wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ILMU PERKHEMAHAN TKRSM TAHUN 5

Total questions: 9

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan mengadakan aktiviti perkhemahan?

a)

Mengurus diri untuk berhadapan dengan orang lain

b)

Membina semangat, motivasi, dan keyakinan diri di samping memberi keseronokan dan menambahkan ilmu pengetahuan

c)

Memberikan keseronokan hidup di dunia semata-mata

2.

Antara punca air yang boleh kita peroleh ketika perkhemahan ialah

I. perigi

II. air paip

III. air sungai

a)

I, II dan III

b)

II dan III sahaja

c)

I dan II sahaja

3.

Apakah ciri-ciri pengkalan perkhemahan yang baik?

a)

Mempunyai tali keselamatan di sekeliling pengkalan, tempat pembuangan sampah, tandas, dan kawasan perhimpunan.

b)

Hanya perlu ada tandas sahaja.

c)

Terdapat surau yang cantik dan jauh dari pengkalan.

4.

Antara berikut perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam aspek kebersihan punca air kecuali

a)

pastikan air sungai bersih.

b)

pastikan air di dalam telaga atau perigi bersih.

c)

pastikan air tersebut menjadi tempat pembiakan haiwan pembawa penyakit.

5.

Berapakah jarak minimum dapur masak yang dibina dengan khemah ?

a)

10 meter

b)

5 meter

6.

Manakah antara berikut bukan langkah-langkah keselamatan ketika pengunaan api ?

a)

Memasang api atau ubat nyamuk di dalam khemah

b)

Api tidak boleh dibiarkan menyala tanpa pengawasan

c)

Bina dapur memasak di kawasan yang dibenarkan sahaja

7.

Perkara-perkara yang perlu perhatian, bagi keselamatan kawasan perkhemahan ialah

I Pilih lokasi selamat.

II Bersihkan kawasan sebelum dirikan pengkalan.

III Adakan giliran bertugas kawalan keselamatan.

IV Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

a)

I, II, III dan IV

b)

III dan IV sahaja

8.

Apakah ciri-ciri keselamatan air ?

a)

Pilih tempat yang tiada halangan-halangan berbahaya seperti batu tajam, arus deras dan lereng curam

b)

Pergi ke kawasan kepala air secara beramai-ramai selepas hujan

9.

Aktiviti perkhemahan memberi __________ secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

a)

manfaat

b)

keburukan