NEW
Font size
WorksheetsDasar-Dasar Negara:DasarBelia & Dasar Kebudayaan
Total questions: 21
Worksheet time: 14mins
Berikut ialah matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI
A. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
B. Menggalakkan sikap mementingkan diri sendiri
C. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
D. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini dan unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai ialah prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
betul
salah
Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli ialah kepentingan teknologi hijau diperkenalkan.
betul
salah
Slogan "Malaysia Boleh" adalah menggalakkan perjuangan semangat kebangsaan dalam kalangan belia.
betul
salah
Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM).
Memantapkan jasmani dan rohani belia
Menyerlahkan potensi setiap individu belia
Meningkatkan keterlibatan belia sebagai warga bertanggungjawab
Memperluas akses kepada bidang keutamaan dan inisiatif pembangunan belia
Dasar Belia Malaysia (DBM) dilancarkan pada 15 Mei 2015 bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia, dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.
BETUL
SALAH
Berikut merupakan karakter belia Malaysia masa kini berdasarkan Dasar Belia Malaysia (DBM) KECUALI.
Kematangan politik
Sedia untuk didekati
Pengguna yang dinamik
Cenderung kepada teknologi
Had umur belia di bawah Dasar Belia Malaysia (DBM) adalah di antara 18 hingga 30 tahun.
BETUL
SALAH
“Pesakit muda, tidak berkerjaya, bekas banduan, muflis, peminum arak dan kecelaruan identiti” merupakan kelompok belia di bawah Kumpulan Sasaran Belia yang mana?
Belia Massa
Belia Berisiko
Belia Bersekolah
Belia Minoriti dan Golongan Terpinggir
Terdapat sembilan (9) Bidang Keutamaan Belia yang digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia (DBM).
BETUL
SALAH
Antara berikut yang mana BUKAN merupakan Bidang Keutamaan Belia berdasarkan Dasar Belia Malaysia (DBM)?
Pengiktirafan
Keusahawanan
Kerohanian dan keagamaan
Gaya hidup sihat dan sejahtera
Penekanan kepada penyerlahan perasaan ingin tahu dan minda saintifik ke arah penjanaan inovasi dan kreativiti merujuk kepada Bidang Keutamaan Belia yang mana?
Penyelidikan dan inovasi
Profesionalisme kerja belia
Pendidikan dan latihan kemahiran
Kesukarelawanan dan masyarakat sivil
Antara berikut yang mana BUKAN merupakan contoh Kumpulan Pelaksana berdasarkan Konsep Merentas Pelaksana, Dasar Belia Malaysia (DBM)?
NGO belia
Pelajar sekolah menengah
Ahli Parlimen (Dewan Rakyat)
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara.Pilih kenyataan yang PALING SESUAI
A.Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini
B. Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik
C. Membina sosio budaya dan kerohanian seimbang
D. Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan
Pilih antara berikut program perlaksanaan Dasar Belia Negara yang telah dilaksanakan.
Pembangunan belia di kampung dengan memberikan bantuan bulanan dalam bentuk wang tunai
Penubuhan Koperasi Belia dan Program Belia Negara Berniaga
Penganjuran konsert KPOP yang menggalakkan belia berhibur
Berikut merupakan prinsip asas dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI?
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Unsur-unsur kebudayaan lain (kaum-kaum lain di Malaysia) yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan - memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
Kebudayaan Barat yang tidak bercanggah dengan perlembagaan dan prinsip rukun negara disesuaikan dan diserap dalam budaya Malaysia
Cabaran Ketiga dalam menjayakan Wawasan 2020 ialah...
Masyarakat Demokratik
Masyarakat Liberal
Masyarakat Saintifik dan Progresif
Masyarakat Adil dalam Bidang Ekonomi
Siapakah yang melancarkan Pelan Integriti Nasional?
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdul Razak
Dato' Onn Jaafar
