wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 76

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

2.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

3.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

4.

Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.

a)

pendapat

b)

dorongan

c)

hebahan

d)

arahan

5.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

6.

Kakak menggunakan banyak ............... perca kain yang berwarna-warni untuk dibuat alas kaki.

a)

cebis

b)

gumpal

c)

bidang

d)

gulung

7.

Hakimi membeli sebatang tebu dan memotongnya kepada beberapa ............... untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.

a)

biji

b)

ruas

c)

hiris

d)

ketul

8.

Puan Zainab mempunyai beberapa ............... rumah sewa di Kampung Tabura.

a)

rangkai

b)

pintu

c)

papan

d)

bidang

9.

Mariam telah menjumpai ............... kunci di tepi jalan raya sewaktu dia menjalani latihan merentas desa.

a)

sekeping

b)

serumpun

c)

sejambak

d)

seutas

10.

Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.

a)

biji

b)

potong

c)

ketul

d)

butir

11.

Untuk memasak rendang itik, kita perlulah memasukkan ............... asam gelugur dan beberapa ............... bawang merah.

a)

sepotong .... biji

b)

sekeping .... ulas

c)

sehiris .... ulas

d)

seketul .... biji

12.

Ah Tuck menggunakan ............... tanah liat untuk dijadikan pinggan tembikar.

a)

sekepul

b)

segugus

c)

setompok

d)

segumpal

13.

Pak Ramlee menanam beberapa ............... sayur sawi dan tiga ............... serai di tepi rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada minggu ini.

a)

ikat .... jambak

b)

baris .... pucuk

c)

deret .... kelompok

d)

batas .... rumpun

14.

Hanya ............... remaja di Kampung Kenanga dan Dahlia yang mendapat peluang masuk ke beberapa ............... institusi pengajian tinggi awam.

a)

sekumpulan .... baris

b)

sekelompok .... deret

c)

segolongan .... biji

d)

segelintir .... buah

15.

Di manakah kamu tinggal?

a)

ayat tunggal

b)

ayat tanya

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

16.

Sandra membantu ibu di rumah.

a)

ayat majmuk

b)

ayat aktif

c)

ayat pasif

d)

ayat tunggal

17.
Gasing yang dijual oleh lelaki itu diperbuat ______ kayu.
a)
dari
b)
oleh
c)
akan
d)
daripada
18.
Kejohanan sukan di sekolah itu akan diadakan _______ hari Sabtu.
a)
pada
b)
dari
c)
hingga
d)
daripada
19.
Kamu hendak pergi ke perpustakaan _______ makmal komputer?
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
20.
Bahagian hadapan kereta itu remuk kerana _______ tiang lampu.
a)
terikat
b)
terlanggar
c)
terpasang
d)
tertendang
21.
Faruk _____ adiknya bermain gasing di halaman rumah.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
22.
Gasing yang dijual oleh lelaki itu diperbuat ______ kayu.
a)
dari
b)
oleh
c)
akan
d)
daripada
23.
Puan Faizah menegur anaknya kerana makan dengan ________.
a)
tajam
b)
basi
c)
cermat
d)
gelojoh
24.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
25.
"Boleh _____ keluar berjumpa dengan Cikgu Razak?" kata Amir dan Danial.
a)
saya
b)
kami
c)
mereka
d)
dia
26.

Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

mereka

27.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

28.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

29.

Orang yang gelojoh ialah orang yang .

a)

makan darah

b)

buruk makan

c)

makan suap

d)

makan diri

30.

Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

31.
  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan _________________ kepada lepasan tingkatan enam.
a)

Praakhir

b)

Prasejarah

c)

Prasyarat

d)

Prasekolah

32.

Beberapa orang _____________ tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia itu terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diadakan di Kampung Layau.

a)

seniman

b)

mahasiswa

c)

siswazah

d)

sasterawan

33.

Jasa ________________ yang memperjuangkan tanah air wajar disanjungi dan dihargai.

a)

olahragawan

b)

cendekiawan

c)

negarawan

d)

ilmuwan

34.

