wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun Empat Kerat ( 2 Bijak)

Total questions: 21

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan Pantun Ini.


Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

_____________________________

Budi baik rasa nak junjung.

a)

Hati terkenang mulut berbunyi,

b)

Hati terkenang mulut berkata,

c)

Hati terkenang mulut menyebut,

d)

Hati terkenang mulut menguyah,

2.

Lengkapkan pantun ini.


Apa diharap pada jerami,

____________________________

Apa diharap kepada kami,

Muka buruk budi kurang

a)

Habis padi jerami disimpan;

b)

Habis padi jerami dibakar;

c)

Habis padi jerami dijual;

d)

Habis padi jerami dibuang;

3.

Lengkapkan pantun ini.


Asam kandis mari dihiris,

Manis sekali rasa isinya;

Dilihat manis dipandang manis,

________________________________.

a)

Lebih manis hati budi.

b)

Lebih manis hati budinya.

c)

Lebih manis hati dikenang.

d)

Lebih manis hati yang baik.

4.

Lengkapkan pantun ini.


Bagaimana nak tanam selasih,

____________________________;

Bagaimana hati nak kasih,

Kasih bercampur denganlah budi

a)

Tanamlah mari di rumpun serai;

b)

Tanamlah mari di rumpun lalang;

c)

Tanamlah mari di rumpun buluh;

d)

Tanamlah mari di rumpun keladi;

5.

Lengkapkan pantun ini.


Banyak saya menabur padi,

Padi habis dimakan memerang;

_________________________

Budi tidak dikenang orang.

a)

Banyak saya menabur budi,

b)

Banyak saya menabur duit,

c)

Banyak saya menabur janji,

d)

Banyak saya menabur jerami,

6.

Lengkapkan pantun ini.


Bawa belayar pisang emas,

___________________________

Boleh dibayar hutanglah emas,

Hutang budi dibawa mati.

a)

Masak sebiji di atas meja;

b)

Masak sebiji di atas peti;

c)

Masak sebiji di atas para;

d)

Masak sebiji di atas dapur;

7.

Lengkapkan pantun ini.


Bukan saya mengejar kolek,

Saya mengejar papan tunda;

Bukan saya mengharap molek,

_______________________________.

a)

Saya mengharap budi pekerti.

b)

Saya mengharap budi baik.

c)

Saya mengharap budi bahasa.

d)

Saya mengharap budi tuan.

8.

Lengkapkan pantun ini.


__________________________,

Pulau Sari bercabang dua;

Buruk badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

a)

Bunga pandan jauh ke sana,

b)

Bunga pandan jauh ke tengah,

c)

Bunga pandan jauh ke laut,

d)

Bunga pandan jauh di tasik,

9.

Lengkapkan pantun ini.


Burung pipit burung kedidi,

_________________________;

Jika hidup tidak berbudi,

Ibarat pokok tidak berbuah.

a)

Hinggap di pokok di tepi tasik;

b)

Hinggap di pokok di tepi sungai;

c)

Hinggap di pokok di tepi sawah;

d)

Hinggap di pokok di tepi laut;

10.

Lengkapkan pantun ini.


Dari jauh bermalam datang,

Tetak sangkar pancung kemudi;

_______________________________

Mendengar tuan baik budi.

a)

Darilah jauh kamilah pergi,

b)

Darilah jauh kamilah datang,

c)

Darilah jauh kamilah kembali,

d)

Darilah jauh kamilah ke mari,

11.

Lengkapkan pantun ini.


Pergi mendaki Gunung Daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa;

_________________________________

Elok diamalkan setiap masa.

a)

Bergotong-royong amalan yang mulia,

b)

Bergotong-royong amalan yang terpuji,

c)

Bergotong-royong amalan yang baik,

d)

Bergotong-royong amalan yang murni,

12.

Lengkapkan pantun ini.


Hendak belayar ke Teluk Betong,

Sambil mencuba labuhkan pukat;

Bulat air kerana pembetung,

_________________________________

a)

Bulat manusia kerana bekerjasama.

b)

Bulat manusia kerana kepercayaan.

c)

Bulat manusia kerana berbincang.

d)

Bulat manusia kerana muafakat.

13.

Lengkapkan pantun ini.


Jangan pergi mandi di lombong,

Emak dan kakak sedang mencuci;

_________________________________,

Semua kawan akan membenci.

a)

Jangan suka bercakap benar,

b)

Jangan suka bercakap tipu,

c)

Jangan suka bercakap besar,

d)

Jangan suka bercakap bohong,

14.

Lengkapkan pantun ini.


Buah cempedak bentuknya bujur,

Sangat disukai oleh semua;

Jika kita bersikap jujur,

_____________________________.

a)

Hidup kita dipandang mulia.

b)

Hidup kita dipandang tinggi.

c)

Hidup kita dipandang hina.

d)

Hidup kita dipandang mulia.

15.

Lengkapkan pantun ini.


Bandar baru Seberang Perai,

Gunung Daik bercabang tiga;

_______________________________

Budi yang baik dikenang juga.

a)

Hancur badan tulang ditanam,

b)

Hancur badan tulang dibakar,

c)

Hancur badan tulang berkecai,

d)

Hancur badan tulang dibuang,

16.

Jawab pantun teka-teki ini.


Burung Nuri burung Dara,

Terbang ke sisi taman kayangan;

Cubalah cari cubalah teka,

Makin diisi makin ringan.


Jawapannya (a)  

17.

Jawab pantun teka-teki ini.


Beras ladang sulung tahun,

Malam-malam masak nasi;

Dalam batang ada daun,

Dalam daun ada isi.


Jawapannya (a)  

18.

Jawab pantun teka-teki ini.


Buah budi bidara mengkal,

Masak sebiji di tepi pantai;

Hilang budi bicara akal,

Buah apa tidak bertangkai ?


Jawapannya (a)  

19.

Jawab pantun teka-teki ini.


Ada ikan masak gulai,

Bulan terang pagi hari;

Kalau tuan bijak pandai,

Apa binatang keris di kaki.


Jawapannya (a)  

20.

Jawab pantun teka-teki ini.


Kalau tuan muda teruna,

Pakai seluar dengan gayanya;

Kalau tuan bijak laksana,

Biji di luar apa buahnya.


Jawapannya (a)  

21.

Jawab pantun teka-teki ini.


Kalau tuan bawa keladi,

Bawa juga si pucuk rebung;

Kalau tuan bijak bestari,

Apa binatang tanduk di hidung ?


Jawapannya (a)