Font size
WorksheetsKuiz Sains T3 Bab 7 Tenaga dan Kuasa 1
Total questions: 20
Worksheet time: 21mins
Apakah maksud KERJA dalam istilah sains?
Kemanpuan melakukan pelbagai kerja dalam masa satu masa.
Hasil darab daya dan sesaran dalam arah daya.
Pergerakan suatu objek ke satu arah.
Menyelesaikan suatu pekerjaan dalam satu jangkamasa untuk mendapatkan upah.
Takrifkan maksud tenaga.
Keupayaan untuk melakukan suatu kerja.
Kuantiti tenaga yang diperlukan untuk memindahkan suatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Hasil darab daya yang digunakan dengan jarak sesaran dalam arah daya.
Kekuatan seseorang untuk melakukan suatu kerja.
Pilih penyataan yang SALAH mengenai KERJA dalam Sains.
Rumus bagi kerja ialah daya x jarak sesaran
Unit SI bagi kerja ialah Joule (J) atau Nm.
Seseorang itu dikatakan melakukan kerja apabila membawa sebuah kotak turun dari tingkat 3 ke tingkat 1.
Seseorang itu dikatakan melakukan kerja apabila mengangkat sebatang pensil dari atas lantai ke atas meja setinggi 1 meter.
Yang manakah TIDAK BENAR mengenai TENAGA?
Bermaksud keupayaan untuk melakukan kerja.
Boleh berubah atau ditukar kepada bentuk tenaga yang lain.
Tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Boleh dicipta atau dimusnahkan.
Antara berikut, situasi yang manakah menunjukkan kerja dilakukan?
Seorang pekerja menahan tiang daripada tumbang.
Seorang lelaki menolak kereta sejauh 10 meter.
Dua orang pelajar menurunkan kotak berisi buku dari atas almari ke lantai.
Seorang perempuan membawa bakul berisi pakaian ke biliknya di tingkat atas.
Mazlan menggunakan daya 30N untuk menolak sebuah kotak sejauh 5m. Hitung kerja yang dilakukanb oleh Mazlan.
[Kerja (J) = daya (N) x jarak sesaran (m)]
15 Nm @ 15 Joule
35 Nm @ 35 Joule
90 Nm @ 90 Joule
150 Nm @ 150 Joule
Apakah maksud Kuasa?
Kerja yang dilakukan dalam masa satu saat.
Kekuatan untuk menyelesaikan suatu masalah.
Keupayaan istimewa untuk mengalahkan lawan.
Kemampuan untuk bertukar menjadi superhero.
Yang manakah 2 rumus yang boleh digunakan untuk mengira Kuasa?
Kuasa (W) = daya (J) x jarak (m)
Kuasa, P (W) = kerja yang dilakuakn (J) / masa (s)
Kuasa (W) = daya (J) x sesaran (m) / masa (s)
Kuasa (W) = jisim x pecutan x ketinggian
Seekor monyet mempunyai berat 2 kg memanjat pokok setinggi 10 m dalam masa 5 saat. Kira kerja yang dilakukan dan kuasa monyet itu.
[Kerja (J) = daya (N) x sesaran (m)]
[Kuasa (W) = kerja (J) / masa (s)]
Kerja = 20 Joule, Kuasa = 4 Watt
Kerja = 20 Joule, Kuasa = 40 Watt
Kerja = 200 Joule, Kuasa = 4 Watt
Kerja = 200 Joule, Kuasa = 40 Watt
Rajah menunjukkan seorang murid berjisim 60 kg menaiki tangga setinggi 4 m dalam masa 30 saat. Berapakah kuasa yang dijanakan oleh murid itu?
[Kuasa = kerja / masa]
8 W
80 W
120 W
240 W
Yang manakah 3 penyataan yang BETUL mengenai Tenaga Keupayaan Graviti?
Nilai pecutan graviti Bumi adalah 10 km/j.
Kerja yang dilakukan untuk mengangkat sesuatu objek ke suatru ketinggian, h dari permukaan bumi.
