NEW
Font size
WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 3 2015
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah yang berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia?
Kepimpinan politik serantau
Wawasan pemimpin Malaysia
Kedudukan ekonomi Malaysia
Ideologi negara-negara serantau
* Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik yang diamalkan oleh negara berkenaan.
Hubungan tersebut membantu Malaysia dari aspek
pemindahan teknologi
keselamatan dan keamanan
kekuatan ketenteraan negara
penyediaan guna tenaga pakar
* Dasar luar yang berkecuali
* Dasar berbaik-baik dengan semua negara
Apakah ketetapan Malaysia berhubung dengan dasar luar dalam pernyataan di atas?
I Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
II Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan
Ill Mengadakan kerjasama bilateral dengan negara serantau
IV Memberikan keutamaan terhadap kerjasama ekonomi dan kebudayaan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah usaha ASEAN bagi mengelak campur tangan kuasa besar di rantau Asia Tenggara?
Membentuk Piagam ASEAN
Mengambil alih kawalan Selat Melaka
Mengisytihar Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
Mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik negara anggota
* Memakmurkan jiran
* Meningkatkan hubungan dan kerjasama ekonomi dengan negara jiran
Pernyataan di atas merujuk kepada
Zon Ekonomi Eksklusif
Kerjasama Ekonomi Asia Timur
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur
Yang manakah berkaitan dengan tumpuan ASEAN mengenai keselamatan dan kestabilan?
Konsep ASEAN + 3
Zon Ekonomi Eksklusif
Forum Serantau ASEAN
Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga
* Pulau X menjadi rebutan antara Malaysia dengan negara jiran sehingga terpaksa dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan, Keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia.
Pulau X merujuk kepada
Pulau Spratly
Pulau Ligitan
Pulau Ambalat
Pulau Batu Putih
* Kematangan kerjasama serantau
* Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk Asia Tenggara
Pernyataan di atas merujuk kepada
Sukan Asia Tenggara
Forum Serantau ASEAN
Komuniti Sosiobudaya ASEAN
Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
Yang manakah bidang yang menjadi sumbangan Malaysia dalam Kumpulan Lapan Negara Membangun?
Pertanian
Pelancongan
Perbankan Islam
Pembasmian kemiskinan
* Dasar Pandang ke Timur menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi mencapai kemajuan dari segi Pendidikan, teknologi, dan cara berfikir.
Yang manakah kesan pelaksanaan dasar di atas?
Pengamalan etika kerja yang produktif dan berdisiplin
Pembinaan infrastruktur negara berasaskan kepakaran Jepun
Penubuhan cawangan universiti dan kolej dari Jepun di Malaysia
Pelaburan dari Jepun menggantikan pelaburan dari negara Barat
* Malaysia sering dijadikan transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga.
Yang manakah penyumbang utama kepada permasalahan di atas?
Kelemahan kawalan di pintu masuk negara
Penglibatan pihak berkuasa dalam sindiket tersebut
Sempadan laut dan darat Malaysia yang terlalu luas
Permintaan yang tinggi dalam kalangan negara terlibat
* Insiden serangan ke atas premis kerajaan Malaysia di Indonesia dan komen provokasi terhadap Malaysia di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia oleh segelintir rakyat Indonesia telah menjejaskan hubungan dua hala.
The Star, 12 Jun 2012
Apakah tindakan Malaysia dalam menghadapi insiden di atas?
Menyemak hubungan diplomatik dengan Indonesia
Menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya mengambil tindakan
Menyampaikan pendirian kekesalan Malaysia di Forum Serantau ASEAN
Mengemukakan nota diplomatik kepada Kementerian Luar negara Indonesia
Yang manakah penglibatan Malaysia dalam isu politik dunia?
Menghantar tentera pemerhati ke Palestin
Mencari penyelesaian konflik yang berterusan di Timur Tengah
Memberikan bantuan untuk menjaga keamanan Wilayah selatan Thailand yang bergolak
Menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan pembebasan Islam Moro
* Peningkatan suhu dunia
* Kecairan ais di Artik
* Kenaikan aras laut
Yang manakah langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk menangani isu di atas?
I Mematuhi Protokol Cartagena
II Mewujudkan pembangunan lestari
III Menggunakan teknologi mesra alam
IV Meminimumkan penggunaan sumber tenaga
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah yang benar tentang Protokol Kyoto yang dipersetujui oleh Malaysia?
Menghijaukan bumi dengan perhutanan semula
Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
Mengatasi masalah penipisan lapisan Ozon
Mengitar semula sisa bahan buangan
