Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ekonomi tingkatan 5

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

1. Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang.

Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah

a)

Pilihan

b)

Kekurangan

c)

Kehendak yang terhad

d)

Sumber ekonomi yang tidak terhad

2.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi.

Pada tahun kewangan yang akan datang, syarikat akan mengeluarkan satu siri minyak wangi ‘Charming’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi di kawasan bandar


Pilih masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Davia Enterprise.

a)

Apa yang hendak dikeluarkan/Berapa yang hendak dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

c)

Berapa yang hendak dikeluarkan/Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

3.

1. Apakah penentu yang menyebabkan perubahan dalam kuantiit diminta?

a)

Perubahan citarasa

b)

Perubahan harga barang itu

c)

Perubahan pendapatan individu

d)

Perubahan harga barang penggenap

4.

1. Maksud kuantiti keseimbangan ialah

a)

Jualan purata firma untuk satu tahun

b)

Keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

Satu keadaan dimana firma memperoleh keuntungan maksimum

d)

Tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain

5.

1. Apakah kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap.

I Harga keseimbangan menurun

II Kuantiti keseimbangan menurun

III Harga keseimbangan meningkat

IV Kuantiti keseimbangan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

1. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.


Apakah kesan dalam pasaran pada tingkat harga RM6?

a)

Kuantiti diminta dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

b)

Kuantiti ditawar jatuh dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

c)

Kuantiti ditawar dan kuantiti diminta jatuh hingga tercapai keseimbangan

d)

Kuantiti ditawar jatuh sementara kuantiti diminta naik hingga tercapai keseimbangan

7.

1. Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.


harga kuantiti diminta

5 35

8 14

a)

1.0

b)

1.6

c)

2.5

d)

4.0

8.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah institusi kewangan di Malaysia.

· Ditubuhkan oleh pihak swasta

· Bertujuan mendapat keuntungan

· Memberikan perkhidmatan kepada orang ramai

Apakah fungsi institusi kewangan tersebut?

a)

Menstabilkan nilai mata wang negara

b)

Menjual sijil pelaburan

c)

Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling

d)

Menerima deposit daripada orang ramai

9.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu.


En. Mohsin memberikan isterinya RM1000 setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan keluarga


Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh isteri En Mohsin?

a)

Upah

b)

Faedah

c)

Bayaran pindahan

d)

Faedah sampingan

10.

1. Antara yang berikut, yang manakah dapat dilakukan oleh sebuah firma percetakan dalam pengeluaran jangka pendek?

I Menambah saiz kilang

II Menambah mesin percetakan

III Menambah jumlah stok kertas

IV Menambah bilangan buku yang dicetak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

1. Jadual dibawah menunjukkan butiran perbelanjaan Firma A.

Butiran RM

Kos bahan mentah 6 000

Kos buruh 2 000

Kos bahan api1 750

Bayaran sewa tapak tanah 3 000


Jika Firma A menghasilkan 20 000 unit barang dan dijual pada harga RM0.80 seunit, berapakah jumlah untung yang akan diperoleh oleh Firma A?

a)

RM3 250

b)

RM5 600

c)

RM8 260

d)

RM8 890

12.

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat.


I Penjimatan masa dan tenaga

II Pencemaran alam sekitar

III Masalah kesesakan lalu lintas

IV Pembinaan kemudahan prasarana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Faktor yang mempengaruhi peningkatan dalam

a)

Inventori diuruskan secara santai

b)

Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik

c)

Pekerja ditempatkan mengikut keperluan firma

d)

Penyelenggaraan kelengkapan modal secara berjadua

14.

Antara berikut, manakah yang betul berkaitan kos?

a)

Kos berubah wujud pada output sifar

b)

Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifar

c)

Kos tetap wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang

d)

Kos marginal diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan output

15.

Antara berikut, manakah yang betul tentang firma?

I Membayar ganjaran kepada pemilik faktor

II Mengoptimumkan penggunaan sumber ekonomi

III Bermatlamat memaksimumkan kepuasan pengguna

IV Mengutamakan pembangunan masyarakat dan ekonomi negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan yang diperolehi oleh Puan Fatimah.


Puan Fatimah seorang kerani menerima gaji sebanyak RM2 500 sebulan. Beliau juga menerima BRIM sebanyak RM1 200 dan menggunakannya sebagai modal perniagaan tudung. Kos pengeluaran tudung pada bulan tersebut ialah RM1 000 dengan margin keuntungan sebanyak 40%.


