NEW
Font size
WorksheetsKOLEKSI LATIHAN ULUM AL-QURAN
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
[18]
"JIKA BERLAKU PERSELISIHAN DALAM BACAAN, SEGALA PEMBETULAN DALAM BACAAN YANG BERBEZA-BEZA HENDAKLAH DIRUJUK KEPADA SEBUTAN DALAM LAHJAH ARAB QURAISY"
Pernyataan di atas merupakan antara syarat yang ditetapkan dalam proses menyalin semula al-Quran. Siapakah khalifah yang menetapkan syarat tersebut?
Abu Bakar As-Siddiq RA
Umar al-Khattab RA
Uthman bin Affan RA
Ali bin Abi Talib RA
[18]
* Beliau seorang hafiz al-Quran dan menulis wahyu.
* Beliau mengikuti majlis pembacaan al-Quran oleh Rasulullah SAW bersama Jibril AS
Tokoh di atas dipilih sebagai penulis wahyu pada zaman Abu Bakar As-Siddiq RA. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
Abdullah bin Mas'ud RA
Muaz bin Jabal RA
Zaid bin Thabit RA
Zaid bin Harithah RA
[18]
* Tergolong dalam kategori Tafsir Bil Mathur
* Menafsir al-Quran dengan cara yang mudah dan ringkas
* Hadis yang digunakan dinyatakan sumber asalnya
Keterangan di atas menunjukkan ciri-ciri kitab ....... .
Tafsir Al-Qurtubi
Tafsir Ibnu Kathir
Tafsir Al-Quran Al-Hakim
Tafsir Fi Zilal Al-Quran
[17]
Al-Quran dinamakan dengan "AL-FURQAN" kerana _______.
diturunkan oleh Allah SWT Tuhan Sekalian Alam
sebuah kitab yang tiada keraguan padanya
memberi petunjuk kepadanya semua makhluk
memisahkan antara yang hak dan tatil
[17]
Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur?
Membuktikan keistimewaan Rasulullah SAW
Membezakan al-Quran dengan kitab-kitab yang lain
Menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Rasulullah SAW
Menguji keimanan manusia terhadap kebenara al-Quran
[17]
* Jika berlaku perselisihan dalam bacaan segala pembetulan hendaklah dirujuk kepada sebutan dan lahjah Quraisy
* Hanya al-Quran yang mutawatir daripada Rasulullah SAW dan tidak dimansukhkan
* Naskhah al-Quran diedarkan ke seluruh negara bagi mengelak kekeliruan dalam bacaan
Siapakah yang menetapkan syarat-syarat penyalinan semula al-Quran di atas?
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Umar bin Al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
[17]
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan ilmu tafsir?
I. mampu menghafaz dengan baik
II. memantap akidah seseorang muslim
III. mengelak unsur penyelewengan dalam al-Quran
IV. memandu manusia menjalani kehidupan di dunia dan akhirat
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[16]
Penandaan titik dan baris huruf berlaku pada zaman _____.
Rasulullah SAW
sahabat
Umawiy
Abbasiy
[16]
Antara yang berikut, yang manakah padanan yang betul?
Suatu pertolongan Allah SWT kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka daripada sesuatu malapetaka, contohnya memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
Suatu kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada manusia untuk menambahkan lagi kesesatan mereka, contohnya terselamat daripada nahas kapal terbang dan sebagainya.
Suatu yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan manusia, contohnya tongkat ahli sihir Firaun menjadi ular.
Suatu kelebihan yang diğeri Allah kepada hamba yang beriman dan bertakwa, contohnya ijtihad seorang mujtahid.
[16]
Antara yang berikut yang manakah syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran?
I. menguasai ilmu Bahasa Arab
II. mahir dalam ilmu ashab al-Nuzul
III. menghafaz keseluruhan ayat al-Quran
IV. mahir ilmu nasikh dan mansikh
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[16]
Persamaan antara Tafsir Al-Qurtubi dengan Tafsir Al-Quran Al-Hakim ialah
dimulakan dengan makna dan memberi keterangan yang sederhana.
tergolong dalam kategori Tafsir bil Mathur
bersifat pertengahan dan mudah fahami
pendekatan tafsir berbentuk haraki
[15]
Pilih padanan yang benar.
Hidayah Al-Gharizah : manusia dapat membezakan antara hak dan batil.
Hidayah Al-Hawwas : manusia dapat mengenal suara ibu bapa
Hidayah Al-Din : manusia melakukan amalan saleh
Hidayah Al-Taufik : bayi menangis apabila lapar
[15]
Antara yang berikut yang manakah cara penurunan wahyu melalui malaikat?
