wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERKHEMAHAN

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah merupakan asas dan motif suatu perkhemahan diadakan, KECUALI .........

a)

mengeratkan perpaduan

b)

untuk tujuan kenaikan pangkat

c)

memberi latihan dan pendedahan kepada ahli

d)

menunjukkan kemampuan membayar yuran untuk menyertai perkhemahan

2.

Apakah maksud khemah?

a)

tempat perlindungan sementara yang selesa

b)

tempat tinggal kekal

c)

tempat menyimpan barang

d)

tempat memelihara haiwan

3.

Jangan merosakkan alam sekitar, menghormati adat resam penduduk sekitar, tidak membuat kotoran


Perkara-perkara di atas merujuk kepada _________

a)

maksud perkhemahan

b)

ciri-ciri khemah yang baik

c)

etika perkhemahan

4.

Berikut merupakan antara barang-barang yang perlu dibawa untuk perkhemahan, KECUALI ________

a)

pakaian

b)

makanan

c)

khemah

d)

buku latihan

5.

Yang manakah tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah?

a)

laluan binatang

b)

tanah rata

c)

puncak gunung

d)

kawasan berbatu

6.

Berikut adalah sumber air KECUALI ............

a)

sungai

b)

perigi

c)

tasek

d)

longkang

7.

Peralatan apakah yang digunakan untuk membuat pagar sebagai kawasan sempadan ?

a)

batu

b)

tali

c)

kasut

d)

tuala

8.

Berikut merupakan peralatan yang digunakan untuk memndirikan khemah, KECUALI _________

a)

top cover

b)

kain kanvas

c)

rangka lentur

d)

besi pacak bentuk L

e)

batang lidi

9.

Apakah langkah pertama untuk mendirikan khemah?

a)

Bentangkan kanvas di tapak yang sesuai

b)

Pasangkan rangka lentur pada khemah

c)

Pacakkan tiang bentuk L

d)

Letakkan top cover

10.

Antara berikut adalah perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan selesai, KECUALI ________

a)

membersihkan kawasan

b)

memastikan tiada bara api yang masih membara

c)

mengutip sampah

d)

mengutip daun-daun kering

11.

Berikut merupakan antara tujuan berkhemah, kecuali :

a)

Melatih peserta agar lebih berdisiplin

b)

Menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan

c)

Memberi peluang kepada peserta untuk ponteng sekolah

d)

Menenangkan minda, fikiran dan jiwa peserta

12.

Pemilihan tapak perkhemahan mestilah berhampiran dengan sumber air.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Pemilihan tapak perkhemahan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum mendirikan khemah.


Pilih satu ciri tapak perkhemahan yang selamat.

a)

Dekat dengan batu tajam

b)

Tanah yang lembap dan berlopak

c)

Dekat dengan pokok atau dahan mati

d)

Tanah yang rata dan luas

14.

Merujuk gambar di atas. Pilihkan kata kerja yang sesuai

a)

mengutip kayu api

b)

menjinjing air

c)

menyabit rumput

d)

menyalakan unggun api

15.

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti penting dalam pasukan unit beruniform. Banyak faedah yang akan diperolehi oleh anak murid atau pelajar melalui sesuatu perkhemahan, di antara ialah tujuan perkhemahan KECUALI:

a)

Berkhemah sebagai cara ibadat

b)

Berkhemah sebagai cara pendidikan

c)

Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan

d)

Berkhemah untuk menyelesaikan masalah peribadi

16.

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan, berikut adalah perkara yang perlu diambil kira, KECUALI:

a)

Berhampiran dengan pantai

b)

Kemudahan asas yang mencukupi

c)

Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin

d)

Mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

17.

Faedah daripada aktiviti perkhemahan adalah seperti berikut kecuali .........

a)

Mengelak daripada gejala sosial yang tidak sihat

b)

Menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan

c)

Semangat percaya diri dan mementingkan diri sendiri

d)

Memupuk nilai-nilai murni individu

18.

Antara berikut yang manakah bukan peralatan penting untuk perkhemahan

a)

Khemah yang sesuai

b)

Kotak ikhtiar hidup dan makanan

c)

Beg galas,lampu,mestin dan lilin

d)

Radio,kamera dan majalah

19.

Faedah yang diperoleh daripada aktiviti perkhemahan adalah ..........

a)

mengusutkan fikiran

b)

meningkatkan ilmu berdikari

c)

pentingkan diri sendiri

d)

mencemar keindahan alam

20.

1.Aktiviti ................ biasanya dilaksanakan dikawasan rekreasi,hutan,bukit dan persekitaran sekolah.

a)

berkelah

b)

orienteering

c)

berbasikal

d)

perkhemahan

21.