Berapakah jumlah pendapatan produktif beliau pada bulan tersebut?

a)

RM2 900

b)

RM3 100

c)

RM3 900

d)

RM4 100

17.

Antara berikut, yang manakah tindakan bank pusat dalam mengawal kestabilan nilai wang?


I Menambah nilai import nampak Malaysia

II Membeli Ringgit Malaysia dan menjual Dolar Amerika

III Mengurangkan kadar inflasi melalui alat dasar kewangan

IV Meningkatkan penawaran Ringgit Malaysia di dalam pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah kemudahan bank perdagangan yang digunakan oleh majikan untuk membayar gaji

pekerja?

a)

Draf bank

b)

Cek Kembara

c)

Debit langsung

d)

Pindahan kredit

19.

Barang X dan Barang Y adalah barang pengganti. Kenaikan harga Barang X akan

menyebabkan

a)

pergerakan atas keluk permintaan

b)

perubahan dalam permintaan barang Y

c)

peralihan keluk permintaan Barang Y ke kiri

d)

peralihan keluk permintaan Barang Y ke kanan

20.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada masalah apa yang hendak dikeluarkan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi?

a)

jenis barang

b)

kuantiti barang

c)

tingkat keuntungan

d)

agihan barang

21.

Pernyataan manakah yang benar menurut hukum permintaan?

a)

Apabila harga naik, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta

b)

Apabila harga turun, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta

c)

Apabila harga turun, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta

d)

Apabila harga tetap, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta

22.

1. Maklumat yang berikut berkaitan dengan dua ciri sistem ekonomi.

Ciri

X Individu bebas memiliki harta

Y Kerajaan campur tangan jika ada penyelewengan


Pilih pasangan yang benar?

a)

X Kapitalis

y Campuran

b)

X Islam

Y Campuran

c)

X Campuran

Y Kapitalis

d)

X Perancangan pusat

Y campuran

23.

1. Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia mengurus..

a)

SUMBER konomi yang terhad dengan kehendak yang terhad.

b)

Sumber ekonomi yang tidak terhad dan kehendak yang terhad.

c)

Sumber ekonomi yang terhad dengan kehendak yang tidak terhad.

d)

Sumber ekonomi yang tidak terhad dengan kehendak yang tidak terhad.

24.

Situasi di bawah berkaitan dengan masalah kekurangan Cik Izati.


Cik Izati memperolehi pendapatan sebanyak RM2500 sebulan. Beliau merasakan pendapatnnya masih tidak cukup.


Mengapakah Cik Izati menghadapi masalah tersebut?

a)

Beliau seorang yang boros

b)

Kehendak beliau tidak terhad

c)

Beliau suka membeli barang mewah

d)

Beliau tidak membeli mengikut keutamaan

25.

Situasi di bawah berkaitan dengan masalah kekurangan Cik Izati.


Cik Izati memperolehi pendapatan sebanyak RM2500 sebulan. Beliau merasakan pendapatnnya masih tidak cukup.


Mengapakah Cik Izati menghadapi masalah tersebut?

a)

Beliau seorang yang boros

b)

Kehendak beliau tidak terhad

c)

Beliau suka membeli barang mewah

d)

Beliau tidak membeli mengikut keutamaan

26.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan Syarikat Sino.


Syarikat Sino telah mengupah agensi tertentu untuk mengenal pasti bilangan penduduk di Sabah yang berminat dengan produk baharunya yang bakal dijual pada bulan depan.

Tindakan ini berkaitan dengan penyelesaian masalah

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa dikeluarkan

27.

Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Kestabilan penawaran

b)

Keadilan agihan pendapatan

c)

Tiada persaingan antara firma

d)

Keuntungan firma lebih tinggi

28.

6. Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri utama sebuah negara.


* Individu yang cukup syarat membayar zakat.

*Persaingan adil dan saksama dalam pasaran


Negara yang mengamalkan ciri utama ekonomi ini ialah

a)

Cuba

b)

Arab saudi

c)

Hong kong

d)

Korea Utara

29.

8. Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara?


I. Kejatuhan pendapatan individu

II. Ketibaan cuti persekolahan

III. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

IV. Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Penawaran pasaran dapat diperolehi dengan menjumlahkan

a)

Secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu

b)

Semua kuantiti yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu

c)

Secara menegak semua kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pasa suatu tingkat harga tertentu.

d)

Semua kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga berlainan

31.

Syarikat Menora Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran air mineral sebanyak 40% untuk pasaran tempatan peningkatanpenawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

Peningkatan sewa kilang

c)

Penurunan harga air mineral

d)

Peningkatan cukai ke atas bahan