wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 8 Cahaya dan Optik

Total questions: 23

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

____merupakan orang pertama yang berjaya memahami fenomena pembentukan pelangi. Beliau telah menggunakan suatu prisma untuk menyebarkan cahaya putih kepada komponen-komponen warnanya.

a)

Sir Isaac Newton

b)

Albert Einstein

c)

James Clerk Maxwell

d)

Johannes Kepler

2.

Imej maya adalah

a)

imej yang terbalik

b)

Imej yang terbentuk pada skrin

c)

Imej yang kurang tepat

d)

Imej yang tidak terbentuk pada skrin

3.

Manakah benar penggunaan cermin cekung dalam kehidupan seharian?

a)

Membantu penari membetulkan pergerakannya

b)

Dipasang diselekoh untuk mengelakkan kemalangan

c)

Dipasang di pasar raya untuk mengelakakan kes kecuarian

d)

digunakan oleh doktor gigi

4.

(a)   merupakan alat yang digunakan oleh kapal selam untuk melihat permukaan laut.

5.

(a)   merupakan alat mainan yang dibuat dengan menggunakan cermin satah. Dengan alat ini kita dapat boleh membuat pelbagai pola yang mengagumkan. Pola-pola ini diperoleh kerana imej objek-objek di dalam alat ini berkali-kali mengalami pantulan.

6.

Siapakah ahli sains terkenal yang menyatakan bahawa kelajuan cahaya adalah 3.0 x 10 kuasa 8 meter persaat?

a)

Isaac Newton

b)

Albert Einstein

c)

Galileo Galilie

d)

Joseph Vogler

7.

Wayang kulit diaplikasikan dari konsep

a)

Cahaya bergerak lurus

b)

Cahaya boleh dipantulkan

c)

Cahaya boleh dibiaskan

d)

Cahaya boleh diserakkan

8.

Cahaya boleh diserakkan

a)

tegak

b)

terbalik

c)

sama saiz dengan dengan objek

d)

sahih

e)

jarak dengan objek berbeza dengan jarak imej

9.

Perkataan 'AMBULANS' di tulis secara songsang sisi menggunakan aplikasi

a)

Pembiasan

b)

Penyerakan

c)

Pantulan

d)

Penambahan cahaya

10.

Kerana fenomena pembiasan cahaya

a)

pelangi kelihatan sangat cantik

b)

langit kelihatan kebiruan

c)

Buah strawberi berwarna merah

d)

ikan kelihatan cetek berbanding kedudukan sebenar

11.

Cahaya yang keluar daripada prisma kaca menjauhi garis normal. Cahaya yang keluar dari prisma telah tersebar kepada tujuh warna dalam tertib susunan yang dikenali sebagai (a)   . (Jawapan satu patah perkataan sahaja)

12.

Cahaya ___ diserakkan paling banyak.

a)

biru

b)

hijau

c)

jingga

d)

merah

13.

Magenta adalah gabungan daripada ____

a)

Warna Merah dan Biru

b)

Warna Merah dan Hijau

c)

Warna Kuning dan Jingga

d)

Warna Kuning dan Merah

14.

Apabila cahaya putih melalui penapis kuning , warna apakah yang dapat melaluinya?

a)

Merah

b)

Hijau

c)

Biru

d)

Sian

e)

Magenta

15.

Berikut BENAR tentang cermin cembung KECUALI

a)

Melengkung ke dalam

b)

Sinar cahaya yang selari dipantul balik dan mencapah

c)

Saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek

d)

Contohnya diguna pada cermin sisi kereta menjadikan medan penglihatan lebih luas

16.

Manakah yang SALAH berkaitan sifat cahaya

a)

Cahaya bergerak dalam satu garis lurus

b)

Cahaya boleh diserakkan

c)

Cahaya boleh dibiaskan

d)

Cahaya bergerak lebih lambat berbanding bunyi

17.

Perubahan arah alur cahaya apabila alur cahaya itu merambat dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatan.

Pernyataan ini merupakan definisi kepada ____

a)

Penyerakan cahaya

b)

Pembiasan cahaya

c)

Pantulan cahaya

d)

Penolakan cahaya

18.

Cahaya ___ bergerak paling cepat dan menjadikannya kurang dibiaskan.

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Biru

d)

Indigo

19.

Berikut benar tentang kebiruan langit KECUALI

a)

Pada waktu tengah hari, matahari tegak di di atas kepala kita. Lintasan cahaya melalui atmosfera adalah pendek.

b)

Cahaya merah hingga hijau dapat melalui atmosfera tanpa gangguan

c)

Cahaya biru dengan jarak gelombang yang panjang diserakkan paling banyak ke semua arah oleh zarah-zarah halus dalam atmosfera.

d)

Cahaya biru yang terserak ini ditaburkan di seluruh langit dan menyebabkan langit kelihatan biru.

20.

Apakah warna cahaya yang terbentuk pada skrin apabila cahaya putih melalui penapis warna primer hijau dan penapis warna sekunder yang berwarna sekunder magenta?

a)

cahaya hijau

b)

cahaya merah

c)

cahaya kuning

d)

tiada cahaya

21.

Penyerakan cahaya berlaku apabila _____

a)

pertindihan dua warna primer

b)

sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah

c)

sinar cahaya dipecahkan kepada juzuk warnanya

d)

sinar cahaya mengalami perubahan halaju apabila bergerak dari medium berbeza

22.

Bintang kelihatan berkelip -kelip kerana mengalami fenomena ____

a)

Pantulan cahaya

b)

Penyebaran cahaya

c)

Penyerakan Cahaya

d)

Pembiasan cahaya

23.

Manakah bukan warna primer?

a)

HIjau

b)

Kuning

c)

Merah

d)

Biru