wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 P.Moral 2B SMKTK

Total questions: 12

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Semua yang berikut merupakan sumber moral kecuali

a)

Kepercayaan

b)

Agama

c)

Rukun Tetangga

d)

Norma masyarakat

2.

“Saya baik kepada mereka yang baik kepada saya; saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada saya” adalah merujuk kepada ajaran…

a)

Agama Buddha

b)

Agama Islam

c)

Kepercayaan Taoisme

d)

Agama Kristian

3.

Manakah antara berikut yang

benar?

a)

Kaum Cina melakukan amalan Naamkaran. iaitu upacara memberikan nama kepada bayi yang baru lahir.

b)

Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian kecuali berlaku kematian.

c)

Kaum Sikh melakukan upacara sujud kaki.

d)

Kaum Melayu melarang seseorang mengetip kuku pada waktu malam.

4.

Sebagai murid yang bertanggungjawab saya akan sentiasa melakukan perkara berikut kecuali

a)

Memberikan perhatian penuh semasa guru mengajar di dalam kelas.

b)

Melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum.

c)

Melibatkan diri dengan aktiviti

negatif.

d)

Hadir tepat masa ke sekolah.

5.

Salah laku remaja yang berlaku pada hari ini

disebabkan mereka…..

a)

tidak mampu berfikir kesan baik

dan buruk

b)

kurang mahir melakukan sesuatu perkara

c)

tidak yakin untuk berbuat kebaikan

d)

diarah oleh ahli keluarga untuk

melakukannya

6.

Pilih sikap yang menunjukkan amalan yang berhemah tinggi

a)

suka menyalahkan orang lain

b)

tidak mahu mengakui kelemahan

diri’

c)

tidak senang apabila dikritik

d)

tidak malu membetulkan kesilapan diri

7.

· Genggam bara api biar sampai jadi arang

· Menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Peribahasa-peribahasa di atas menunjukkan masyarakat kita mengamalkan nilai

a)

Amanah

b)

Kerajinan

c)

Rasional

d)

hemah tinggi

8.

Autisme ialah

a)

Kecacatan pada deria pendengaran.

b)

Gangguan perkembangan intelek dan daya fikir.

c)

Gangguan mahkluk halus semasa bayi dan berlanjutan sehingga dewasa

d)

Suatu penyakit yang disebabkan oleh serangan virus

9.

Seseorang yang menghidap autisme akan mengalami ciri-ciri berikut kecuali

a)

Suka bersendirian

b)

Sensitif pada bunyi

c)

mempunyai bentuk muka yang sama

d)

tidak takut pada bahaya

10.

“Membina mengukuh dan menyebar luas jaringan komunikasi yang menyeluruh dan berkesan dalam menguruskan penyampaian maklumat”

Pernyataan ini merujuk kepada peranan agensi perkhidmatan awam bagi..

a)

Jabatan Imigresen Malaysia

b)

Polis Diraja Malaysia(PDRM)

c)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

d)

Jabatan Penerangan Malaysia

11.

Ø Habitat tumbuhan dan hidupan liar akan musnah

Ø Hakisan tanah

Ø Jumlah karbon dioksida bertambah

Ø Spesies tumbuhan dan hidupan liar berkurang


Pernyataan diatas merupakan akibat daripada

a)

Gaya hidup tidak sihat

b)

Perancangan pembangunan yang tidak teliti

c)

Masyarakat yang tidak beragama

d)

Vandalisme

12.
  • Berhenti merokok
  • Makan makanan seimbang
  • Makan makanan berkalsium tinggi
  • Mengurangkan minuman berkarbonat dan berkafein
  • Memberus gigi


Pernyataan merujuk kepada

a)

Kesan stress

b)

Gaya hidup tidak sihat

c)

Cara penjagaan kesihatan gigi

d)

Semua yang diatas