NEW
Font size
WorksheetsMORAL
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Debbie__________________oleh ayahnya kerana berbuat bising pada waktu malam ketika jiran-jiran mereka sedang berehat
ditegur
dipupuk
disaran
ditengking
Perbuatan di bawah adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kecuali
menghalau anak jiran
masuk rumah jiran tanpa izin
membuang sampah ke rumah jiran
menjaga rumah jiran ketika ketiadaan mereka
Apakah nombor yang perlu dihubungi sekiranya kamu terlihat kemalangan jalanraya?
994
999
32515
7552525
Dewi telah memecahkan cermin rumah jirannya semasa bermain bola. Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh Dewi?
Berdiam diri
Memohon maaf
Membuang bola tersebut
Memberitahu jiran lain
Semasa bercuti di luar negara, Rebecca tidak lupa untuk membelikan jiran-jirannya_________
duit kopi
buah fikiran
buah pena
buah tangan
Dewan orang ramai telah melakukan gotong royong. Namun, anak saudara kamu tidak melakukan tugasan yang diberikan. Apakah tindakan yang kamu perlu lakukan?
Menyuruhnya pulang
Menegur sikapnya
Membiarkan sahaja
Mencubitnya
__________________berperanan dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan penduduk kampung.
Tentera
Penghulu
Ketua kelas
Pengawal bank
Apakah faedah yang diperolehi sekiranya amalan kunjung mengunjung diamalkan?
Merehatkan minda
Menjimatkan masa bertemu
Mengetahui semua peribadi jiran
Hubungan kejiranan semakin utuh
Setiap bantuan yang dihulurkan perlulah dengan penuh__________
keikhlasan
kemesraan
kesungguhan
kebanggaan
Amalan menghormati pemimpin setempat boleh mengeratkan_____________dalam masyarakat setempat
hubungan
sokongan
keamanan
kekuatan
Encik Ravi________________anak muda dikampungnya yang suka melepak dan mengganggu orang.
melayani
memarahi
menyertai
menasihati
________________yang sopan dan lemah-lembut akan memudahkan komunikasi yang berlaku.
Perasaan
Pergaulan
Pertuturan
Pertelingkahan
Kita perlu mendengar_________dan pendapat orang lain di dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan.
arahan
tindakan
peraturan
cadangan
Kemudahan awam terdiri daripada yang berikut, kecuali
tandas
perhentian bas
halaman rumah
taman permainan
Nyatakan ucapan yang perlu diberikan kepada mereka yang telah memberikan bantuan.
Terima kasih
Tahniah
Takziah
Syabas
Berikut merupakan kesan yang berlaku jika bekerjasama dengan masyarakat kecuali
melambatkan kerja
meringankan beban tugas
memudahkan segala urusan
mengeratkan hubungan silaturahim
Pilih pernyataan yang betul tentang sikap bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan akan mendapat kegagalan
Sikap bertanggungjawab membuat kita berasa jemu
Sikap bertanggungjawab dalam pekerjaan akan menyebabkan kita dibuli rakan sekerja
Sikap bertanggungjawab akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menemui kejayaan
Pilih pernyataan yang salah tentang sikap keberanian
Menegur dengan sopan penduduk yang mengotorkan alam sekitar
Tidak melaporkan kejadian jenayah yang berlaklu kepada pihak yang bertanggungjawab
Memberikan bantuan kecemasan kepada individu yang memerlukan
Mempertahankan nama baik masyarakat
Pilih pernyataan yang betul mengenai sikap rajin
Sikap rajin mestilah dilakukan separuh jalan
Sikap rajin merupakan usaha yang berterusan
Cepat berputus asa apabila melakukan sesuatu pekerjaan
Hangat hangat tahi ayam
Pilih pernyataan yang salah tentang sikap kerjasama
Bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat amalan mulia
Tidak mengeluh apabila diberikan tugas bersama-sama rakan
Mengambil tahu tentang tugasan yang diberikan
Memasang khemah bersama penduduk hanya memenatkan badan
