wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RBT

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Kit model kereta kawalan jauh boleh dipasang dengan mudah dan senang dengan merujuk ____________.

a)

manual pemeriksaan

b)

manual pemasangan

c)

manual penyenggaraan

d)

manual kegunaan komponen

2.

Alatan di atas diperolehi di dalam kotak kit model kereta. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan untuk memasang kit model kereta tersebut?

a)
b)
c)
d)
3.

Haritas Sivam menggunakan sejenis alatan tangan untuk mencengkam dan memegang komponen gear yang kecil.

Apakah nama alatan tangan yang digunakan oleh Haritas Sivam?

a)

Playar muncung tirus

b)

Pemutar skru mata rata

c)

Sepana hujung terbuka

d)

Pemutar skru mata Philip

4.

Kenapakah semasa kerja-kerja penyimpanan kit model, bateri perlu dikeluarkan dari pemegang bateri dan perlu disimpan di tempat asing?

a)

Bagi mengelakkan bateri hilang

b)

Bagi menjaga jangka hayat bateri

c)

Bagi mengelakkan bateri hilang kuasa

d)

Bagi mengelakkan bateri bocor dan berkarat

5.

Apakah nama komponen di atas?

a)

Kapasitor berkutub

b)

Perintang boleh laras

c)

Mentol

d)

Diod Pemancar Cahaya

6.

Apakah fungsi Diod pemancar cahaya?

a)

Mengeluarkan cahaya

b)

Mengeluarkan bunyi

c)

Mengeluarkan haba

d)

Mengeluarkan tenaga

7.

Berikut merupakan contoh haiwan perosak yang selalu merosakkan anak benih pokok, kecuali ____________.

a)

Siput babi

b)

Kutu

c)

Kumbang

d)

Ulat

8.

Kenapakah rumput rumpai perlu dicabut daripada bekas penanaman?

a)

Supaya menjimatkan air siraman

b)

Supaya bekas penanaman kelihatan bersih

c)

Supaya mengelakkan persaingan sesame rumput rumpai

d)

Supaya mengelakkan persaingan antara pokok dengan rumpai

9.

Proses penjagaan selepas penanaman ini amat rumit dan berbahaya. Murid tidak boleh melakukan aktiviti ini. Malah sarung tangan, penutup hidung dan mulut perlu diguna pakai semasa melakukan proses penjagaan ini.


Pernyataan di atas merujuk kepada proses ______________.

a)

membaja

b)

menyiram

c)

menggembur

d)

meracun haiwan perosak

10.

Kegagalan dalam penyediaan sanitasi makanan dengan betul akan menyebabkan perkara-perkara berikut kecuali ________________.

a)

makanan tercemar

b)

makanan mudah rosak

c)

mudarat kepada kesihatan

d)

masalah kegemukan atau obesiti

11.

Terdapat tanda “ON” dan “OFF” pada komponen ini. Komponen ini juga berfungsi untuk memutuskan dan menyambungkan litar elektrik pada kit model.

a)

suis

b)

bateri

c)

papan litar

d)

alat kawalan jauh

12.

Antara berikut , yang manakah ciri-ciri biji benih yang telah rosak

a)

Bernas

b)

Matang

c)

Berkulat

d)

Berbentuk normal

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyelenggaraan alatan ?

a)

Menyimpan alatan dengan betul

b)

Menjaga dan mengurus alatan

c)

Mengemas alatan selepas digunakan

d)

Menyusun atur alatan di tempat yang sesuai

14.

Apakah tujuan aktiviti di atas dilakukan

a)

Mengekalkan kelembapan medium

b)

Mendapatkan nutrien , air, cahaya dan ruang

c)

Membekalkan nutrien secara berterusan

d)

Melonggarkan medium di dalam bekas penanaman

15.

Cat adalah salah satu kemasan dan langkah terakhir dalam membuat sesuatu projek. Berikan sebab anda mengecat hasil projek anda ?

a)

Untuk mencantikkan hasil projek

b)

Untuk mengelakkan hasil projek berkarat

c)

Untuk mengelakkan hasil projek dari terbakar

d)

Untuk mengelakkan hasil projek terhakis dan rosak

16.

Bahan organik perlu dicampurkan ke dalam medium semaian dan medium penanaman untuk

a)

menjimatkan kos

b)

menambah nutrien pada medium

c)

menambah berat medium

d)

membunuh bahan tidak organik

17.

Alatan yang digunakan untuk memasukkan medium penanaman ke dalam pasu dinamakan

a)

Sudip tangan

b)

Cangkul

c)

Serampang tangan

d)

Pungkis

18.

Apakah maksud sanitasi makanan?

a)

Pengawalan tingkah laku semasa meyediakan makanan.

b)

Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan peyimpanan makanan.

c)

Pengawalan kelas semasa proses penyediaan makanan.

d)

Pengawalan kebersihan dan keselamatan semasa penyimpanan makanan sahaja.

19.

Menu manakah antara berikut adalah padanan menu yang seimbang?

a)

Roti bakar, tembikai dan telur separuh masak.

b)

Teh, betik dan aiskrim

c)

Mihun goring, tembikai susu dan minuman bercoklat.

d)

Sandwich, lempeng dan-kuih muih.

20.

Antara berikut, yang manakah TIDAK perlu ada pada label makanan?

a)

Nama makanan dan tarikh luput

b)

Kandungan dan jenama

c)

Tanda harga dan logo halal

d)

Cara hiasan dan warna warni

21.

Apakah peraturan studio RBT yang kamu ketahui?

4 lines
22.

Berikan 3 alatan tangan yang digunakan kamu semasa membuat projek RBT

4 lines
23.

Berikan tiga contoh bahan yang digunakan sebagai kemasan projek

4 lines
24.

Berikan contoh projek RBT yang telah kamu jalankan

4 lines
25.

Mengapa kamu dilarang masuk ke studio

RBT tanpa pengawasan guru

4 lines
26.

Berikan 3 contoh perbuatan yang dilarang dilakukan di studio RBT

4 lines
27.

Ketua pelajar di dalam studio RBT dikenali sebagai (a)  

28.

Pelajar mesti memakai (a)   semasa menjalankan projek supaya baju tidak kotor

29.

Pelajar mesti menggunakan (a)   untuk proses mengukur bahan projek

30.

(a)   adalah contoh bahan kitar semula yang boleh digunakan untuk projek hidroponik