wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu 1 Umar (1)

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ejaan yang betul

a)

lencungan

b)

lencongan

2.

Pilih ejaan yang betul

a)

ekspres

b)

ekspress

3.

Pilih ejaan yang betul

a)

e-mel

b)

emel

4.

Pilih ejaan yang betul

a)

ekslusif

b)

eksklusif

5.

Pilih ejaan yang betul

a)

definasi

b)

definisi

6.

Pilih ejaan yang betul

a)

delegasi

b)

deligasi

7.

Pilih ejaan yang betul

a)

efisien

b)

efisyen

8.

Pilih ejaan yang betul

a)

losen

b)

losyen

9.

Pilih ejaan yang betul

a)

nasionalisma

b)

nasionalisme

10.

Pilih ejaan yang betul

a)

pertunjukkan

b)

pertunjukan

11.

Pilih ayat yang betul

a)

Mereka-mereka yang berkenaan sudah pun diundang untuk menghadiri majlis persaraan yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar itu.

b)

Mereka yang berkenaan sudah pun diundang untuk menghadiri majlis persaraan yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar itu.

12.

Pilih ayat yang betul

a)

Rombongan itu datang dari Kuala Kangsar untuk membuat lawatan sambil belajar di sini selama seminggu.

b)

Rombongan itu datang daripada Kuala Kangsar untuk membuat lawatan sambil belajar di sini selama seminggu.

13.

Pilih ayat yang betul

a)

Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

b)

Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.

14.

Pilih ayat yang betul

a)

Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan.

b)

Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan.

15.

Pilih ayat yang betul

a)

Gadis yang berambut panjang itu ialah kakak sulung saya

b)

Gadis yang berambut panjang itu adalah kakak sulung saya

16.

Pilih ayat yang betul

a)

“Nah, rasakan tikamanku ini!” kata Panglima Berantai kepada Jalak

Lenteng.

b)

“Wah, rasakan tikamanku ini!” kata Panglima Berantai kepada Jalak Lenteng.

17.

Pilih ayat yang betul

a)

Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang akan mengadakan program motivasi pada hari Sabtu lepas

b)

Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang telah mengadakan program motivasi pada hari Sabtu lepas

18.

Pilih ayat yang betul

a)

Program bacaan dinamik akan diadakan di dalam bulan Oktober

b)

Program bacaan dinamik akan diadakan dalam bulan Oktober

19.

Pilih ayat yang betul

a)

Pelayan Restoran Niza menghidangi masakan Thai kepada pelanggannya

b)

Pelayan Restoran Niza menghidangkan masakan Thai kepada pelanggannya

20.

Pilih ayat yang betul

a)

Pelbagai kuih yang dijual di gerai itu enak belaka

b)

Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka

21.

1. Mariah selalu terkenang......peristiwa pahit manis ketika dia berada di kampung dahulu.

a)

akan

b)

terhadap

c)

pada

d)

dengan

22.

2. Para ........ tanah air telah dihantar ke negara Indonesia untuk membantu mangsa yang dilanda gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

23.

3. Penduduk di perkampungan nelayan itu bekerja sambilan dengan ....... jala semasa musim tengkujuh.

a)

menjahit

b)

menenun

c)

menyirat

d)

menyemat

24.

4. KESALAHAN UMUM KATA DAN FRASA NAMA. PILIH AYAT YANG BETUL

a)

Banyak sayur-sayuran di jual di pasar tani.

b)

Banyak sayur di jual di pasar tani.

25.

5. KESALAHAN UMUM KATA DAN FRASA NAMA. PILIH AYAT YANG BETUL

a)

Para petani itu sedang membajak tanah.

b)

Para petani-petani itu sedang membajak tanah.

26.

6. KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.

a)

Mereka itu telah pun makan nasi.

b)

Mereka-mereka itu telah pun makan nasi.

27.

KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.

a)

Beg ini dibeli olehnya.

b)

Beg ini dibeli oleh ia.

28.

8.KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Saya makan nasi apabila lapar

b)

Saya makan nasi bila lapar.

29.

KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Oleh kerana sakit, dia ke klinik.

b)

Oleh sebab sakit, dia ke klinik.

30.

10. KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

a)

Saya tunggu awak hingga petang.

b)

Saya tunggu awak hingga ke petang.

31.

11. KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF

a)

Foto itu diambil oleh saya.

b)

Foto itu saya ambil.

32.

12. KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF

a)

Foto itu Encik Khoo cuci.

b)

Foto itu dicuci oleh Encik Khoo.

33.

13. KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF

a)

Saya benci akan awak.

b)

Saya bencikan awak.

34.

14. KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF

a)

Rumah itu hingar-bingar sekali.

b)

Rumah itu hingar-bingar.

