wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT F2 (ulangkaji)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah ialah masalah inventif?

a)

Azman menambah strawberi sebagai hiasan pada kek yang dihasilkannya

b)

Aini mengasah mata penselnya yang tumpul dan dia dapat menulis dengan kemas

c)

Ramlah mengasah pisaunya yang tumpul dan dia dapat memotong sayur dengan cepat

d)

Ahmad menambah getah pada penutup balang kuih tetapi ini menyebabkan balang kuih terlalu ketat dan susah untuk dibuka

2.

Antara berikut, yang manakah benar tentang supersistem?

a)

Penerima kesan daripada fungsi objek

b)

Tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran

c)

Gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap

d)

Faktor persekitaran yang memberikan kesan terhadap produk seperti lantai

3.

Antara berikut, yang manakah kaedah pemisahan ruang?

a)

Meja makan yang boleh dibuka bila ingin digunakan dan boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan

b)

Meja perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah untuk murid yang rendah

c)

Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan

d)

Payung perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan

4.

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah ialah kaedah pembuatan secara konvensional?

a)

Memotong kayu menggunakan mesin gergaji

b)

Mengecat menggunakan mesin penyembur cat

c)

Meratakan permukaan kayu menggunakan ketam kayu

d)

Melicinkan permukaan kayu menggunakan mesin pelelas

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh bahan tuangan sejuk?

a)

Plastik

b)

Tembaga

c)

Epoxy resin

d)

Plaster of paris

6.

Mengapakah model 3D yang sudah siap perlu dinilai terlebih dahulu?

a)

Mengatasi kelemahan yang mungkin timbul

b)

Menguji aspek keselamatan pada produk

c)

Menggalakkan fungsi sesuatu produk

d)

Meningkatkan keberkesanan produk

7.

Antara berikut, komponen mekanikal yang manakah berfungsi sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan suatu sistem?

a)

Galas bebola (ball bearing)

b)

Gelongsor (slider)

c)

Pautan (linkage)

d)

Rantai (chain)

8.

Rajah menunjukkan satu alatan yang menggunakan komponen mekanikal. Apakah jenis komponen yang terdapat pada alatan itu?

a)

Takal

b)

Pautan

c)

Bindu

d)

Tuas

9.

Maklumat di bawah adalah tentang pengujian pada gajet mekanikal. "Pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di tempat yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya". Apakah jenis ujian yang dimaksudkan?

a)

Ujian ketahanan

b)

Ujian parameter

c)

Ujian simulasi

d)

Ujian makmal

10.

Mengapakah komponen mekanikal perlu diselenggara supaya tidak haus?

a)

Memastikan komponen berada dalam keadaan optimum apabila digunakan

b)

Memastikan komponen dapat digunakan dengan betul

c)

Memastikan komponen bergerak dengan lancar

d)

Memastikan penggunaan bahan yang betul

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis litar dalam penyambungan litar elektrik?

a)

Litar pintas

b)

Litar sehala

c)

Litar tertutup

d)

Litar sama kekutuban

12.

Antara berikut, yang manakah formula untuk mencari nilai kuasa?

a)

I = V / R

b)

R = V / I

c)

V = I X R

d)

P = V X I

13.

Antara berikut, yang manakah fungsi bahagian input pada mikropengawal?

a)

Menghasilkan isyarat kepada mikropengawal dalam bentuk digital

b)

Menerima isyarat dan menghantarkannya kepada Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

c)

Menerima isyarat daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan menghantarnya

kepada peranti output

d)

Isyarat yang diterima daripada input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU

akan menghasilkan isyarat kepada output

14.

Komponen manakah adalah peranti output?

a)

Diod Pemancar Cahaya

b)

Perintang Peka Cahaya

c)

Suis Tekan Buka

d)

Suis Mikro

15.

Penyataan berikut adalah tentang peranti input digit. "Berfungsi sebagai suis tekan buka dan suis tekan tutup". Berdasarkan pernyataan itu, nyatakan jenis peranti input digital tersebut.

a)

Suis tekan tutup

b)

Suis tekan buka

c)

Suis mikro

d)

Suis togel

16.

Apakah berikut, pernyataan manakah tepat mengenai reka bentuk akuaponik?

a)

Teknologi pertanian menggabungkan akuakultur dengan tanaman hidroponik dalam satu pusingan air

b)

Teknologi yang dapat menghasilkan hasil tanaman yang baik dan berkualiti

c)

Merupakan satu teknik menanam sayuran tanpa mengunakan tanah

d)

Teknologi yang boleh menjimatkan ruang dan masa

17.

Sistem akuaponik boleh dilaksanakan dalam dua cara iaitu secara takungan dan secara ______________

a)

Hidroponik

b)

Pusingan

c)

Kitaran

d)

Fertigasi

18.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan model separa berfungsi bagi reka bentuk sistem akuaponik.

a)

Dihasilkan mengikut skala yang sesuai

b)

Mempunyai sebahagian komponen sebenar yang berfungsi

c)

Bahan dan teknik pembinaannya mengikut kesesuaian semasa

d)

Menggunakan bahan dan teknik menggambarkan produk sebenar

19.

Antara berikut, yang manakah mempengaruhi reka bentuk makanan?

a)

Geografi penduduk

b)

Permintaan pengguna

c)

Cara hidup masyarakat

d)

Cara dikomersialkan mengikut trend

20.

Mengapakah penggunaan tipografi penting dalam pembungkusan makanan?

a)

Mengingat simbol daripada jenama

b)

Elemen grafik sebagai tanda jenama

c)

Identiti dan kesan langsung pada produk

d)

Memberi keharmonian terhadap reka bentuk produk