Font size
WorksheetsTAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
Total questions: 57
Worksheet time: 29mins
Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelar masyarakat Jahiliah. Apakah maksud Zaman Jahiliah?
I Tidak mempunyai nabi
II Kemusnahan alam sekitar
III Kemerosotan perdagangan
IV Tiada kitab suci sebagai petunjuk
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut tentang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
- Hidup secara nomad
- Memelihara binatang ternakan
Apakah kaum yang dimaksudkan?
Badwi
Hadhari
Mozarab
Muhajirin
Nilai moral masyarakat Arab Jahiliah berada pada tahapyang sangat rendah. Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan amalan
tidak menyembah tuhan
tidak mempunyai ilmu pengetahuan
mengamalkan riba, zina, dan berjudi
memuja alam seperti pokok dan matahari
Apakah kesan penurunan wahyu kedua, surah al-Muddasir kepada nabi Muhammad SAW?
Menyebarkan Islam secara rahsia
Mementingkan amalan membaca
Melakukan penghijrahan ke Madinah
Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
Membuka wilayah baharu
Memerangi golongan murtad
Membahagikan wilayah Islam
Menjalin hubungan dengan Rom
Pilih urutan yang betul tentang zaman kerajaan Islam
Umaiyah-Abbasyiah- Turki Uthmaniyah
Abbasyiah - Turki Uthmaniyah - Umaiyah
Umaiyah - Turki Uthmaniyah - Abbasyiah
Turki Uthmaniyah - Umaiyah - Abbasyiah
Peristiwa yang menandakan titik permulaan Tamadun Islam...
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
pengambilan semula kota Makkah daripada masyarakat Arab Quraisy
penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira'
Dakwah Islam dilakukan dalam dua peringkat iaitu:
I. secara rahsia
II. secara terang-terangan
III. secara penghijrahan ke Madinah
IV. secara utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada 610M?
Penyebaran Islam secara terbuka
Pembukaan semula kota Makkah
Berakhirnya sistem kabilah
Bermulanya Tamadun Islam
Nabi Muhammad s.a.w memulakan dakwah secara terang-terangan kepada kaum keluarganya dengan mengadakan pertemuan di
Gua Hiraq
Bukit Safa
Madinah
kota Makkah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., pemerintahannya diteruskan oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Apakah gelaran yang diberikan kepada mereka
Bani Umaiyah
Bani Abbasiyah
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Khulafa al-Rasyidin
Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama dalam membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari apa?
Akhlak
Akidah
Sopan Santun
Syariah
Siapakah nama ayahanda Nabi Muhammad SAW?
Ali bin Muttalib
Muhammad Faiz
Abdullah bin Abdul Muttalib
Siapakah nama ibu baginda?
Aisyah
Aminah binti Wahab
Dayang
Farhana
Dimanakah Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertama?
Gua Hira'
Gua Terang Bulan
Gua Niah
Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam perang Khandak?
Penggalian parit
Serangan hendap
Penggunaan bahan letupan
Pembinaan tembok pertahanan
Apakah sumbangan tamadun Islam dalam bidang politik?
I sistem syura
II Konsep ummah
III Amalan demokrasi
IV Dasar perluasaan kuasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut merujuk kepada sumbangan ilmuan Islam`
- Menulis buku astronomi
- Mencipta alat ukuran masa
Siapakah ilmuan Islam yang dimaksudkan?
Ibn Sina
Al-Kindi
Al-Biruni
Al-Battani
Mengapakah reka bentuk pintu Masjid Cordoba di Sepanyol dibuat melengkung?
Memberikan keselasaan
Mewujudkan rasa tenang
Memudahkan pengudaraan
Melambangkan perasaan hormat
Bagi tujuan penyebaran Islam, Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya berhijrah ke
Taif
Habsyah
Madinah
Yaman
Di Madinah, baginda diangkat dan diterima sebagai pemimpin di sana. Baginda berjaya merangka Piagam Madinah. Apakah Piagam Madinah?
sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh, dan fatanah
perlembagaan untuk membentuk sebuah negara Islam yang adil dan maju di Madinah
cara diplomasi dalam berdakwah
cara hidup yang merangkumi setiap aspek kehidupan
Semasa pentadbiran baginda, golongan peneroka dihantar untuk membuka wilayah baharu di Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syam dan Mesir. Siapakah pemerintah yang berbuat demikian?
