wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM PENGAJIAN AM SEM 3 2016

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia

Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentuan dasar tersebut?

a)

Hubungan serantau

b)

Aspek sosiobudaya

c)

Keselamatan negara

d)

Hubungan perdagangan

2.

Kedudukan geostrategic negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia kerana Malaysia mahu

a)

mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar

b)

menjamin keselamatan daripada ancaman luar

c)

mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah

d)

memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan lancar

3.

* Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa

* Dasar luar yang dinamik dan berkembang


Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan

a)

Kepimpinan negara

b)

status ekonomi negara

c)

lokasi pentadbiran kerajaan pusat

d)

ideologi politik parti yang memerintah

4.

* Kaedah:

> Rundingan

> Bertolak ansur

> Cara diplomasi

> Orang perantaraan


Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk

a)

membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing

b)

mendapatkan hak melabur eksklusif di negara-negara yang berpotensi

c)

menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia

d)

menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

5.

Malaysia terlibat dalam

I proses pilihan raya di Myanmar

II rundingan keamanan di selatan Thailand

Ill proses pembangunan di negara Timor Leste

IV perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Yang manakah yang benar tentang tujuan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN?

I Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN

II Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar di rantau ASEAN

III Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak bebas dalam ASEAN

IV Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEAN

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Yang manakah inisiatif ASEAN untuk mengurangkan risiko keselamatan di rantau Asia Tenggara?

a)

Pengisytiharan kawasan risiko tinggi

b)

Penempatan misi pengaman di kawasan konflik

c)

Dialog secara terbuka tentang isu keselamatan dan politik

d)

Pakatan ketenteraan untuk mengawal keselamatan di sempadan

8.

Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin

I Merapatkan hubungan sesama negara anggota

II membantu negara anggota dalam bidang penahanan

Ill merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota

IV meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan Bersama

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Yang manakah komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

a)

Menyokong perdagangan bebas

b)

Meningkatkan keamanan sejagat

c)

Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan

d)

Menghantar tentera ke negara lain untuk memerangi pengganas

10.

* Memperjuangkan kedaulatan sesebuah Negara.

* Menentang campur tangan negara maju dalam hal ehwal sesebuah negara


Pernyataan di atas merujuk kepada pendirian Malaysia dalam

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

d)

Penubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

11.

Penjelasan kepada salah tanggapan terhadap agama Islam dilakukan oleh Malaysia dalam

a)

Mesyuarat Asia-Eropah

b)

Sidang Kemuncak Asia Timur

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel

12.

Permasalahan utama yang dihadapi oleh Malaysia dengan Thailand ialah

a)

penyeludupan beras

b)

pendatang asing tanpa izin

c)

pembinaan tembok sempadan

d)

pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia

13.

Yang manakah kesan Perjanjian Perdagangan Bebas kepada Malaysia?

I Hasil kutipan duti import dan tarif meningkat

II Kawasan perdagangan bebas wujud lebih banyak

Ill Daya saing produk negara di pasaran antarabangsa meningkat

IV Pasaran untuk produk dan keluaran barangan negara bertambah luas

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Yang manakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan teknologi nuklearnya

a)

Teknologi yang rendah

b)

Krisis sumber bahan mentah

c)

Tiada modal yang mencukupi

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan

15.

Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha tempatan untuk membangunkan inovasi ke tahap antarabangsa?

a)

Tiada bahan mentah

b)

Tiada bantuan kredit

c)

Tahap teknologi yang masih rendah

d)

Tiada sokongan daripada pihak kerajaan