35.

15. KESALAHAN UMUM FRASA SENDI

a)

Dia berusaha demi kejayaannya.

b)

Dia berusaha demi untuk kejayaannya.

36.

Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu

a)

menyerahkan

b)

mengurniakan

c)

menyampaikan

d)

menganugerahkan

37.

________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka

a)

setiap orang pelajar

b)

setiap-tiap pelajar

c)

Tiap-tiap pelajar

d)

Tiap pelajar

38.

Suasana malam di tepi pantai itu sungguh indah kerana _______ di langit ________.

a)

bintang-bintang...berkerdipan

b)

bintang-bintang...kerdip

c)

bintang...berkedip

d)

bintang...kerdip

39.

Doktor Tania mengesahkan bahawa pesakit itu menghidap penyakit tibi hasil _______ pemeriksaan yang telah dilakukannya.

a)

dari

b)

setelah

c)

daripada

d)

selepas

40.

Joseph dan rakan-rakannya menggantung beberapa _____mercun di sepanjang jalan untuk dibakar pada malam tahun baharu nanti

a)

untai

b)

rawan

c)

pucuk

d)

papan

41.

"Pihak kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan asas di taman perumahan ini untuk ______ penduduk,"kata wakil rakyat itu.

a)

keselesaan

b)

kemesraan

c)

kebahagiaan

d)

keharmonian

42.

Sultan Perak mencemar duli bersama-sama permaisuri _______ ke kawasan pedalaman untuk melihat kehidupan rakyat.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

beta

43.

Penunggang motosikal itu disaman oleh polis dalam suatu ____ jalan raya kerana tidak mempunyai lesen memandu.

a)

hentian

b)

sekatan

c)

tahanan

d)

halangan

44.

Penunggang motosikal itu disaman oleh polis dalam suatu ____ jalan raya kerana tidak mempunyai lesen memandu.

a)

hentian

b)

sekatan

c)

tahanan

d)

halangan

45.

Pak Salleh berasa sedih kerana sebahagian daripada tanaman pisang di kebunnya telah ______ oleh monyet liar.

a)

dimusnahkan

b)

dihancurkan

c)

dihapuskan

d)

dilupuskan

46.

Badan kakak yang berisi semakin ______ sejak berjoging dan melakukan senaman.

a)

kecil

b)

susut

c)

surut

d)

kering

47.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1. Ibu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang.

a)

menyaji

b)

memberi

c)

mengagih

d)

menghidang

48.

2. Dia akhirnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa ______dengan buku.

a)

bersamaan

b)

berdekatan

c)

bergandingan

d)

berdampingan

49.

3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.

a)

menutupi

b)

mengaburi

c)

melingkari

d)

menyelubungi

50.

Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa menggunakan mesin kira.

a)

Semua calun peperiksaan dikehendaki

b)

Semua orang calon peperiksaan dikehendaki

c)

Peperiksaan menghendaki semua calon

d)

Semua calon peperiksaan dikehendaki

51.

Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan.

a)

Kita wajib menegakkan kebenaran

b)

Kita harus tegak kebenaran

c)

Kebenaran wajib tegak

d)

Kita wajib tegakkan kebenaran

52.

Pantun teka teki.


Tinggi duduk di atas sekali,

Bukanlah bulan bukanlah matahari,

Jika malam ia berseri,

Jika siang ia berganti.

a)

Awan

b)

Bintang

c)

Bangunan tinggi

d)

Kapal terbang

53.

Jika kecil boleh ditiup,

Sudah besar jangan lagi,

Kalau tercucuk ia meletup,

Kalau terlepas terbangnya tinggi.

a)

Belon udara

b)

Belon

54.

Walaupun dibungkus bukanlah kiriman,

Sudah takdir tuhan yang satu,

Meskipun ditanam bukanlah tanaman,

Cubalah teka apakah itu?

a)

Sampah

b)

Baja

c)

Mayat

d)

Bunga

55.

Laksana menumbuk beralas nyiru.


Gaya bahasa baris syair di atas ialah

a)

simile

b)

inversi

c)

metafora

d)

simpulan bahasa

56.

Surat Kiriman Tidak Rasmi merupakan karangan jenis...

a)

A. tidak berformat

b)

B. berformat

57.

Alamat yang perlu ditulis di dalam Surat Kiriman Tidak Rasmi ialah alamat...

a)

A. pengirim

b)

B. penerima

58.

Tarikh perlu ditulis di bawah alamat pengirim.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

59.

Surat Kiriman Tidak Rasmi perlu ada pendahuluan.

a)

A. Salah

b)

B. Betul

60.

Kata sapaan yang digunakan apabila menulis surat kepada sahabat ialah...

a)

A. kawanku

b)

B. sahabatku