wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"_______ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Ibu sedang ________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.

a)

menyiang

b)

mengopek

c)

memotong

d)

mencencang

3.

Pakar forensik itu ___________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

4.

"Kamu _____________ mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah," kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

5.

Kanak-kanak yatim itu bergembira __________ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

6.

"____________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya!" kata Lin kepada Syamila.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

7.

Adik mengutip duit syiling yang ___________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

berterabur

d)

bertaburan

8.

Ayat di bawah mungki betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih kesalahan yang telah digariskan.


Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang pintu pagar sekolah sempena temasya sukan tahunan sekolah.

a)

Bendera-bendera

b)

berkibaran

c)

di

d)

Tiada kesalahan

9.

Pilih ayat yang betul.


i. Saudara-mara dan sahabat handai mula menziarahi datuk Azim yang sakit kuat di hospital.

ii. Beberapa buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut yang kuat malam tadi.

iii. Siew Leng kuat menghadapi semua dugaan yang menimpanya sejak ibu bapanya meninggal dunia.

iv. Lelaki yang kuat itu dapat merebahkan lawannya dalam pertandingan gusti.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

i, ii, iii dan iv sahaja

10.

Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin tidak.


Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

a)

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

b)

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

c)

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

d)

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini