wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulum hadis -hadis riwayah dirayah

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ilmu Riwayah juga dikenali dengan nama-nama berikut:

a)

Al-Sunnah

b)

Al-Athar

c)

Al-Bid'ah

d)

Al-Khabar

2.

Hadis Dirayah juga dikenali dengan nama-nama berikut KECUALI

a)

Ulum al-Hadis

b)

Mustalah al-Hadis

c)

Usul al-Hadis

d)

Mukhtalif al-Hadis

3.

Nabi SAW pernah melarang para Sahabah dari menulis hadis. Apakah sebab-sebab yang menyebabkan larangan tersebut

a)

Ditakuti al-Quran dan juga al-Hadis akan bercampur

b)

Kemungkinan al-Quran dan al-Hadis ditulis dalam satu lembaran

c)

Para Sahabah belum mampu membezakan antara riwayat al-Hadis dan juga riwayat Israiliyyat

d)

Larangan tersebut hanya dikhususkan kepada para Sahabah yang mempunyai daya ingatan yang kuat

4.

Meskipun terdapat larangan khusus dari menulis hadis Nabi SAW, tetapi dalam keadaan tertentu, Nabi SAW ada memberikan kebenaran agar hadis Nabi SAW ditulis.


Berikut adalah syarat-syarat penulisan hadis Nabi SAW KECUALI

a)

Kebenaran diberikan kepada Sahabah yang kurang baik ingatannya

b)

Hadis mestilah ditulis dalam lembaran yang berasingan supaya dapat dibezakan dengan ayat al-Quran

c)

Penulisan hadis ditulis ketika mana al-Quran tidak diturunkan

d)

Penulis mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai dhabit

5.

Pembukuan hadis secara rasmi bermula pada zaman Khalifah ___________ yang mana beliau telah mengarahkan Abu Bakar bin Muhammad bin Hazm (w117) untuk mengumpul dan mencatat hadis-hadis Nabi SAW daripada kalangan Huffaz al-Hadis.


Siapakah Khalifah yang dimaksudkan?

a)

Abu Ja'far al-Mansur

b)

Malik bin Marwan

c)

Umar bin Abd al-'Aziz

d)

Yazid bin Abd al-Malik

6.

Diantara kitab hadis yang pertama dibukukan adalah hasil tulisan al-Imam Malik bin Anas Rahimahullah yang berjudul?

a)

Al-Sunnah

b)

Al-Waraqat

c)

Al-Kifayah

d)

Al-Muwatta'

7.

Al-Imam al-Syafie Rahimahullah adalah pengarang pertama yang telah menulis sebahagian ilmu Usul al-Hadis di dalam kitabnya pada kurun ke-3.


Apakah nama kitab tersebut?

a)

Al-Majmu'

b)

Al-Hawi al-Kabir

c)

Al-Risalah

d)

Al-Taqrib

8.

Antara berikut yang manakah BENAR bagi menggambarkan ilmu Rijal al-Hadis?

a)

Ilmu yang mengkaji para perawi hadis dari aspek keadilan dan kekuatan hafazan mereka

b)

Ilmu yang mengkaji tarikh kelahiran dan kematian para perawi dan punca pengambilan hadis

c)

Ilmu yang mengkaji tentang perawi hadis dari pelbagai aspek bertujuan untuk mendedahkan latar belakang samada diterima atau ditolak

d)

Ilmu yang mengkaji sekumpulan perawi yang menerima, memelihara dan menyampaikan hadis yang hidup dalam satu masa

9.

Berikut adalah bidang ilmu hadis dirayah dari segi matan KECUALI

a)

Gharib al-Hadis

b)

Al-Jarh wa al-Ta'di

c)

Mukhtalif al-Hadis

d)

Asbab Wurud al-Hadis

10.

ulama' pertama yang memperkenalkan ilmu hadis dirayah ialah...

a)

امام الزهري

b)

عمر بن عبد العزيز

c)

امام الشافعي

d)

ابو بكر بن محمد ابن حزم

11.

Pembukuan ilmu hadis mula dibukukan pada zaman

a)

Rasulullah saw

b)

tabiin

c)

sahabat

d)

tabi' tabiin