wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT Ting 1 Bab 1

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut produk yang manakah dikategorikan dalam reka bentuk konkrit? Pilih semua yang benar.

a)

Mesin

b)

Bahasa

c)

Alat muzik

d)

Pengangkutan

2.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?

a)

Terbahagi kepada tiga kumpulan

b)

Mempunyai pandangan tiga dimensi

c)

Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat

d)

Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

3.

Rajah di atas menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan. Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?

a)

Saiz

b)

Ruang

c)

Bentuk

d)

Tekstur

4.

Rajah di atas menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan. Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

5.

Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk terhadap individu? Pilih semua yang benar.

a)

Melahirkan nilai-nilai estetika

b)

Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea

c)

Memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudah

d)

Melindungi dan memelihara etika sosial dan mempelbagaikan etika budaya

6.

Antara berikut manakah merupakan tugas secara am seorang pereka bentuk kejuruteraan?

a)

Mereka bentuk peralatan dan sistem

b)

Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan awam

c)

Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan

d)

Mereka bentuk litar elektrik, mesin, bangunan dan jentera

7.

Antara berikut manakah merupakan definisi inovasi?

a)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

b)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga, bermakna dan mesra pengguna

c)

Proses atau kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

8.

Antara berikut manakah merupakan definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang proses pengubahsuaian produk

b)

Pengetahuan tentang penghasilan sesuatu produk yang melibatkan bahan tertentu

c)

Pengetahuan tentang pemilihan produk yang sesuai untuk disusun secara terancang

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

9.

Antara berikut manakah merupakan prinsip reka bentuk? Pilih semua yang benar.

a)

Warna

b)

Kontra

c)

Kreativiti

d)

Harmoni

10.

Antara berikut manakah merupakan asas pertimbangan yang digunakan untuk menentukan nilai sesuatu rekaan reka bentuk? Pilih semua yang benar.

a)

Bentuk dan saiz

b)

Kecenderungan inovasi

c)

Pengulangan dan garisan

d)

Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran

11.

11 Berikut merupakan penerangan mengenai salah satu prinsip reka bentuk. "Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk." Apakah prinsip reka bentuk itu?

a)

Keringkasan

b)

Pengulangan

c)

Kepelbagaian

d)

Keseimbangan

12.

Antara berikut manakah merupakan kepentingan reka bentuk dan teknologi?

a)

Memudahkan pengeluar mengaut keuntungan yang lebih

b)

Meningkatkan penggunaan produk yang berkualiti tinggi

c)

Memberikan keamanan dan kedamaian kepada pengguna

d)

Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan

13.

Antara berikut kerjaya manakah yang terlibat dalam menghasilkan mesin pengilangan? Pilih semua yang benar.

a)

Pereka bentuk industri

b)

Pereka bentuk automatif

c)

Pereka bentuk pengajaran

d)

Pereka bentuk kejuruteraan

14.

Antara berikut manakah merupakan definisi di peringkat komersial bagi inovasi?

a)

Pengubahsuaian dan penambahbaikan produk sedia ada

b)

Cara pembinaan dan penyelesaian yang lebih cekap dan baik

c)

Penghasilan produk yang dilakukan berdasarkan eksperimen atau kajian

d)

Pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran

15.

Rajah dia atas menunjukkan jarak dan ketinggian yang betul semasa menggunakan komputer. Antara berikut manakah yang membantu dalam menentukan kedudukan tersebut?

a)

Pengesan ergo

b)

Kerusi yang stabil

c)

komputer yang canggih

d)

Meja komputer yang boleh laras

16.

Rajah dia atas berkaitan dengan fungsi garisan dalam elemen reka bentuk. Apakah fungsi garisan yang dimaksudkan?

a)

Menunjukkan pergerakan arah atau aliran

b)

Menunjukkan kestabilan dan keseimbangan

c)

Membahagikan dua atau lebih ruang kawasan

d)

Menunjukkan perhubungan antara dua elemen

17.

Apakah maksud teknologi?

a)

Proses pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik

b)

Proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud

c)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

d)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

18.

Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk konkrit?

a)

Bahasa

b)

Seramik

c)

Pengiklanan

d)

Pengangkutan

19.

Antara berikut yang manakah etika dalam reka bentuk? Pilih semua yang benar.

a)

Keaslian

b)

Ergonomik

c)

Bermanfaat

d)

Mesra alam sekitar

20.

Antara berikut yang manakah produk reka bentuk dan teknologi berbentuk abstrak?

a)

Arca

b)

Lukisan

c)

Peralatan

d)

Pengangkutan