wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU KATA BANYAK MAKNA TAHUN 6

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

I Cahaya hari ini sangat hangat sekali.

II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh cahaya mata.

III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV Air muka Suraya cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

2.
I   Pegawai makan suap itu telah berjaya diberkas.
II  Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III  Letupan bom telah makan beberapa buah bangunan.
IV  Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
3.
I   Nilai eksport Malaysia susut 10 peratus akibat kegawatan ekonomi.
II   Paras air di sungai itu telah susut dengan mendadak.
III   Tudung merah itu susut kerana menggunakan cecair peluntur yang berlebihan.
IV   Badannya semakin susut kerana tidak lalu makan. 
a)
I,II dan III
b)
I,II dan IV
c)
II, III dan IV
d)
Semua di atas. 
4.
I   Kebanyakan harga barang turut naik setelah harga minyak naik.
II   Artis baharu itu mempunyai nada suara yang naik.
III   Peniaga itu memukul adunan apam balik itu sehingg naik.
IV   Kami mula naik seram apabila terdengar suara anjing menyalak. 
a)
I dan II
b)
II dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
5.
I   Izham lahir dalam keluarga doktor perubatan yang terkenal.
II   Sajak itu lahir daripada hati sanubarinya yang suci.
III   Pokong kacang bendi itu lahir daripada benih yang disemai seminggu yang lalu.
IV  Pelan kompleks sukan itu lahir daripada perbincangan kami kelmarin. 
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Oleh kerana ayah Kamal suntuk wang, Kamal tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke Melaka.

II Petani itu dapat menuai kesemua padinya kerana dia sekeluarga bekerja sehari suntuk.

III Para peserta gagal menyiapkan projek mereka disebabkan masa yang diberi begitu suntuk.

IV Perasaannya suntuk apabila musim tengkujuh tiba kerana dia tidak dapat turun ke laut.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar

negeri.

II Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-

cara mengisi borang Amanah Saham Nasional.

III Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap

kedua orang tuanya.

IV Walaupun usianya agak lanjut namun dia masih gemar

membaca.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sudah menjadi rutin bulan Amir untuk menziarahi anak-anak yatim di Padang Serai.

II Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.

III Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?

IV Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Gasing itu berputar dengan kencang apabila dilemparkan ke tanah.

II Tendangannya yang kencang telah menyebabkan bola Itu keluar padang.

III Angin yang kencang menyebabkan beberapa batang pokok tumbang.

IV Kita tidak digalakkan bercakap kencang dengan orang tua-tua.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Pokok rambutan itu berbuah lebat.

II Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.

III Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.

IV Dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam masa dua hari.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV