wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 1 (BAHASA SENI- IMBANGAN)

Total questions: 16

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Imbangan dapat didefiniskan...

a)

Berat yang mesti sama dari sudut kiri dan kanan sahaja

b)

Kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,kedudukan dan tumpuan

c)

Keharmonian dari segi warna, rupa, jalinan dan ruang nyata

d)

Titik lenyap yang menimbulkan perspektif sesuatu objek dalam karya 2D

2.

Imbangan diolah berasaskan...

a)

Sesuatu hasil karya yang mempunyai tinggi, panjang dan lebar

b)

Kepelbagaian yang wujud dalam sesuatu gubahan yang bersifat 2D

c)

Kepada keadaan fizikal objek tanpa menitikberatkan kewujudan dalam bentuk ilusi

d)

Kepada berat ringan secara fizikal dalam menghasilkan karya 3D

3.

Imbangan dapat dibahagikan kepada:-

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

4.

Imbangan simetri bermaksud?

a)

Kedua bahagian kiri dan kanan adalah tidak sama.

b)

Bahagian atas dan bawah kelihatan seakan-akan tidak sama

c)

Gabungan yang kelihatan sama antara bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan

d)

Gubahan yang diberi penekanan kepada irama dan penegasan

5.

Ciri-ciri imbangan simetri pada objek buatan manusia adalah?

a)

Cermin mata mempunyai bentuk seimbang untuk keselesaan penggunanya

b)

Bahagian hadapan kereta api adalah sedikit runcing agar lebih aero dinamik

c)

Kerusi yang direka pada bahagin arm rest adalah tidak sama

d)

Kedua-dua bahagian kapal terbang mempunyai persamaan bentuk

6.

Imbangan asimetri pula merujuk kepada..

a)

Gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian namun masih mempunyai ciri-ciri keseimbangan

b)

Gubahan yang dihasilkan hanya pada bahagian tertentu sahaja

c)

Gubahan yang hanya pada objek berbentuk fizikal sahaja

d)

Gubahan yang diolah dengan menggabungkan pelbagai prinsip rekaan dan unsur seni

7.

Gambarajah menunjukkan sebuah gasing pangkah. apakah fungsi imbangan pada gasing tersebut?

a)

Sebagai satu cara bagi mewujudkan nilai estetik

b)

Mewujudkan keadaan yang selesa, indah, menarik dan sebagai lambang budaya

c)

Untuk stabiliti dan membolehkannya berpusing dalam jangka masa yang panjang

d)

Sebagai cara untuk mewujudkan penegasan dan menarik perhatian

8.

Gambarajah menunjukkan sebuah arca, beberapa prinsip rekaan diolah dalam penghasilannya, apakah jenis imbangan yang terdapat pada arca tersebut?

a)

Simetri

b)

Tidak simetri

c)

Paksi

d)

Sekata

9.

Jenis imbangan dapat ditentukan dengan melukis satu garisan ________ di bahagian tengah sesuatu objek.

a)

Melintang

b)

Bersilang

c)

Paksi

d)

Condong

10.

Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?

a)

Sebuah buku

b)

kapal terbang

c)

Sebatang pokok

d)

Gasing pangkah

11.

Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?

a)

Menunjukkan pergerakan

b)

Mewujudkan penumpuan

c)

Menampakkan kelainan

d)

Mewujudkan kestabilan

12.

Apakah fungsi imbangan pada gambarajah tersebut?

a)

Mewujudkan kemegahan

b)

Kelihatan cantik

c)

Mudah dipakai

d)

Lebih ringan

13.

gambarajah menunjukkan sebuah wau bulan.

Apakah ciri-ciri imbangan pada kraf wau di atas?

a)

Motif dan corak hiasan

b)

Rerambu hanya pada bahagian atas

c)

Warna yang digunakan menarik perhatian

d)

Seimbang di kedua-dua bahagain sayap

14.

Antara berikut, manakah teknik dalam penghasilan imbangan tidak simetri?

a)

Imbangan berpenjuru

b)

Imbangan kiri dan kanan

c)

Beberapa garisan paksi dalam satu gubahan

d)

Bahagian kiri dan kanan tidak sama tetapi masih berat yang sepadan

15.

Gambarajah menunjukkan sebuah menara di Kuala Lumpur. Apakah jenis imbangan pada bagunan tersebut?

a)

Simetri

b)

Asimetri

c)

Berpaksi

d)

Stabiliti

16.

Gambarajah menunjukkan sejambak bunga, apakah jenis imbangan tersebut?

a)

Simetri

b)

Tidak simetri

c)

Estetik

d)

Geometri