wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 4

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara."


Pernyataan manakah yang menyokong cabaran mengekalkan kedaulatan negara tersebut?

a)

Kemajuan teknologi makumat dan komu

nikasi memberikan kesan terhadap penyebaran berita atau maklumat yang tidak sahih.

b)

kebanyak rakyat menyebarkan maklumat tanpa mengetahui sumbernya sahih ataupun tidak.

c)

Hal ini, menggugat kedaulatan negara apabila maklumat yang disebarkan boleh menyebabkan kebimbangan rakyat.

2.

Berikut merupakan cabaran-cabaran mengekalkan kedaulatan negara kecuali...

a)

Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara

b)

Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara.

c)

Generasi muda yang kurang semangat patriotik terhadap negara

d)

Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara.

e)

Semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

3.

Lengkapkan ayat berikut menggunakan pilihan jawapan yang tepat dibawah;


Taraf ekonomi yang tidak ___________ menjadikan rakyat sibuk menambah pendapatan dan mencari ___________ semata-mata.

a)

seimbang, kekayaan

b)

bagus, pendapatan

c)

mantap, duit

d)

maju, harta

4.

Taraf ekonomi yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat akan menyebabkan rakyat kurang menitikberatkan hal berkenaaan patriotisme dan menjaga kedaulatan negara.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju

5.

Rakyat Malaysia tidak kira latar belakang ekonomi dan sosial perlu berganding bahu untuk mengekalkan kedaulatan yang dimiliki.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju

6.

Generasi muda merupakan modal insan yang akan menentukan hala tuju dan memacu perkembangan negara pada masa hadapan.

a)

Tidak setuju

b)

Setuju

7.

Apakah tindakan anda sekiranya menerima khabar angin di media sosial?

a)

Mengesahkan ketepatan berita tersebut

b)

Membiarkan status kesahihan berita dan turut menyebarkan di media sosial

c)

Menunggu sehingga berita tersebut disahkan oleh pihak bertanggungjawab

d)

Tidak berkongsi maklumat tersebut

8.

Mengapakah generasi muda penting terhadap sesebuah negara?

a)

Modal insan yang menentukan jatuh atau bangun sesebuah kerajaan

b)

Masih kuat dan bertenaga

c)

Banyak idea dan ringan tulang

d)

Bakal menjadi peneraju dan pelapis negara

9.

Apakah tindakan sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendengar hasutan untuk menjatuhkan negara?

a)

Perlu memantapkan semangat cintakan negara

b)

Melaporkan kepada pihak bertanggungjawab supaya tindakan segera dapat diambil

c)

Menerima hasutan dan menjatuhkan kedaulatan negara

d)

Tidak mahu ambil kisah hal negara dan lebih percayakan orang luar

10.

Berikut adalah kesan-kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara...

a)

Campur tangan kusas asing

b)

Perpaduan dan keharmonian terjejas

c)

Tradisi dan norma masyarakat semakin dilupakan

d)

Aktiviti ekonomi negara terbantut

e)

Ketidakstabilan politik negara

11.

Nyatakan 3 kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

a)

Rakyat saling bermusuhan

b)

Pembangunan negara maju

c)

Pembangunan negara terjejas

d)

Negara menjadi tidak aman

12.

Apakah campur tangan kuasa asing dalam isu pentadbiran negara?

a)

Mengehadkan kuasa

b)

Keputusan yang dibuat berdasarkan kepentingan kuasa asing

c)

Keputusan yang dibuat berdasarkan kepentingan rakyat tempatan

d)

Penindasan terhadap penduduk tempatan

13.

Apakah kesan perkembangan ekonomi yang perlahan terhadap negara?

a)

Negara tidak dapat membangunkan kemudahan sosial kepada rakyat

b)

Kurang peluang pekerjaan

c)

Ramai rakyat hidup merempat

d)

Taraf hidup rakyat rendah

14.

Apakah yang anda faham tentang prinsip Rukun Negara?

a)

Prinsip Rukun Negara di Malaysia

b)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk perpaduan

c)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk keperibadian mulia rakyat

d)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk taat setia kepada Raja dan Negara

15.

Kepentingan Rukun Negara kepada sesebuah negara ialah...

a)

Menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi

b)

Menjaga keharmonian rakyat Malaysia

c)

Memastikan negara tidak dijajah oleh kuasa asing

d)

Memastikan rakyat Malaysia bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan

16.

Cara menunjukkan sebagai seorang warga negara yang baik ialah..

a)

Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

b)

Berusaha membangunkan ekonomi dan pembangunan negara

c)

Melakukan sesuatu perkara kerana beranggapan kebebasan ditangan rakyat semata-mata.

17.

Wajarkah tindakan seseorang pelajar tidak menghormati nyanyian lagu 'Negaraku'?

a)

Wajar. Keselesaan dan kemegahan diri lebih penting.

b)

Tidak wajar. Lagu 'Negaraku' merupakan identiti negara yang perlu dihormati

18.

Apakah yang anda faham dengan lirik lagu " Biar putih tulang jangan putih mata"?

a)

Tidak sanggup berkorban untuk kepentingan dan keharmonian negara.

b)

Sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan negara walaupun dengan bergadai nyawa dan darah.

19.

Mengapa kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Kedaulatan negara adalah maruah sesebuah negara

b)

Negara yang berdaulat akan kaya dan rakyatnya mementingkan diri.

c)

Negara yang berdaulat mempunyai sistem pentadbiran yang kukuh atas kerjasama rakyat dan pemimpin.

20.

Berikan cara melibatkan diri dalam akiviti yang mengukuhkan kedaulatan negara.

a)

Mendaftarkan diri dalam anggota RELA untuk membantu menjaga keselamatan negara.

b)

Mendaftarkan diri dalam askar wataniah untuk menjaga keamanan negara.

c)

Menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara.

d)

Menyokong segala usaha kerajaan dalam mengekalkan kedaulatan negara

e)

Memburukkan kepimpinan pemimpin negara di medai sosial