Teratak usang keluarga _______________terletak di hujung Kampung Ulu Bendul,” jelas Hang Deraman kepada Pandak Mat Aris.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

35.

“Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuanku

36.

Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya. ______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Kalian

37.

Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

38.

Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

a)

menekat

b)

menenun

c)

menyulam

d)

menganyam

39.

Ayah __________________ pihak polis dengan kadar segera setelah melihat kejadian rompakan di sebuah kedai emas.

a)

menelefon

b)

melaporkan

c)

memanggil

d)

memberitahu

40.

Puan Emelia baru sahaja __________ seorang anak lelaki di Hospital Sultan Ismail.

a)

melahirkan

b)

mendapatkan

c)

mengeluarkan

d)

menyelamatkan

41.

Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang memanggilnya.

a)

menoleh

b)

mengintip

c)

mengintai

d)

menjenguk

42.

"Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,” kata pemandu pelancong itu kepada kami.

a)

licin

b)

gebu

c)

halus

d)

empuk

43.

Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Abu ____________ hingga mencecah tanah kerana buahnya yang sungguh lebat.

a)

meluyut

b)

melabuh

c)

merimbun

d)

merendang

44.

Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

a)

tekun

b)

cakna

c)

bernas

d)

hikmah

45.

Tali ampaian itu menjadi _____________ apabila abang menyidai beberapa helai seluar yang baru dibasuhnya itu.

a)

labuh

b)

landai

c)

lendut

d)

longlai

46.

Wanita yang anggun itu memakai baju kurung moden dengan potongan ______________ di sebelah kiri.

a)

serong

b)

sendeng

c)

condong

d)

bengkok

47.

Kapal yang berlabuh di pelabuhan itu membawa muatan yang diimport dari luar negara.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang digariskan.

a)

berlayar

b)

berhenti

c)

berkalih

d)

bergerak

48.

Hariz mencurigai apa-apa juga yang telah dilakukan oleh Syafiq terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah __________.

a)

mengesahkan

b)

mempercayai

c)

mengiakan

d)

mengharapkan

49.

Pilih ayat yang sama maksud.

Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.

a)

Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.

b)

Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.

c)

Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.

d)

Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.

50.

Pilih jawapan yang betul.

Siapakah yang akan mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mesyuarat itu nanti?

a)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan ditangguhkan.

b)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diwakili oleh Encik Wong.

c)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diadakan pada hari Khamis.

d)

Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan dipengerusikan Encik Wong.

51.

Anak pertama seerti dengan ________.

a)

anak angkat

b)

anak tunggal

c)

anak menantu

d)

anak sulung

52.

Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup

a)

deras

b)

gopoh

c)

lambat

d)

perlahan

53.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
54.
  1. Pak Abu telah ___________ kambingnya pada sebatang pokok.
a)

menambat

b)

mengikat

c)

melilit

d)

menjalar

55.

2.Pemuda itu ____________ oleh pihak berkuasa kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk.

a)

ditangkap

b)

diberkas

c)

ditahan

d)

didenda

56.

3.Doktor Amir __________ Puan Aini untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

a)

merawat

b)

memeriksa

c)

mengubati

d)

melihat

57.

4.Seekor ular sawa yang besar telah ___________ seekor anak kambing sehingga mati.

a)

melulur

b)

menjamah

c)

membelit

d)

membaham

58.

5.Kapal terbang itu telah ____________ dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.

a)

belayar

b)

berhenti

c)

mendarat

d)

menjunam

59.

6.Abang tekun membuat ulang kaji kerana akan ____________ peperiksaan pada hujung bulan ini.

a)

menyertai

b)

menjawab

c)

menduduki

d)

melalui

60.

6.Pokok rambutan di belakang rumahnya ____________________ oleh Pak Mail menggunakan sebilah kapak yang tajam.

a)

ditetak

b)

dikerat

c)

dipotong

d)

ditebang

61.

7.Puan Amy ___________ beg tangannya sambil ___________ segugus buah rambai.

a)

menggalas ... memegang

b)

memikul ... membawa

c)

menggalas ... menjinjing

d)

menjunjung ... menjinjing

62.

