NEW
Font size
WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 3 2013
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Rancangan Colombo
Warisan Bersama Dunia
Dialog Antarabangsa Langkawi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
• Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik dan hak milik semua
• Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan
Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam
Piagam ASEAN
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
Memorandum Persefahaman Pertumbuhaa Segi Tiga ASEAN
Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I menghormati kedaulatan setiap negara
II mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?
Berdaya saing
Status ekonomi
Sikap keterbukaan
Pegangan ideologi
Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?
Menjadi peneraju ekonomi serantau
Mempertahankan keselamatan negara
Menjadi pejuang politik bagi negara membangun
Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa
Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?
I Kerjasama ketenteraan
II Kerjasama saintifik dan teknikal
III Pembentukan blok perdagangan
IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala
- Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan
Pernyataan di atas merujuk kepada
Kerjasama Selatan-Selatan
Pertubuhan Persidangan Islam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?
I Mengurangkan halangan perdagangan
II Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
Ill Membangunkan sistem perdagangan multilateral
IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Dialog politik, Kerjasama ekonomi dan, interaksi budaya antara benua
- Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan pemodenan dalam forum yang disertai
Pernyataan di atas merujuk kepada
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)
Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?
Meluaskan pasaran komoditi negara
Menggalakkan kemasukan sumber manusia
Membentuk kegasama ekonomi dan teknikal
Menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan.
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?
Kemiskinan
Tenaga kerja
Kualiti alam sekitar
Kawasan pembangunan yang terhad
Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan antarabangsa?
Menyelesaikan masalah penduduk Palestin
Memusnahkan tapak Gerakan kegiatan keganasan
Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa, unipolar
Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti Filipina, Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian Wilayah di Kepulauan Spratly.
Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?
Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Yang manakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?
Menubuhkan pakatan ketenteraan
Menganjurkan forum serantau ASEAN
Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota
Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi di Malaysia di peringkat antarabangsa?
I Globalisasi
II Kualiti barangan
Ill Keganasan antarabangsa
IV Perubahan cuaca yang drastik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
