keluarganya suka berkelah pada hujung minggu. Kami tidak begitu.


Penanda wacana yang digunakan dalam petikan di atas ialah penanda

a)

leksikal

b)

penghubung

c)

penggantian

d)

pengguguran

18.

Penanda elipsis terdapat dalam sesuatu wacana apabila

a)

wujudnya pengulangan kata yang sama

b)

ada bahagian mengalami pengguguran

c)

menggunakan perkataan bersinonim

d)

mengutamakan kata ganti nama

19.

"Keserasian hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa lain dalam sesuatu wacana."


Pernyataan di atas tentang

a)

koheren

b)

runtutan

c)

tautan

d)

elipsis

20.

Kesinambungan idea terjadi apabila wujudnya turutan maklumat yang jelas dan tidak bertentangan.


Hal di atas berkaitan dengan ciri

a)

Kohesi

b)

Koheren

c)

Kolokasi

d)

Penggantian

21.

Yang manakah situasi yang dapat menggambarkan penggunaan retorik pendedahan?

a)

Pembentangan usul di Dewan Rakyat

b)

Perjalanan peserta dalam Siri Kembara Asia

c)

Sesi pengenalan produk baharu sebuah syarikat

d)

Taklimat tentang pengendalian peperiksan STPM

22.

Yang manakah BENAR tentang retorik?


I -- Kesatuan fikiran yang utuh

II -- Penggunaan bahasa yang menarik

III -- Penyampaian idea secara berkesan

IV -- Bahasa yang bersifat tersurat dan tersirat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Yang manakah sesuai menggunakan retorik pendedahan dan pemerian?

a)

Bengkel menulis buku teks sekolah

b)

Kempen menambahkan ahli persatuan

c)

Bercerita tentang pengalaman yang seronok

d)

Menyatakan pendapat tentang politik semasa

24.

Semua retorik yang berikut mempunyai sifat objektif, tepat, dan jelas, KECUALI

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

25.
  • Meyakinkan khalayak
  • Mempunyai bukti yang logik
  • Khalayak mengubah pendirian dengan sendirinya


Pernyataan di atas merujuk kepada retorik

a)

penghujahan

b)

penceritaan

c)

pemujukan

d)

pemerian

26.

Teknik penyampaian idea yang memulakan wacana dengan pernyataan umum dan diikuti dengan pernyataan khusus tergolong sebagai

a)

deduksi

b)

induksi

c)

analogi

d)

eklektik

27.
  • Mementikan kehalusan berbahasa
  • Menyelitkan unsur psikologi
  • Mempengaruhi pemikiran pendengar


Ciri-ciri di atas berkaitan retorik

a)

penghujahan

b)

penceritaan

c)

pemujukan

d)

pemerian

28.

Bencana alam mengancam hidupan liar. Letusan gunung berapi memusnahkan binatang di sekitarnya. Kebakaran hutan merentungkan pokok-pokok. Banjir juga tidak memberikan ruang kepada hidupan liar yang lemah.


Yang manakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas?

a)

Eklektik

b)

Analogi

c)

Deduksi

d)

Induksi

29.

Yang manakah ciri retorik penceritaan?


I -- Memaparkan urutan peristiwa

II -- Menggunakan bahasa yang kreatif

III -- Mengemukan idea secara tersurat

IV -- Menjelaskan sesuatu dengan terperinci

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan teknik analogi?

a)

Memberikan makna bagi sesuatu istilah

b)

Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain

c)

Mengembangkan dan membahagikan sesuatu topik

d)

Menghuraikan idea utama melalui pernyataan umum

31.

Yang manakah yang berkaitan dengan retorik pemujukan?

a)

Berbahas tentang belanjawan negara

b)

Membentangkan rang undang-undang

c)

Menyebarkan hal potongan harga barangan

d)

Mengisahkan keadaan penduduk pada zaman penjajah

32.
  • Memanipulasi emosi
  • Membuat perbandingan
  • Menarik perhatian khalayak


Pernyataan di atas digunakan dalam retorik

a)

penghujahan

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

pemujukan

33.

