NEW
Font size
WorksheetsBINA AYAT TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nyatakan jenis ayat di bawah.
Daun sirih dipilih sebagai bahan utama sirih junjung dalam adat istiadat Melayu.
A. Ayat Aktif Transitif
B. Ayat Aktif Tak Transitif
C. Ayat Pasif
Azlina menghidangkan teh kepada tetamu yang datang ke rumah
A. Ayat aktif
B. Ayat pasif
Guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan.
A. Ayat aktif
B. Ayat pasif
Beberapa orang pelancong masih bersiar-siar di kawasan rumah panjang.
A. Ayat pasif
B. Ayat Aktif
Peralatan muzik tradisional sudah diambil oleh Pak Kassim semalam.
A. Ayat pasif
B. Ayat Aktif
Keluarga Aiman menyambut Hari Raya secara sederhana pada tahun ini.
A. Ayat pasif
B. Ayat Aktif
Kerja kursus itu akan kami siapkan bersama- sama.
A. Ayat pasif
B. Ayat Aktif
Hari Gawai disambut oleh kaum Iban pada awal bulan Jun.
A. Ayat aktif
B. Ayat pasif
Kebanyakan murid itu tinggal di rumah setinggan.
A. Ayat aktif
B. Ayat aktif transitif
C. Ayat aktif tak transitif
Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan. (Ayat aktif tak transitif)
A. Betul
B. Salah
Murid itu menangis.( Ayat aktif tak transitif )
A. Betul
A. Salah
Pengemis itu kehujanan sepanjang hari.
(Ayat pasif)
A. Betul
A. Salah
Mereka makan buah-buahan tempatan itu.
(Ayat pasif)
A. Betul
B. Salah
Pilih ayat pasif yang betul.
A. Tikar mengkuang itu telah disiapkan oleh kami semalam.
B. Tikar mengkuang itu sudah kami siapkan semalam.
C. Semalam, kami telah menyiapkan tikar itu.
D. Kami telah menyiapkan tikar itu semalam.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
Nenek menyapu dedaun yang berguguran di halaman rumah.
A. Halaman nenek rumahnya disapu oleh dedaun berguguran.
B. Halaman rumah disapu dedaun oleh nenek
C. Dedaun disapu oleh nenek yang berguguran di halaman
D. Dedaun yang berguguran di halaman rumah disapu oleh nenek.
Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
Artikel tentang kebudayaan masyarakat Bidayuh telah ditulis oleh Aina.
A. Aina menulis artikel tentang kebudayaan.
B. Aina meminta masyarakat Bidayuh menulis artikel kebudayaan Aina.
C. Aina telah menulis artikel tentang kebudayaan masyarakat Bidayuh.
D. Aina masyarakat Bidayuh menulis artikel.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kami menonton siaran langsung festival pakaian tradisional melalui televisyen.
A. Siaran langsung festival pakaian tradisional ditonton oleh kami melalui televisyen.
B. Siaran langsung melalui televisyen kami tonton tentang festival pakaian tradisional.
C. Siaran langsung festival pakaian tradisional kami tonton melalui televisyen.
D. Siaran festival secara langsung ditonton oleh kami melalui televisyen
Nyatakan jenis ragam ayat di bawah.
Puan Saliha menghadiahi anaknya sepasang baju kurung.
A. Ayat aktif
B. Ayat aktif transitif
C. Ayat aktif tak transitif
D. Ayat pasif
Nyatakan jenis ragam ayat di bawah
Segerombolan penjenayah kena tangkap oleh pasukan polis.
A. Ayat aktif
B. Ayat aktif transitif
C. Ayat aktif tak transitif
D. Ayat pasif
Saya telah menceritakan kejadian buli itu kepada guru bertugas.
A. Kejadian buli itu telah saya ceritakan kepada guru itu bertugas.
B. Kejadian buli itu telah saya ceritakan kepada guru bertugas.
C. Kejadian buli itu telah diceritakan oleh saya kepada guru bertugas.
. Guru bertugas menceritakan kepada saya tentang kejadian buli itu.
