NEW
Font size
WorksheetsUnit 1 Kenali Moral Tingkatan 1
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Moral berasal daripada bahasa?
Jerman
Korea
Latin
Indonesia
Apakah maksud moral?
Perbuatan yang baik dan betul
Tingkah laku yang diterima agama dan undang-undang sahaja
Tingkah laku yang baik, betul dan diterima sejajar dengan kehendak agama, norma masyarakat, peraturan dan undang-undang
Perbuatan yang mengikut norma masyarakat
Berikut merupakan contoh tingkah laku bermoral, kecuali
menghormati ibu bapa
memfitnah rakan
membantu rakan
menziarahi rakan yang sakit
individu yang bermoral seharusnya berkelakuan seperti berikut, kecuali...
baik
betul
benar
patut
Apakah yang dimaksudkan dengan baik?
Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.
Tingkah laku yang betul berasaskan fakta dan bukti yang sah.
Tingkahlaku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat.
Tingkah laku yang tidak diterima oleh semua lapisan masyarakat
Tindakan guru disiplin mengenakan hukuman ke atas Jason dan Andre kerana melanggar disiplin sekolah merupakan perbuatan yang ............
Benar
Baik
Patut
Betul
Tingkah laku yang betul berasaskan bukti dan fakta yang sah merupakan perbuatan ......................
baik
benar
patut
sah
Apakah kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dalam kehidupan kita?
Dihina oleh masyarakat
Tidak dipercayai oleh orang lain
Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat
Hubungan menjadi renggang
Pengamalan tingkah laku yang bermoral akan menjadikan kehidupan kita lebih .......
bahagia dan sepi
bahagia dan sejahtera
huru hara
sejahtera dan risau
Untuk menjadi insan yang bermoral, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai universal berikut, kecuali......
rasional
kebebasan
kesederhanaan
berhemah tinggi
Tingkah laku benar berasaskan ____________ dan diterima oleh masyarakat.
cakap-cakap
khabar angin
fakta
anggapan
Ramjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang __________________.
benar
baik
patut
sesuai
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang ___________.
sahih
baik
benar
luhur
Seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa ___________________ dalam kehidupan.
sedih
ragu-ragu
gelisah
tenang
Murid yang bertingkah laku baik akan ________________ oleh orang lain.
ditakuti
disenangi
dilindungi
dipulaukan
"Tingkah laku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat."
Pernyataan berikut merupakan definisi bagi perlakuan...
Benar
Baik
Bijak
Patut
Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dengan tepat.
i) Hubungan dengan orang lain akan menjadi mesra.
ii) Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
iii) Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.
iv) Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
i dan ii
i,ii dan iii
i dan iii
i,iii Dan iv
Setiap individu perlu sentiasa ______ kepada Tuhan agar menjadi orang yang baik.
Berdoa
Berserah
Bergembira
Bertenang
Pilih tingkah laku bermoral.
Berebut ketika menaiki bas.
Berbuat baik untuk dipuji.
Makan dengan gelojoh.
Bercakap dengan sopan.
Rakan anda ponteng kelas. Apakah tindakan yang anda patut anda ambil?
Merahsiakan daripada guru.
Mengikutnya ponteng kelas.
Membiarkan tindakannya.
Menasihatinya agar tidak ponteng.
Kita dianggap tidak bercakap benar apabila kita _________.
Melaporkan salah laku rakan
Melaporkan maklumat yang palsu
Menjadi saksi salah laku orang lain.
Mendiamkan diri walaupun mengetahui salah laku rakan.
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, tingkah laku tersebut dikenali sebagai tingkah laku ________.
Hormat
Membantu guru
Baik
Patut
Tindakan Jefri melaporkan kesalahan rakannya menconteng dinding sekolah kepada guru disiplin merupakan perbuatan yang ____________.
Berani
Baik
Benar
Patut
Reetu kerap menghulurkan derma kepada rumah anak yatim. Sikap Reetu merupakan perlakuan yang..
baik
benar
amanah
berlagak kaya
Amalan tingkah laku yang bermoral akan melahirkan perasaan _____________dalam kehidupan.
bangga
cemas
gelisah
tenang
