WorksheetsBAB 1 TINGKATAN 5(KBSM)
Total questions: 31
Worksheet time: 18mins
Jadual 1 menunjukkan imeprialisme pada peringkat awal.
Portugis- Melaka
Belanda-Beatwi
Apakah tujuan imperialisme tersebut?
meluaskan jajahan
mencari pasaran baru
menguasai perdagangan rempah
mendapatkan bekalan bahan mentah
Rajah 1 menunjukkan wilayah-wilayah imperialisme Barat yang dikuasai oleh X.
Vietnam
Kemboja
Laos
X
Apakah X?
British
Perancis
Portugal
Sepanyol
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarwak menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-20. Apakah keistimewaan wilayah-wilayah tersebut?
Kekayaan bahan mentah
Kemajuan sistem perhubungan
Keunikan sistem pemerintahan
Kemantapan hubungan diplomatik
Senarai berikut merupakan slogan yang digunakan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara.
- Beban orang putih
- Tugas menyebarkan tamadun
Pembesar kehilangan kuasa
Pelaksaan dasar imperialisme
Pengukuhan ekonomi tradisional
Peningkatan taraf hidup penduduk
Apakah tujuan pihak penjajah memperkenalkan sistem berikut di tanah jajahan mereka?
- Sistem Birokrasi Barat
Menyatukan rakyat
Memajukan tanah jajahan
memperkukuhkan kedudukan
Melindungi rakyat peribumi
Jadual 2 menunjukkan maksud istilah barangay.
- Barangay - daerah-daerah kecil Filipina sebelum jajahan Sepanyol.
Siapakah yang memerintah barangay?
Datu
Imam
Sultan
Datuk Bandar
Mengapakah Sistem Ecomienda dibenci oleh penduduk Filipina?
Kerahan tenaga
Sistem Tanaman Paksa
Larangan menanam tebu
Kemasukan imigran asing
Pernyataan berikut berkaitan dengan Sistem Encomienda.
- Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Ecomienda di Filipina yang diketuai oleh Ecomiendero.
Apakah tugas Ecomiendaro dalam sistem tersebut?
mengutip cukai
memelihara kedaulatan
membicarakan kes jenayah
mengkristian penduduk barangay
Pentadbiran peringkat pemerintahan tempatan di Jawa dijalankan oleh
ulama
bupati
gabenor
raja-raja
Pernyataan berikut berkaitan dengan Dewan Tempatan.
- Dewan Tempatan ditubuhkan oleh Belanda di Indonesia.
Sebagai persediaan kemerdekaan
Memberikan latihan berkerajaan sendiri
Sebagai penasihat pentadbiran Belanda
Menjalankan pilihan raya peringkat tempatan
Jadual 3 merujuk kepada akta yang diperkenalkan oleh British di Burma.
- 1887 - Akta Kampung Ulu Burma
- 1889 - Akta Perkampungan Burma
Apakah kesan pengenalan akta tersebut terhdap Burma?
Pemansuhan sistem beraja
Penghapusan pentadbiran tradisonal
Pengukuhan pengaruh golongan agama
Pewujudan jawatan pembesar kampung
Setiap birokrasi dalam pemerintahan di Vietnam sebelum kedatangan Perancis diketuai oleh golongan Mandarin.
Bagaimanakah perlantikan jawatan tersebut dibuat?
melalui peperiksaan
pemilihan oleh rakyat
pelantikan oleh maharaja
melalui mandat dari Tuhan
Jadual 4 menunjukkan pentadbiran di Indochina.
- Perancis- Pentadbiran kerajaan tempatan bebas daripada kerajaan pusat
Apakah tugas kerajaan tempatan di Indochina?
Membayar cukai
Menjaga keamanan
Memajukan ekonomi
Menyediakan kerahan tenaga
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran Perancis di Indochina.
- Pada tahun 1887, Perancis menubuhkan Union Indochinoise.
Apakah ciri-ciri pentadbiran tersebut?
Sistem pemerintahan beraja
Penubuhan Dewan Tempatan
Gabenor Jeneral menjadi ketua
Pembentukan sebuah persekutuan
Jadual 5 menunjukkan suatu peristiwa yang berlaku pada tahun 1511.
- 1511-Portugis menguasai Melaka
Apakah implikasi peristiwa tersebut?
Meruntuhkan institusi beraja
Memelihara kedaulatan wilayah
Memansuhkan jawatan Gabenor
Memperkenalkan sistem birokrasi
Rajah 2 merujuk kepada Negeri-negeri Selat.
- Negeri-negeri Selat- Pulau Pinang, Melaka, Singapura
Siapakah yang membantu pentadbiran di negeri-negeri tersebut?
Penasihat
Gabenor Jeneral
Residen Kaunselor
Pesuruhjaya Tinggi
Di Thailand, sistem birokrasi Barat diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Apakah kesan pengenalan sistem birokrasi tersebut?
Memodenkan pentadbiran
Memelihara kedaulatan negeri
Menghapuskan pemerintahan beraja
Menyebakan tercetus perang saudara
Jadual 6 merujuk kepada Penasihat Barat yang dilantik oleh Raja Mongkut.
- Britain- Kewangan
- Amerika Syarikat- Kastam
Apakah tugas penasihat tersebut?
mengetuai jabatan
memelihara keamanan
menasihati pemerintah
melatih pegawai tempatan
Imperialisme Barat telah melaksanakan perubahan sistem politik di negara yang dijajah oleh mereka.
Apakah kesan perubahan tersebut?
Kemunduran ekonomi
Perkembangan nasionalisme
Kemerosotan peranan pembesar
Pembentukan pakatan ketenteraan
Antara berikut, yang manakah faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara?
Pengaruh agama
Sistem pendidikan
Peperangan saudara
Perang Dunia Pertama
Penjajah Barat telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo di Asia Tenggara. Apakah kesan pengenalan sistem tersebut?
Kemerdekaan tercapai
Meningkatan pendapatan
Pendudukan tempatan ditindas
Ekonomi tradisonal
Gerakan Islah muncul di Indonesia dan Tanah Melayu. Apakah implikasi daripada kemunculan gerakan tersebut?
Peranan golongan agama
Kebangkitan nasionalisme
Berlaku peperangan agama
Tercetus pemberontakan bersenjata
Di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak golongan bawahan semasa penjajahan Belanda. Apakah matlamat Belanda berbuat demikian?
Melindungi kepentingan rakyat
Memecahkan perpaduan rakyat
Memberikan latihan kepimpinan
Melatih ke arah berkerajaan sendiri
Senarai berikut merujuk kepada akhbar yang dihasilkan di Vietnam.
- Cloche Felee
- Tribune Indigene
Apakah peranan akhbar tersebut?
Menuntut kebebasan bersuara
Mempertahankan sistem beraja
Menanam perasaan antipenjajah
Menyebarkan idea-idea nasionalisme
Apakah ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua?
bersifat sederhana
lebih berorganisasi
menuntut hak sama rata
menekankan kesedaran politik
Apakah tuntutan para nasionalis dalam gerakan di Filipina pada tahap pertama?
Kerakyatan negara
Kebebasan bersuara
Kebebasan beragama
Kemerdekaan mutlak
Apakah perjuangan Raden Adjeng Kartini dalam gerakan nasionalisme di Indonesia?
Meningkatkan taraf ekonomi
Memelihara kedaulatan
Menubuhkan klinik dan masjid
Memajukan pendidikan bagi kaum wanita
Apakah matlamat perjuangan golongan bangsawan dan golongan Mandarin di Indochina?
Merangka sistem pemerintahan
Memperjuangkan kemerdekaan wilayah
Memulihkan sistem pemerintahan beraja
Mengukuhkan pengaruh golongan agama
Mengapakah Liga Antipemisahan tidak bersetuju Burma dipisahkan dengan India?
Menjamin pembaharuan
Mendapat perlembagaan
Melewatkan kemerdekaan
Menggubal dasar kerajaan
Mengapakah Phibul Songram menukarkan nama negara Siam kepada Thailand?
Bekerjasama dengan Jepun
Mengugat kedudukan raja
Menjadi warga global yang prihatin
Membangkitkan semangat nasionalisme
Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932. Apakah kesan langsung revolusi tersebut?
Menamatkan sistem monarki
Mengakibatkan rusuhan kaum
Memperkenalkan sistem republik
Melaksanakan sistem Raja Berperlembagaan
