Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tenunan

Total questions: 40

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Negeri manakah terkenal dengan kain tenunan yang unik seperti dalam gambar di atas

a)

Kelantan

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Terengganu

2.

Apakah contoh produk berbentuk dimensi baharu tenunan songket?

a)

Sarung bantal

b)

Beg tangan

c)

Selendang

d)

Jam

3.

Apakah teknik tenunan dalam gambar rajah di atas?

a)

Teknik tekat 5

b)

Teknik tekat 3

c)

Teknik tekat 2

d)

Teknik tekat 6

4.

Mengapakah hasil tenunan tidak boleh dilipat seperti melipat kain biasa sebaliknya segala kain tenun perlu digulung jika hendak disimpan?

a)

Kerana lipatan merosakkan jalur benang

b)

Lipatan kain merenyukkan corak tenunan

c)

Kesan lipatan merubah tekstur kain tenunan

d)

Garisan lipatan merosakkan tegangan benang

5.

Gambar rajah di atas merupakan salah satu proses menghasilkan tenunan dengan menggunakan kek tenunan yang dipermudahkan. Yang manakah bahagian benang loseng?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Bahagian manakah dalam susunan bunga berterabur seperti dalam gambar rajah di atas dihias di bahagian kain songket?

a)

Kepala kain

b)

Tepi kain

c)

Badan kain

d)

Pengapit kepala kain

7.

Antara yang berikut, yang manakah pasangan yang betul untuk warna yang terhasil dan bahan yang digunakan dalam kraf tenunan?

a)

Merah telur - Batang sepang dan kapur

b)

Hijau - Sabut kelapa muda yang direndam di dalam air

c)

Biru - Daun bemban

d)

Kuning - Daun terung

8.

Gambar di atas menunjukkan salah satu proses persediaan sebelum menenun kain songket. Apakah nama proses tersebut

a)

Menggulung benang loseng

b)

Menerai benang

c)

Menganing

d)

Menyapuk

9.

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah proses yang dilakukan sebelum menggunakan alat tersebut?

a)

Menggulung benang

b)

Memotong benang

c)

Menerai benang

d)

Mewarna benang

10.
  • Berasal dari Gujerat, India dan terkenal dengan nama Patola
  • Kain sutera ditenun menggunakan teknik ikat ganda
  • Dipakai oleh golongan diraja sebagai bengkung


Pernyataan di atas menerangkan tentang jenis kain

a)

limar

b)

cindai

c)

telepuk

d)

pua

11.

Apakah jenis reka bentuk kain yang digunakan di kepala?


I Kain bujang

II Kain lepas

III Kain destar

IV Kain selendang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah jenis kain tenun yang menggunakan motif di atas?

a)

Kain songket

b)

Kain tenun Pahang

c)

Kain tastar

d)

Kain pua

13.

Manakah antara berikut merupakan motif yang digunakan dalam kraf tenunan?

a)
b)
c)
d)
14.

Tenunan merujuk kepada

a)

proses melukis corak pada pakaian

b)

proses mengadun benang menjadi baju

c)

proses menyilang benang menjadi tekstil

d)

proses menjahit kain menjadi pakaian

15.

Perusahaan menenun songket sangat terkenal di negeri

a)

Perlis dan Perak

b)

Sarawak dan Sabah

c)

Kelantan dan Terengganu

d)

Melaka dan Negeri Sembilan

16.

Nyatakan jenis benang yang sering digunakan dalam penghasilan tenunan songket.

a)

Benang kapas dan benang emas

b)

Benang sutera dan benang kapas

c)

Benang plastik dan benang kapas

d)

Benang bulu kambing dan benang kapas

17.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang tenunan?


I Seni warisan nenek moyang

II Berkembang pesat di bandar-bandar

III Diusahakan oleh golongan lelaki yang mahir

IV Dihasilkan daripada jalinan benang loseng dan benang pakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Namakan alat yang ditunjukkan pada gambar di atas.

a)

Torak

b)

Rahak

c)

Kek tenun

d)

Alat darwin

19.

Antara berikut, yang manakah langkah terawal dalam penghasilan tenunan songket?

a)

Menerai

b)

Menenun

c)

Menyolek

d)

Menganing

20.

Bahagian utama sehelai kain sarung terdiri daripada

a)

kepala kain, leher kain dan hulu kain.

b)

kepala kain, badan kain dan kaki kain.

c)

kepala kain, leher kain dan badan kain.

d)

kepala kain, isi kain dan hujung kain.

21.

Pilih pernyataan yang benar tentang tenunan Pua.

a)

Digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dahulu

b)

Menggunakan banyak warna biru dan hijau

c)

Menggunakan unsur flora sahaja sebagai motif

d)

Ditenun menggunakan kek tenun

22.