Semakin jauh kedudukan objek dari pusat bumi, semakin tinggi tenaga keupayaan graviti yang terkandung di dalamnya.
Rumus bagi mengira tenaga keupayaan graviti (J) ialah jisim (kg) x pecutan graviti (m/s2) x ketinggian (m).
Tenaga keupayaan graviti menolak objek ringan ke atas.
Penyataan di bawah mengenai tenaga keupayaan graviti adalah betul KECUALI....
Nilai pecutan graviti Bumi adalah 10 m/s atau 10ms-1.
Berat sesuatu objek adalah bersamaan dengan daya graviti yang bertindakke atas jisim objek tersebut.
Tenaga keupayaan graviti hanya dikira sekiranya objek bergerak mengikut arah tarikan graviti.
Rumus untuk mengira Tenaga keupayaan graviti boleh diringkaskan sebagai mgh.
Yang manakah TIDAK BENAR mengenai Tenaga Keupayaan Kenyal?
Merupakan kemampuan suatu objek untuk berubah kembali ke bentuk asalnya selepas dimampat, direnggang atau diubah bentuk.
Spring yang dimampatkan mempunyai Tenaga Keupayaan Kenyal yang tinggi.
Bola yang sedang jatuh mempunyai Tenaga Keupayaan Kenyal yang tinggi.
Merupakan kerja yang dilakukan untuk memampat atau merenggangkan suatu bahan kenyal dengan sesaran x dari kedudukan keseimbangan.
Yang manakah rumus yang BETUL untuk mengira Tenaga Keupayaan Kenyal?
Tenaga Keupayaan Kenyal = Daya purata (F) x sesaran (x) = 1/2 (Fx)
Tenaga Keupayaan Kenyal = Daya graviti (J) x jarak (m)
Tenaga Keupayaan Kenyal = Jisim objek x kelajuan
Tenaga Keupayaan Kenyal = jisim objek x jarak perubahan
Apakah yang dimaksudkan dengan Tenaga Kinetik?
Tenaga yang dimiliki oleh sesuatu objek yang berada di kedudukan yang tinggi.
Tenaga yang dimiliki oleh spring yang sedang ditarik.
Tenaga untuk mengangkat objek ke atas.
Tenaga yang dimikili oleh objek yang bergerak.
Objek-objek berikut mempunyai Tenaga Kinetik kecuali...
kenderaan yang sedang bergerak.
batu yang jatuh dari atap sebuah rumah.
air sungai yang mengalir.
kereta yang berhenti di atas sebuah bukit.
Dua faktor yang mempengaruhi kendungan Tenaga Kinetik dalam suatu objek adalah...
ketinggian objek, h (m)
isipadu objek, v (cm3)
Jisim objek, m (kg)
Kelajuan objek, v (m/s)
Satu spring mempunyai panjang asal 10 cm. Apabila daya purata 20 N digunakan untuk menarik spring itu, panjang spring itu berubah menjadi 15 cm. Hitung tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan dalam spring itu.
[sesaran spring, x = panjang akhir - panjang awal]
[Tenaga Keupayaan Kenyal = 1/2 x Daya purata x sesaran]
0.2 J
0.5 J
0.8 J
1.0 J
Sebuah troli berjisim 5 kg sedang bergerak dengan kelajuan 2 m/s. Hitung tenaga kinetik troli tersebut.
[ Tenaga Kinetik (J) = 1/2 x jisim objek,m (kg) x kelajuan, v (m/s) x kelajuan, v (m/s) ]
[ Tenaga Kinetik (J) = 1/2 mv2]
10 J
25 J
50 J
100 J
Pilih 3 penyataan yang BETUL mengenai Prinsip Keabadian Tenaga.
Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
Tenaga boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain.
Jumlah tenaga sebelum perubahan tidak sama dengan jumlah tenaga selepas perubahan.
Semasa sebiji bola sedang bergerak jatuh ke bawah, tenaga kinetik diubah kepada tenaga keupayaan graviti.
Sebuah panah yang dilepaskan memindahkan tenaga keupayaan kenyalnya kepada tenaga kinetik anak panah.