Yang berikut ialah ciri retorik pendedahan, KECUALI

a)

menyangkal pendapat orang lain

b)

memberikan takrif tentang suatu konsep

c)

menjelaskan kebaikan dan keburukan sesuatu

d)

menerangkan cara-cara untuk melaksanakan sesuatu

34.
  • Pelajar menulis ayat topik pada permulaan perenggan
  • Pelajar menulis huraian pada ayat kedua dan seterusnya


Pelajar tersebut menggunakan

a)

teknik analogi

b)

teknik induksi

c)

teknik deduksi

d)

teknik eklektik

35.

Kulitnya putih kuning. Mukanya bujur sirih. Gadis itu, apabila tersenyum, menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Ketika bercakap, terlihat keceriaan pada wajahnya.


Wacana di atas menggunakan retorik

a)

pemerian

b)

pemujukan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

36.

Perbincangan tentang laras bahasa biasanya berkaitan dengan

a)

makna ungkapan

b)

cara menyampaikan idea

c)

penggunaan istilah mengikut bidang

d)

penggunaan bahasa mengikut situasi

37.

Ayat perintah lazimnya digunakan dalam

a)

laras resipi

b)

laras sukan

c)

laras agama

d)

laras undang-undang

38.

Penggunaan bahasa yang indah dan kata-kata yang bersifat metafora merupakan laras bahasa

a)

sukan

b)

sastera

c)

ekonomi

d)

akademik

39.

Ciri-ciri laras bahasa ialah


I -- menggunakan istilah khusus

II -- berbeza mengikut topik atau bidang

III -- memperlihatkan kelainan binaan ayat

IV -- menerapkan gaya pengucapan tertentu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

40.

Kepersisan - kejelasan - keobjektifan - keterperician


Ciri-ciri di atas terdapat pada laras

a)

sukan

b)

agama

c)

ekonomi

d)

undang-undang

41.

Yang manakah TIDAK berkaitan dengan laras bahasa sukan?

a)

Tandukan Mokhtar Dahari meranapkan harapan Korea Selatan untuk memalukan negara di laman sendiri.

b)

Hantaran silang dari penjuru belakang gelanggang tepat ke tengah gelanggang lawan.

c)

Pasukan tuan rumah yang kehilangan seorang pemain masih di depan dengan 1-0.

d)

Daging dihiris nipis, kemudian di panggang selama sepuluh minit.

42.

Jika dilihat dari sudut retorik, laras sastera berkaitan dengan

a)

pemujukan

b)

penceritaan

c)

pendedahan

d)

penghujahan

43.

Laras yang manakah yang mempunyai ciri pentafsiran?


I -- Sukan

II -- Agama

III -- Ekonomi

IV -- Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

44.

Laras bahasa yang bersifat akademik terdiri daripada


I -- Laras sains

II -- Laras sukan

III -- Laras sastera

IV -- Laras ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Laras sukan dan laras sastera kreatif termasuk dalam kumpulan

a)

laras biasa

b)

laras khusus

c)

laras akademik

d)

laras bukan akademik

46.

Yang manakah TIDAK berkaitan dengan laras bahasa?

a)

Berdasarkan bidang ilmu

b)

Menggunakan istilah tertentu

c)

Mengambil kira makna sesuatu kata

d)

Penggunaan kata yang sesuai dengan konteks

47.

Laras yang bersifat akademik lazimnya banyak menggunakan

a)

ayat pasif

b)

ayat transitif

c)

frasa yang puitis

d)

perkataan yang dipendekkan

48.

Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan


Hal di atas berkaitan dengan

a)

laras sains

b)

laras resipi

c)

laras sastera

d)

laras undang-undang

49.

- Menggunakan sistem pernomboran

- Mempunyai nota tepi

- Mengandungi rujuk silang


Ciri-ciri di atas adalah tentang laras

a)

undang-undang

b)

ekonomi

c)

agama

d)

sains

50.

Laras yang menggunakan diksi yang berunsur imaginatif dan konotatif ialah

a)

laras iklan

b)

laras sastera

c)

laras ekonomi

d)

laras undang-undang