Nyatakan jenis tenunan yang ditunjukkan pada gambar di atas.

a)

Tenunan dastar

b)

Tenunan Mugah

c)

Tenunan Pahang

d)

Tenunan songket

23.

Tenunan Pua turut menggunakan corak motif seperti selempapat, engkeramba dan selampai.


Corak motif pada pernyataan di atas dikategorikan sebagai

a)

unsur flora

b)

unsur fauna

c)

unsur figura

d)

unsur kosmos

24.

Antara berikut, yang manakah ciri tenunan songket yang baik?


I Tenunan adalah rapat dan rapi

II Mengandungi pelbagai corak

III Setiap sambungan benang pakan jelas kelihatan

IV Susunan benang loseng dan benang pakan adalah teratur

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Jelaskan cara yang betul untuk memelihara kualiti tenunan songket.

a)

Dibalut dengan plastik sebelum disimpan

b)

Disusun antara longgokan pakaian

c)

Diseterika sebelum dipakai

d)

Mencuci dengan air suam

26.

Antara berikut, proses yang manakah menentukan motif atau bunga songket?

a)

Menerai

b)

Menganing

c)

Menyongket benang

d)

Menenun

27.

Tenunan kain songket dihasilkan melalui jalinan benang _________ yang menunggu benang _________ yang mendatang dengan bunga songket daripada benang _______.

a)

pakan ... loseng ... emas

b)

loseng ... pakan ... emas

c)

loseng ... emas ... pakan

d)

pakan ... emas ... loseng

28.

Antara berikut, yang manakah merupakan unsur motif hiasan tenunan songket Malaysia


I Flora

II Fauna

III Benda buatan manusia

IV Makanan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

29.

Bahan utama tenunan kain pua ialah

a)

benang kapas halus

b)

benang sutera

c)

benang kapas sederhana kasar

d)

benang sutera kasar

30.

Kain songket Melayu digunakan dalam istiadat

a)

bertindik dan perkahwinan

b)

perayaan dan perkahwinan

c)

kelahiran dan kematian

d)

keagamaan dan pemujaan

31.

Alat ini merupakan bilah kayu nibung yang berkuku di kedua-dua hujungnya yang digunakan untuk menegangkan lerang (jalur pada tenunan kain) semasa menenun. Apakah nama alat ini?

a)

Torak kayu

b)

Lidi nibung

c)

Kayu sumbi

d)

Colek

32.

Mengarak merupakan proses

a)

benang loseng dimasukkan ke dalam gigi jentera atau sikat

b)

benang asing atau benang karat dililit kepada kayu karat, termasuk benang loseng

c)

benang loseng dipangkah oleh benang pakan untuk dijasikan kain

d)

benang kering dimasukkan ke dalam peleting

33.

Apakah jenis songket di atas?

a)

Songket bunga lawang

b)

Songket bunga penuh

c)

Songket bunga tabor

d)

Songket geometri

34.

Kain songket dikatakan kain tenunan uniseks kerana dipakai oleh lelaki dan perempuan dari segenap lapisan keluarga serta keseniannya dipelihara turun temurun. Songket perempuan biasanya mempunyai lebih banyak benang emas dan motifnya lebih halus.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Aspek pengeluaran songket Malaysia

b)

Aspek pengeluaran songket Indonesia

c)

Nilai makna yang terkandung dalam songket Indonesia

d)

Nilai makna yang terkandung dalam songket Malaysia

35.

Apakah motif yang terdapat pada kain songket tersebut?

a)

Motif pucuk pakis

b)

Motif pucuk manggis

c)

Motif pucuk rebung

d)

Motif pucuk keladi

36.

Apakah motif yang terdapat pada songket tersebut?

a)

Motif bunga pecah sembilan

b)

Motif bunga pecah lapan

c)

Motif bunga pecah enam

d)

Motif bunga pecah tujuh

37.

Antara berikut, jenis tumbuhan yang manakah merupakan sumber pewarna asli untuk warna hijau tua

a)

Daun tenik

b)

Daun bemban

c)

Biji kundang

d)

Sabut kelapa muda

38.

Kombinasi yang manakah tepat tentang jenis kain dengan negeri penghasilannya?


I Songket - Kelantan & Terengganu

II Pua - Sarawak

III Mugah / Tanjak - Sabah

IV Sarung - Melaka

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

39.

Mengapakah pewarna kimia telah menggantikan pewarna asli dalam proses penghasilan tenunan dimensi baru?

a)

Harga pewarna kimia lebih murah

b)

Pewarna asli susah diperoleh

c)

Pewarna kimia lebih senang digunakan

d)

Pewarna kimia lebih cantik dan tahan lama

40.

Apakah motif tenunan dalam gambar di atas?

a)

Motif burung

b)

Motif buaya

c)

Motif rusa

d)

Motof ayam