wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 2: REKA BENTUK INDUSTRI

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Perkembangan Rekabentuk Industri berlaku sejajar dengan perkembangan Revolusi Peindustrian di Eropah pada penghujung abad keberapa?

a)

17

b)

18

c)

19

d)

20

2.

Bilakah perkembangan Reka bentuk industri di Malaysia telah bermula?

a)

1960

b)

1965

c)

1967

d)

1970

3.

Apakah produk yang paling terkenal hasil Reka Bentuk industri di Malaysia?

a)

Proton Wira

b)

Proton Iswara

c)

Proton Saga

d)

Perodua Kancil

4.

Yang manakah bukan 3 bidang Reka Bentuk Industri?

a)

Reka bentuk automotif

b)

Reka Bentuk Perabot

c)

Reka bentuk Produk

d)

Reka bentuk Rumah

5.

Reka bentuk produk mestilah _________

a)

mempunyai reka bentuk yang menarik dan mahal

b)

mempunyai reka bentuk menarik, murah dan berfungsi dengan baik

c)

mempunyai reka bentuk yang biasa dan murah

d)

mempunyai reka bentuk menarik, mahal dan berfungsi

6.

Reka bentuk perabot yang baik akan menyumbang kepada pernyataan di bawah ini kecuali?

a)

pengurang kos

b)

bahan yang mahal

c)

penjimatan ruang

d)

bentuk yang ringkas

7.

Bentuk mengikut fungsi bermaksud reka bentuk lebih memberi tumpuan kepada aspek fungsi tanpa menekankan sudut (a)  

8.

Fungsi mengikut bentuk menekankan kepada aspek (a)   berbanding aspek fungsi pada produk tersebut.

9.

Nyatakan prinsip yang boleh digunakan untuk membantu dalam menghasilkan reka bentuk industri

(a)  

10.

Ergonomik memainkan perana penting dalam penghasilan produk yang efisien. Aspek-aspek seperti (a)   harus diambil kirabdalam penghasilan produk.

11.

Apakah yang anda faham tentang reka bentuk industri?

a)

Reka bentuk yang menitikberatkan faktor ergonomik

b)

Reka bentuk yang berkait rapat dengan fungsi produk

c)

Proses penghasilan produk melalui proses reka bentuk dan pengeluaran

d)

Proses pengeluaran yang menjana ekonomi dan memenuhi keselesaan pengguna

12.

Apakah maksud ergonomik?

a)

Teknik menghasilkan reka bentuk produk

b)

Cara memproses maklumat visual

c)

Disiplin ilmu berkaitan proses pengeluaran dan penghasilan sesuatu produk

d)

Ilmu berkaitan kebolehan, had dan ciri-ciri manusia berkaitan dengan reka bentuk

13.

Apakah peranan dan fungsi reka bentuk industri dalam bidang pendidikan?

a)

Mendidik pelajar mencipta hasil seni reka bentuk yang sesuai untuk pengeluaran industri

b)

Melatih pelajar membuat kajian dan penyelidikan tentang reka bentuk industri

c)

Menawarkan peluang kerjaya kepada pelajar

d)

Menjana ekonomi individu, keluarga dan negara

14.

Antara berikut, yang manakah kelebihan ergonomik dalam sesuatu reka bentuk?

a)

Menurunkan tahap kesihatan

b)

Mengurangkan keberkesanan kerja

c)

Menurunkan kualiti dan kos pengeluaran

d)

Meningkatkan keselamatan di tempat kerja

15.

Apakah ciri-ciri reka bentuk yang baik?

a)

Meningkatkan kos dan bahan

b)

Menjimatkan ruang dan kos

c)

Meningkatkan kos dan produktiviti

d)

Mengurangkan harga dan kreativiti

16.

Bagaimanakah prinsip kepelbagaian dapat dilihat dalam gubahan reka bentuk industri?

a)

Menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan

b)

Kesamaan dan kesepadanan tarikan

c)

Memberikan gaya, variasi dan idea yang berbeza dalam gubahan

d)

Penggunaan perspektif mengikut kesesuaian

17.