Jangan sesekali berkhemah di bawah pokok

a)

betul

b)

salah

22.

Kain penutup khemah bertujuan untuk

a)

menegakkan khemah

b)

mengelakkan air hujan masuk ke dalam khemah

c)

memberikan pengudaraan yang baik

23.

Kita perlu memastikan kain khemah ____________________ sebelum disimpan.

a)

basah

b)

kotor

c)

bersih

24.

Kita perlu elakkan memasang khemah di kawasan yang

a)

lapang dan rata

b)

lembab dan basah

c)

jauh dari semak samun

25.

Apakah kegunaan khemah?

a)

Khemah ialah tempat bermain sorok-sorok oleh kanak-kanak

b)

Khemah adalah tempat tidur sementara waktu

c)

Khemah ialah tempat memasak sementara waktu

d)

Khemah ialah tempat untuk menyanyi kuat-kuat supaya tidak mengganggu orang lain

26.

Yang manakah di bawah ialah pemilihan khemah yang paling baik?

a)

Khemah yang ada satu pintu berjaring nyamuk.

b)

Khemah yang ada satu pintu berjaring nyamuk dan satu tingkap ber jaring nyamuk.

c)

Khemah yang ada 2 pintu yang tidak berjaring agar pengudaraan yang lebih baik.

d)

Khemah yang ada dua pintu yang berjaring nyamuk

27.

Yang manakah dibawah BUKAN pemilihan tapak khemah yang sesuai?

a)

Mendirikan khemah yang berdekatan sungai, tetapi di tempat yang lebih tinggi dari paras kebanjiran sungai.

b)

Mendirikan khemah betul-betul di tepi sungai agar senang mendapatkan air.

c)

Mendirikan khemah di tapak yang kurang akar-akar pokok yang timbul ke atas permukaan tanah.

d)

Mendirikan khemah yang jauh dari risiko pokok reput atau pokok mudah tumbang.

28.

Yang manakah di bawah BUKAN pemilihan tapak khemah yang sesuai ?

a)

Mendirikan khemah di laluan pendaki.

b)

Elakkan memasang khemah di kawasan berbatu tajam kerana batu tajam akan membocorkan khemah anda.

c)

Elakkan memasang khemah ditepi cerun bukit kerana cerun bukit biasanya berisiko tanah runtuh.

d)

Elakkan memasang khemah di tempat yang berdekatan dengan sarang serangga atau haiwan.

29.

Yang manakah BUKAN merupakan kepentingan pemilihan saiz khemah ketika membeli khemah ?

a)

Khemah 2-men-tent adalah tidak wujud di pasaran.

b)

Sekiranya anda biasa mendaki seorang diri, anda akan membeli solo-tent kerana lebih ringan.

c)

Khemah 6-men-tent, 8-men-tent atau saiz khemah yang lebih besar biasanya lebih mahal, lebih berat dan sukar mencari tapak khemah yang luas.

d)

Sekiranya anda ingin membeli khemah untuk kegunaan sekolah, biasanya khemah 4-men-tent yang akan dipilih kerana boleh muat sehingga 4 pelajar dan tidak terlalu berat.

30.

Antara etika semasa mengikut perkhemahan ialah

a)

membuat bising semasa aktiviti

b)

bercakap besar

c)

membuang sampah merata-rata

d)

tidak merosakkan alam semula jadi

31.

Mengapakah kawasan memasak perlu dipasang 5 meter dari khemah ?

a)

supaya bau masakan tidak sampai ke khemah

b)

supaya kawasan khemah nampak lebih kemas

c)

supaya mudah untuk peserta memasak

d)

supaya percikan api tidak terkena khemah

32.

Antara peralatan yang boleh perlu dibawa semasa perkhemahan ialah

a)

porch bag

b)

selimut

c)

telefon bimbit

d)

stokin pacat

33.

Berikut merupakan makanan yang sesuai dibawa semasa perkhemahan

a)

KFC

b)

biskut kering

c)

spagheti

d)

sayur-sayuran

34.

Berkhemah ialah ...

a)

memasang khemah kekal untuk berteduh dan bermalam

b)

memburu dan mengembara seperti Bushman dan Badwi

c)

memasang khemah sementara untuk berteduh dan bermalam

35.

Tapak perkhemahan merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum mendirikan khemah.


Berikut merupakan ciri-ciri tapak perkhemahan yang selamat, KECUALI...

a)

Kawasan lapang rata dan luas

b)

Kawasan yang mendapat pancaran cahaya matahari

c)

Tanah yang lembab dan berlopak

d)

Berhampiran dengan jalan