NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa Set 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Mak Kiah sedang _____ bakul yang ditempah oleh para pelanggannya.
menebar
menganyam
menyulam
menyembat
Encik Samad _____ roti canai sebelum membentukkannya di atas permukaan yang telah digris.
menguli
menebar
mengecap
membakar
Kak Hana _____ songket menggunakan beberapa lembar benang emas.
menjahit
menyembat
menenun
melembar
Tukang kebun itu ______ ranting pokok yang tumbuh merimbun.
menghiris
mencanting
memangkas
menebang
Pak Lang ______ sotong bersama rakan-rakannya di tengah laut pada waktu malam.
menjala
memancing
mancandat
mengail
Ibu ____ daging yang baru dibelinya sehingga lumat untuk dibuat bergedil.
mencencang
memotong
menghiris
mendadu
Saya hanya ___ perut dengan memakan sekeping roti.
mengalas
mengisi
memenuhi
memakan
Puan Siti ____ baju anaknya yang telah koyak di ruang tamu.
menyembat
memotong
mencanting
mengukir
Cik Farah ____ batik menggunakan lilin yang telah dicairkan.
melukis
mencanting
melakar
mewarna
Pak Abu sedang ____ jala kerana tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.
menenun
menyirat
merawan
membetulkan
Ibu ____ nasi sebaik sahaja tiba di rumah.
menjerang
menggoreng
merebus
menanak
Pak Dollah terpaksa ______ pokok kelapa itu untuk mengambil buah kelapa muda.
menebang
mengait
memotong
menakik
Diana ____ kuih pau untuk tetamu yang datang ke rumahnya.
membakar
merebus
mereneh
mengukus
Nek Timah ____ daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
merebus
membakar
mereneh
melayur
Nani ____ sup daging untuk kakaknya yang sedang demam.
menanak
mengukus
mereneh
membakar
Mak Mah ____ padi ketika keadaan berangin di luar rumah.
menyejukkan
menampi
membanting
menuai
Datuk ____ buluh untuk dijadikan wau yang menarik bentuknya.
memotong
mencantas
meraut
menakik
Piala kemenangan itu _________ oleh ketua pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Meru.
dibimbit
dijulang
ditatang
didukung
Ibu _______________ secubit garam ke dalam kari itu.
memasukkan
menggaulkan
menaburkan
membubuh
Ibu bapa perlu ______________ anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
memandu
membimbing
mengajar
mengawasi
Puan Leong ____________ kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
mengadu
meracau
meleter
menceritakan
Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
terpegang
tersentuh
terpijak
terlangkah
Kakak meletakkan ____________ agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.
pemukul
pengandar
penyandar
penyendal
Hujan yang __________ telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.
menitis
menitik
merintik
mencurah
Adik ___________ gambar-gambar itu dalam buku skrapnya menggunakan gam.
meletak
menampal
membubuh
menampung
Kisah kejayaan murid itu mencipta sejenis peralatan berteknologi tinggi menggunakan bahan-bahan terbuang telah _______________ di dada akhbar.
terpamer
tergambar
terbentang
terpampang
Para pelancong berasa terpegun melihat keunikan Masjid Kristal yang _____________ indah di Pulau Wan Man.
terdiri
terpancar
tersergam
terbina
Pak Din membawa kami ______________ sungai itu dengan sampannya untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
menyeberangi
menjalani
menyusuri
menjejaki
Kita haruslah tabah ______________ cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
merasai
menjejaki
merempuhi
mengharungi
Semua peserta kawad kaki dikehendaki _______________ kasut kulit masing-masing supaya nampak berkilat.
mengelap
menyapu
menggilap
menghias
Bot nelayan itu berolang-aling di laut apabila ________________ ombak yang kuat.
diangkat
ditampar
dilambung
ditentang
Kegigihan Shafiq _____________ kolam ikannya telah menarik perhatian Jabatan Perikanan untuk memberikan bantuan tambahan.
melaksanakan
mengusahakan
membuatkan
menjadikan
Fitri dan Didi berasa gayat apabila kereta kabel yang dinaki mereka ____________ ditiup angin sebelum sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.
berbuai-buai
berenjut-renjut
bergetar-getar
bergantung-gantung
Anjing itu _____________ seketul tulang.
menjinjit
menganga
membimbit
mengonggong
Pertandingan ___________ bunga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
mengubah
menggarang
munggubah
menjerang
Sebelum ke pejabat, ayah __________ tali lehernya kemas-kemas.
memasang
menyimpul
memintal
mengikat
Panglima Damak __________ keris itu di pinggangnya kemas-kemas.
mencelahkan
menanamkan
memasukkan
menyisipkan
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
mendukung
mengelek
membawa
mengepit