8.Encik Adi __________ tali lehernya dengan kemas sebelum pergi ke pejabat.

a)

menyarung

b)

mengikat

c)

memasang

d)

menggantung

63.

9.Mahadi telah ___________ lubang yang agak dalam di belakang rumahnya.

a)

menimbus

b)

mengorek

c)

membuat

d)

menggali

64.

10.Pada waktu senggang, Aman dan Amin suka _____________ ayam dan jarang sekali mengulang kaji pelajaran.

a)

menyabung

b)

melawan

c)

menyorak

d)

menolak

65.

11.Kakak ______________ kain di ampaian kerana hari hendak hujan.

a)

menyidai

b)

menjemur

c)

mengangkat

d)

menarik

66.

12.Kakak membantu ibu ________________ pokok bunga di halaman rumah pada waktu petang agar bunga sentiasa subur.

a)

menyimbah

b)

menyiram

c)

menjirus

d)

membasuh

67.

13.Pak Abu akan terus _____________ getah di kebunnya selagi terdaya.

a)

menakik

b)

memotong

c)

menoreh

d)

mengerat

68.

Ayah dan ibu ketawa ________ apabila menonton filem komedi lakonan Allahyarham Tan

Sri P. Ramlee pada malam itu.

a)

tergelak-gelak

b)

terlaung-laung

c)

terkekeh-kekeh

d)

tersimpul-simpul

69.

Encik Asrul memandu keretanya mengikut peraturan dan had laju yang telah ditetapkan

supaya selamat sampai ke destinasi.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

tak lari gunung dikejar

b)

hati hendak semua jadi

c)

biduk lalu kiambang bertaut

d)

sarang tebuan jangan dijolok

70.

Ibu bapa Hafizullah membangkang hasrat anak terunanya itu untuk memperisteri gadis dari benua Afrika tersebut.


Pilih perkataan antonim bagi membangkang

a)

menentang

b)

menyokong

c)

membantah

d)

menyangkal

71.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan TERBIT dengan betul.

I Buku Strategi Penulisan UPSR saya yang terbaharu akan terbit tidak lama lagi.


II Mentol itu tidak terbit cahaya kerana bekalan elektrik terputus sejak petang tadi.


III Pokok mempelam harum manis itu terbit buah yang sungguh lebat pada tahun ini.


IV Kami menunggu kepulangan nelayan dari laut sejak dinihari hingga matahari terbit.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

72.

I Aduan tentang lumba haram di taman itu masih di dalam siasatan pihak polis.


II Semua pemain bola sepak diminta berkumpul di Mini Stadium Bakri Rais pagi ini.


III Baju kurung yang dipakai oleh Suhada sungguh cocok sekali dengan susuk badannya.


IV Sampan masih digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dari kawasan pedalaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

73.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Sempena Hari Bapa, Zetty Aleesya menghadiahkan sehelai kemeja batik untuk ayahnya.

a)

Zetty Aleesya menghadiahi ayahnya sehelai baju kemeja batik sempena Hari Bapa

b)

Sehelai baju kemeja batik Hari Bapa telah dibeli oleh Zetty Aleesya untuk ayahnya.

c)

Ayahnya telah dihadiahkan Hari Bapa sehelai baju kemeja batik oleh Zetty Aleesya

d)

Pada Hari Bapa, Zetty Aleesya menempah sehelai baju kemeja batik untuk ayahnya

74.

Kita dilarang memetik tombol suis lampu elektrik dengan tangan yang basah kerana boleh

menyebabkan renjatan elektrik.


Pilih perkataan sinonim bagi tombol.

a)

skru

b)

mata

c)

punat

d)

lekuk

75.

Hasbullah terpaksa ________ basikalnya kerana tayar hadapan basikal itu kempis tercucuk

paku zink yang tajam.

a)

menolak

b)

menunda

c)

menuntun

d)

mengandar

76.

“Puteri Aisah sedang menunggu kepulangan kekanda baginda daripada ________ ke Pulau

Bentan,” kata Hang Kasturi kepada Laksamana Tun Perak.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bersiram

d)

berkelana