Abu Bakar al-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali binAbi Talib
Islam semakin mantap dan wilayah-wilayah Islam bertambah luas dan makmur di bawah pemerintahan...
Abu Bakar al-Siddiq
Uthman bin Affan
Umar al-Kattab
Ali bin Abi Talib
Agama Islam mudah disebarkan dan diterima oleh masyarakat disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah
tegas
kesaksamaan
keterbukaan
keberanian
hubungan baik antara pedagang Arab dengan negara luar
Semasa pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah, Islam telah sampai ke
Andalusia (Sepanyol)
Samaniyah di Tansozania
Alam Melayu
China
Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.
Syumul
Benar
Amanah
Tabligh
Nabi Muhammad dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy pada?
13 Rabiuawal Tahun Tikus bersamaan 20 April 570 M
12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M
Yang manakah benar tentang penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW?
Bermula dengan perkataan Iqra'.
Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun.
Surah al-Mudassir
Yang manakah benar mengenai penerimaan wahyu kedua Nabi Muhammad SAW?
Surah al-Alaq
Iqra' (Bacalah)
Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Bagi tujuan penyebaran Islam, Nabi Muhammad SAW kemudiannya berhijrah ke mana?
Makkah
Madinah
Turki
Iran
Apakah piagam yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW?
Piagam Madinah
Piagam Arab
Piagam Islam
Apakah sifat yang terpuji yang berjaya membuktikan Islam ialah cara hidup yang merangkumi setiap aspek kehidupan?
Siddiq (Benar)
Amanah
Tabligh (menyampaikan ajaran Islam)
Fatanah (Bijaksana)
Penyebaran Islam ini diteruskan setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Pemerintahan seterusnya dilakukan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW yang dinamakan?
Khulafa Abasiyah
Khulafa al-Rasyidin
Kerajaan Bani Umaiyah berpusat di mana?
Turki
Damsyik
Anatolia
Kerajaan Bani Abbasiyah berpusat di mana?
Baghdad
Mesir
Makkah
Turki
Sila faktor-faktor penyebaran Islam yang betul di bawah.
Kesyumulan Islam
Dakwah
Perdagangan
Hubungan diplomatik
Pembukaan wilayah baharu
Penyebaran Islam dari segi perdagangan.
Kegiatan perdagangan dan hubungan yang baik antar pedagang Arab sebgab pedagang negara luar di ________ dan Afrika.
Eropah
Asia
Timur Tengah
Pembukaan wilayah baharu telah menyebabkan Islam semakin tersebar seperti di Iraq, Syam (Syria) dan ________.
India
Malaysia
Mesir
China
Antara berikut, yang manakah ibu kota yang teletak di wilayah Hijaz?
I. Najd
II. Yaman
III. Makkah
IV. Madinah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan Empangan Maarib.
Keruntuhan Empangan Maarib pada tahun 300 M.
Mengapakah masyarakat Arab tidak mampu membina semula Empangan Maarib?
Tiada tenaga kerja
Tidak mempunyai modal
Tiada pemimpin yang berwibawa
Tidak mempunyai ilmu pengetahuan
Pernyataan berikut menunjukkan salah satu agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah.
Agama X
· Menyembah api
· Berasal daripada Parsi
Animisme
Majusi
Nasrani
Yahudi
Apakah peristiwa yang berlaku di Gua Hira’?
Peristiwa yang berlaku di Gua Hira’ telah membawa kepada kemunculan dan perkembangan Tamadun Islam.
Apakah peristiwa yang berlaku di Gua Hira’?
Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT
Nabi Muhammad SAW dilahirkan
Wahyu pertama diturunkan
Wahyu kedua diturunkan
Masyarakat Arab Jahiliyyah menjalankan aktiviti perniagaan.
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perniagaan dalam masyarakat jahiliah?
I. Mementingkan keuntungan
II. Mengamalkan riba
III. Menggunakan kekerasan
IV. Penipuan
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Dakwah Nabi Muhammad SAW pada peringkat awal adalah secara rahsia dan disebarkan kepada inndividu tertentu.