Apakah alatan yang digunakan untuk membuat rendering dan lukisan perincian?

a)

Pensel, pen teknikal dan marker pen

b)

Pensel warna, pen teknikal dan pembaris

c)

Pen teknikal, pen manuskrip dan pembaris

d)

Pen dakwat dan pembaris French Curve

18.

Produk yang dihasilkan berdasarkan bentuk mengikut fungsi mengutamakan aspek

a)

Warna

b)

Fungsi

c)

Ekonomi

d)

Rupa bentuk

19.

Apakah langkah pertama proses mereka bentuk sesuatu produk industri?

a)

Membuat sketsa idea

b)

Mengenalpasti keperluan

c)

Menghasilkan model produk

d)

Membuat lakaran bentuk produk

20.

Mengapakah seorang pereka bentuk industri perlu menyepadukan pelbagai elemen dalam rekaannya?

a)

Mengurangkan kos

b)

Lebih mudah dihasilkan

c)

Lebih relevan dan bermakna

d)

Menjimatkan masa dan tenaga

21.

Antara berikut, yang manakah benar tentang sejarah perkembangan Reka Bentuk Industri?

(Klik jawapan yang betul sahaja)

a)

Perkembangan Reka Bentuk Industri berlaku pada penghujung abad ke-18.

b)

Revolusi perindustrian dalam Reka Bentuk Industri telah membawa kepada penciptaan pelbagai bidang.

c)

Di Malaysia, perkembangan Reka Bentuk Industri bermula apabila wujudnya kursus dalam bidang Reka Bentuk Industri.

d)

Bidang Reka Bentuk Industri telah menjadi sumber pendapatan utama ekonomi negara.

22.

Berikut merupakan tiga bidang dalam Reka Bentuk Industri l, kecuali

a)

Reka Bentuk Fesyen

b)

Reka Bentuk Produk

c)

Reka Bentuk Perabot

d)

Reka Bentuk Automotif

23.

Gambar rajah di atas ini merupakan salah satu jenis Reka Bentuk Industri dalam kategori...

a)

Reka Bentuk Automotif

b)

Reka Bentuk Produk

c)

Reka Bentuk Perabot

24.

Mengapakah Reka Bentuk Perabot di atas direka dengan reka bentuk yang menarik dan baik?

a)

Menyumbang ke arah pengurangan kos, bahan dan penjimatan ruang.

b)

Memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

c)

Menarik minat pembeli untuk membeli perabot.

d)

Menjamin keuntungan syarikat pengeluar perabot.

25.

Berikut merupakan contoh-contoh Reka Bentuk Automotif, kecuali

a)

Jet pejuang

b)

Kapal laut

c)

Bas mini

d)

Skateboard

26.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bentuk Mengikut Fungsi?

a)

Reka bentuk lebih mementingkan aspek fungsi berbanding sudut estetik.

b)

Reka Bentuk lebih mengutamakan aspek luaran berbanding fungsi.

c)

Reka Bentuk mementingkan keistimewaan produk yang dihasilkan.

d)

Reka Bentuk menekankan aspek harga dan kos produk.

27.

Produk ini dikategorikan dalam peranan dan fungsi reka bentuk iaitu

a)

Fungsi mengikut bentuk

b)

Bentuk mengikut fungsi

28.

Berikut merupakan prinsip dan elemen dalam Reka Bentuk Industri, kecuali

a)

Kesatuan

b)

Kepelbagaian

c)

Ruang

d)

Harmoni

29.

Manakah antara berikut benar menerangkan tentang ergonomik dalam Reka Bentuk Industri?

a)

Memainkan peranan dalam penghasilan produk agar dapat diguna secara efisien dan efektif.

b)

Merangkumi aspek-aspek keselamatan, keselesaan dan ketahanan.

c)

Meningkatkan tahap keberkesanan dan kecekapan kerja.

d)

Menambahkan kebolehpasaran sesuatu produk yang dihasilkan.

30.

Apakah ciri-ciri ergonomik yang terdapat pada reka bentuk produk di atas?

a)

Memudahkan kerja

b)

Mengurangkan kepenatan

c)

Memberi keselesaan

d)

Menambah kos perbelanjaan