wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 12 SISTEM SURIA TINGKATAN 2

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Sistem Suria terletak di dalam galaksi Bima Sakti.
a)
Betul
b)
Salah
2.
Yang manakah antara berikut bukan ahli Sistem Suria?
a)
Planet
b)
Satelit buatan
c)
Asteroid
d)
Komet
3.
Antara berikut, susunan planet manakah betul bermula dari yang paling jauh dari matahari?
a)
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
b)
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Neptun, Zuhal, Uranus
c)
Neptun, Uranus, Zuhal, Marikh, Musytari, Bumi, Zuhrah, Utarid
d)
Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi, Zuhrah, Utarid
4.
Planet X dikenali sebagai planet merah. Permukaannya berkawah dan bersalji di bahagian kutub. Apakah planet X?
a)
Zuhrah
b)
Bumi
c)
Marikh
d)
Musytari
5.
Semua planet berputar pada paksi masing-masing. Apakah yang dimaksudkan dengan 'paksi'?
a)
Garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan
b)
Jalan atau landasan di ruang angkasa yang tidak dapat dilihat secara fizikal
6.
Di manakah terletaknya jalur asteroid dalam Sistem Suria?
a)
Di antara planet Bumi dengan Marikh
b)
Di antara planet Marikh dengan Musytari
c)
Di antara planet Musytari dengan Zuhal
d)
Di antara planet Zuhal dengan Uranus
7.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang saiz relatif Matahari, Bumi dan Bulan?
a)
Anggaran saiz Matahari ialah 400 kali saiz Bulan
b)
Anggaran saiz Bumi ialah 10 kali saiz Bulan
c)
Anggaran saiz Matahari ialah 400 kali saiz Bumi
d)
Anggaran saiz Matahari ialah 4 kali saiz Bumi
8.

P: 108.2 juta km

Q: 2871 juta km

R: 778.3 juta km

Berdasarkan maklumat di atas, planet manakah paling sejuk?

a)

P

b)

Q

c)

R

9.

Bagaimanakah jarak planet-planet dari Matahari diukur?

a)

Unit atsmofera

b)

Unit astronomi

c)

Unit S.I

10.

1 tahun cahaya bersamaan

a)

1.5x108 km

b)

9.5x1012 km

c)

1.43x109 km

11.

Planet yang dikenali 'rumah hijau' kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosferanya.

a)

Utarid

b)

Bumi

c)

Zuhal

d)

Zuhrah

12.

Planet yang terbesar daripada lapan planet dalam sistem suria. Planet yang dikenali sebagai pelindung kepada Bumi.

a)

Marikh

b)

Musytari

c)

Bumi

d)

Utarid

13.

Planet ketujuh. Planet yang unik kerana paksi putarannya condong ke sisi, hampir selari dengan orbitnya yang mengelilingi Matahari.

a)

Uranus

b)

Utarid

c)

Zuhal

d)

Zuhrah

14.

Tarikan graviti planet P sangat tinggi berbanding Bumi kerana jisimnya sangat tinggi walaupun ketumpatannya sangat rendah. Planet P ialah?

a)

Marikh

b)

Musytari

c)

Bumi

d)

Bulan

15.

Zuhrah mempunyai arah putaran yang berbeza dengan Bumi.

a)

Barat ke timur

b)

Timur ke barat

16.

Bumi sesuai untuk hidupan kerana mempunyai banyak?

a)

Ais

b)

Debu

c)

Air

17.

Ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia.

a)

Jejak kasih

b)

Jejak ekologi

c)

Jejak musafir

18.

Padankan ciri bumi dengan kepentingannya yang tepat.


"Mempunyai tarikan graviti"

a)

Membekalkan air kepada hidupan.

b)

Membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis.

c)

Membolehkan hidupan menjalankan proses respirasi.

d)

Menarik objek di bumi supaya tidak terapungatau terbang ke angkasa lepas.

19.

Namakan dua bulan dari planet Marikh.

a)

Phobos

b)

Demos

c)

Titan

d)

Ganymede

20.

Jika bumi mempunyai lebih daripada satu bulan, apakah yang akan berlaku?

a)

Amplitud air pasang kemungkinan akan meningkat atau menurun.

b)

Waktu siang dan malam akan menjadi lebih panjang

c)

Air pasang kemungkinan akan terjadi dua kali sehari.

d)

Pertambahan kawasan gurun yang menghadap matahari.

21.

Apakah ciri bumi yang menyebabkan fenomena di atas?

a)

Bumi berputar dari barat ke timur.

b)

Bumi berputar dari timur ke barat

c)

Bumi mengelilingi matahari

d)

Bumi mempunyai graviti

22.

Apakah yang akan berlaku jika putaran Bumi menjadi perlahan atau berhenti berputar?

a)

Waktu siang dan malam yang panjang di dua bahagian Bumi yang berbeza

b)

Pertambahan kawasan gurun pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari

c)

Waktu berlaku pasang surut air berubah

d)

Suhu pada bahagian Bumi yang tidak disinari Matahari akan menjadi sangat dingin

23.

Apakah itu jejak ekologi?

a)

Ukuran kemampuan kadar penggunaan manusia terhadap sesuatu sumber bagi meningkatkan tahap produktiviti negara

b)

Ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia (makanan, minuman, kediaman dan lain-lain) serta kemampuan Bumi untuk menyerap semua bahan bujangan manusia lalu menghasilkan semula sumber sesudah mereka menggunakannya.

c)

Ukuran nisbah sumber bagi enam kawasan, iaitu jejak karbon, kawasan binaan, hutan, kawasan pertanian, kawasan penternakan dan kawasan perikanan dalam bentuk tapak kaki manusia.

d)

Ukuran pertambahan populasi manusia yang semakin meningkat kadar permintaan.

24.

Apakah yang akan berlaku sekiranya jejak ekologi melebihi kemampuan Bumi untuk memperbaharui sumber?

a)

Bumi semakin panas

b)

Bumi akan kehabisan sumber

c)

Bumi akan menghasilkan lebih banyak lagi sumber

d)

Bumi semakin sejuk

25.

Mengapakah A. U. dan ly digunakan untuk menentukan jarak planet dari Matahari dalam sistem suria?

a)

Teknologi astronomi yang canggih dalam pengukuran jarak dengan tepat

b)

Jarak planet diukur berdasarkan kecerahan cahaya planet

c)

Jarak diukur berdasarkan jisim planet dengan Matahari

d)

Jarak planet-planet dari Matahari adalah sangat besar.