I. bicara disebalik hijab
II. mimpi yang baik
III. rupa seseorang lelaki
IV. bunyi suara yang nyaring
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
[15]
Faedah mempelajari ulum al-Quran ialah
I. dapat menjaga kesucian al-Quran
II. dapat memahami al-Quran dengan betul
III. dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran
IV. dapat mengambil iktibar daripada kegigihan ulamak tafsir
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[15]
Pilih ciri kandungan ayat makkiyyah.
memberi keizinan berperang dan berjihad
menjelaskan secara terperinci hukum syarak
menceritakan kisah rasul dan umat terdahulu
menyeru ahli al-kitab supaya menerima Islam
[15]
"Demi Allah kalau ditugaskan aku memindahkan sebuah bukit lebih ringan daripada memikul amanah untuk mengumpulkan al-Quran"
Pernyataan di atas menggambarkan betapa beratnya proses membukukan al-Quran seperti yang dihasratkan oleh Saidina Umar al-Khattab RA.
Kata-kata di atas diucapkan oleh ___________ .
Ali bin Abi Talib
Ubai bin Kaab
Muaz bin Jabal
Zaid bin Thabit
[14]
Nama lain bagi al-Quran ialah ____ .
Al-Mubin
Al-Aziz
Al-Azim
Al-Tanzil
[14]
Mengapakah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur?
Untuk membezakan al-Quran dengan kitab-kitab yang terdahulu
Bagi memantapkan hati orang mukmin dalam menghadapi pelbagai rintangan
Untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Rasulullah SAW
Sebagai menguji keimanan manusia terhadap kebenaran al-Quran al-Karim
[14]
Antara yang berikut, yang manakah faktor pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar AS?
I. ramai hafiz yang syahid
II. perpindahan para hafiz al-Quran ke tempat lain
III. perbezaan lajnah dalam pembacaan al-Quran
IV. pertambahan umat Islam dalam kalangan bukan Arab
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
[14]
Apakah usaha untuk menjaga keaslian al-Quran pada zaman Bani Umayyah?
Penandaan titik dalam al-Quran
Pembukuan kaedah nahu al-Quran
Pembukuan ilmu tafsir al-Quran
Pengumpulan al-Quran dalam satu mashaf
[13]
Faedah mempelajari ulum al-Quran ialah dapat
I. mengetahui keperibadian Rasulullah SAW yang sebenar
II. mengambil iktibar daripada kegigihan ulamak tafsir
III. menolak kekeliruan tentang al-Quran
IV. memahami al-Quran dengan betul
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[13]
Antara yang berikut yang manakah padanan yang betul?
Ma'unah : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad
Istidraj : Terselamat daripada nahas kapal terbang dan sebagainya
Sihir : Tongkal ahli sihir Fir'aun menjadi ular
Karamah : Ijtihad seorang Mujahid
[13]
* Mus'ab bin Umair
* Abdullah bin Ummi Maktum
* Muaz bin Jabal
Tokoh-tokoh di atas terlibat dengan ...
pengajaran al-Quran
penulisan al-Quran
penghafazan al-Quran
penafsiran al-Quran
[13]
Apakah kepentingan ilmu tafsir?
I. memantapkan akidah
II. mampu mentafsir dengan baik
III. memelihara ideologi pemikiran bangsa Arab
IV. memahami metodologi ulamak mentafsir al-Quran
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[12]
Berdasarkan ayat di atas, perkataan "auha" merujuk kepadanya ...
al-Ilham al-Fitri
al-Ilham al-Gharizi
isyarat pantas
bisikan syaitan
[12]
Antara yang berikut yang manakah syarat-syarat untuk menjadi penafsir al-Quran?
I. mahir dalam ashab al-nuzul
II. mahir dalam ilmu tasawwuf
III. mahir dalam ilmu qiraat
IV. mahir dalam ilmu balaghah
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[12]
"Tafsir Al-Quran Al-Hakim tergolong dalam kategori Tafsir bil ma'thur"
Apakah ciri kitab tersebut?
perbahasan tentang unsur bahasa
penjelasan rawinya yang terperinci
perbahasan mengenai ilmu kalam
penerangan makna ayat bersifat sederhana
[19]
Apakah faedah mempelajari ulum al-Quran?
I. dapat mengetahui keperibadian Rasulullah SAW
II. dapat mengambil iktibar daripada kegigihan ulamak tafsir
III. dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran
IV. dapat memahami al-Quran dengan betul
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
[19]
"Demi Allah, kalau ditugaskan aku memindahkan sebuah bukit lebih ringan daripada memikul amanah untuk mengumpulkan al-Quran"
Pernyataan di atas menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab dan amanah membukukan al-Quran. Kata-kata di atas diucapkan oleh _______ .
Abdullah bin Mas'ud
Ubai bin Ka'ab
Muaz bin Jabal
Zaid bin Thabit
[19]
Berdasarkan ayat di atas, yang manakah menjelaskan hikmah penurunan al-Quran secara beransur-ansur?
menunjukkan bukti al-Quran itu daripada Allah SWT
menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Rasulullah SAW
memantapkan hati Rasulullah SAW dalam menempuh pelbagai rintangan
menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang berlaku di alam ghaib