Siapakah individu terawal memeluk Islam?
I. Uthman bin Affan
II. Umar bin al-Khattab
III. Siti Khadijah binti Khuwailid
IV. Abu Bakar al-siddiq
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah sumbangan terbesar Abu Bakar al-siddiq semasa dalam Khulafa al-Rasyidin?
Membuka wilayah baharu
Memperkenalkan tentera laut
Memperkenalkan sistem cukai
Memerangi golongan al-Riddah
Maklumat berikut berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW.
Sebagai pemimpin tentera, Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sifat kepimpinan dan akhlak mulia.
Apakah sifat kepimpinan dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang boleh kita contohi?
Berani
Berdedikasi
Semangat juang yang tinggi
Mendengar pandangan orang lain
Apakah strategi berkesan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menawan semula kota Makkah?
Melatih tentera menggunakan pedang dan tombak
Membahagikan pasukan kepada beberapa pemimpin tentera
Membina benteng pertahanan bagi mengawal kemaraan musuh
Menasihati ketua tentera supaya sentiasa peka dengan arahan baginda
Pembukaan semula kota Makkah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW telah memberi kesan umat Islam.
Apakah kesan daripada pembukaan semula kota Makkah?
I. Makkah menjadi kota suci umat Islam
II. Makkah berkembang maju
III. Lebih ramai memeluk agama Islam
IV. Nabi Muhammad SAW meluaskan pengaruhnya
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan konsep ummah.
Konsep ummah dalam Tamadun Islam sangat bertepatan dengan negara Malaysia
Antara berikut, yang manakah bukan konsep ummah?
Masyarakat hidup dalam negara Islam
Masyarakat bekerjasama memajukan negara
Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama
Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan
Apakah yang dimaksudkan dengan syura?
Mesyuarat yang diadakan untuk menaikkan imej Islam
Kerjasama antara penduduk dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah
Tanggungjawab semua penduduk dalam menegakkan agama Islam
Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak
Sumbangan tamadun Islam boleh dilihat dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, ekonomi dan kewujudan pusar kegiatan intelektual.
Berdasarkan contoh berikut, manakah yang menunjukkan sumbangan Islam dalam bidang ekonomi?
Sistem Syura
Pembinaa menara
Pengenalan Baitulmal
Teknik penyelidikan saintifik
Pada pendapat anda, mengapakah Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita?
Berpegang kepada ajaran al-Quran
Diskriminasi terhadap kaum lelaki
Meneruskan amalan masyarakat jahiliah
Mengambil kesempatan terhadap sikap baik wanita
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan seorang ilmuan Islam
· Merupakan tokoh perubatan
· Merupakan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib
· Ahli falsafah barat Albert The Great telah dipengaruhi oleh karyanya
Ilmuan Islam yang dimaksudkan di atas ialah
Al-Kindi
Ibn Sina (Avicenna)
Al-Battani (Albategnius)
Jabir bin Hayyan (Geber)
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan seorang ilmuan Islam
· Merupakan tokoh perubatan
· Merupakan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib
· Ahli falsafah barat Albert The Great telah dipengaruhi oleh karyanya
Ilmuan Islam yang dimaksudkan di atas ialah
Al-Kindi
Ibn Sina (Avicenna)
Al-Battani (Albategnius)
Jabir bin Hayyan (Geber)
Maklumat berikut berkaitan dengan kesenian.
· Seni menulis dengan indah
· Seni Khat
Apakah istilah berkaitan dengannya?
Arabes
Kaligrafi
Geometri
Cakerawala
Apakah tujuan utama pembinaan menara dalam seni bina Islam?
Penanda arah kiblat
Sebagai mercu tanda
Tempat membaca khutbah
Laungan azan dapat didengari dari jarak jauh
Seni bina Islam berkembang maju dalam pembinaan masjid di India.
Apakah keunikan binaan masjid di negara tersebut?
I. Lengkung yang menirus
II. Dihiasi dengan ukiran fauna
III. Mempunyai tingkap yang banyak
IV. Bumbung yang berbentuk bawang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
