wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.5 Unsur Asing dalam Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pengambilan istilah tertentu daripada bahasa asing berdasarkan ciri-ciri yang berikut, kecuali istilah yang...

a)

lebih singkat

b)

indah bunyinya

c)

memudahkan kesepakatan

d)

lebih sesuai dengan konsep

2.

Antara yang berikut, yang manakah bukan punca utama bahasa Jawa meresap ke dalam bahasa Melayu?

a)

Orang Jawa mempunyai tamadun yang lebih tinggi daripada orang Melayu.

b)

Kerajaan Majapahit dan Mataram menjadikan bahasa Jawa sebagai teras pemerintahan.

c)

Kesusteraan Jawa, terutamanya dalam bentuk cerita-cerita panji, tersebar luas di kawasan bahasa Melayu.

d)

Kerjasama kebahasaan antara Malaysia dengan Indonesia, terutamanya dari aspek pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa moden.

3.

Yang berikut ialah aspek bahasa Melayu yang banyak dipenggaruhi oleh bahasa Sanskrit, kecuali...

a)

imbuhan

b)

kosa kata

c)

sistem bunyi

d)

struktur ayat

4.

Yang manakah susunan bahasa asing yang betul mengikut urutan kemasukan pengaruhnya ke dalam bahasa Melayu?

a)

Arab, Sanskrit, Indonesia, Inggeris

b)

Sanskrit, Indonesia, Arab, Inggeris

c)

Sanskrit, Arab, Indonesia, Inggeris

d)

Arab, Sanskrit, Inggeris, Indonesia

5.

Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti gereja, armada, kapitan, baldi, dan beranda merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa...

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Sanskrit

d)

Portugis

6.

Penggunaan kata-kata seperti matang, calon, pamer, lakon dan tulen dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa bahasa itu dipengaruhi oleh...

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Jawa

c)

bahasa Portugis

d)

bahasa Inggeris

7.

Imbuhan awalan bi- merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa...

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Inggeris

d)

Sanskrit

8.

Antara yang berikut, yang manakah bukan menjadi sebab utama bahasa Melayu perlu meminjam bahasa asing?

a)

Untuk mengatasi masalah sinonim

b)

sikap suka mengagung-agungkan bahasa asing

c)

Pembinaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden

d)

Kerana tiada perkataan bahasa Melayu untuk menamakan fenomena baharu

9.

Pengaruh bahasa asing yang paling ketara terhadap bahasa Melayu adalah dari aspek...

a)

nahu

b)

imbuhan

c)

kosa kata

d)

bunyi bahasa

10.

Kata-kata pinjaman daripada bahasa Cina yang berikut ini telah mengalami perubahan makna, kecuali...

a)

kini

b)

beca

c)

lobak

d)

bohsia

11.

Yang manakah ayat yang mengandungi kosa kata berimbuhan pinjaman daripada bahasa Arab?

a)

Rafiq bercita-cita untuk menjadi angkasawan negara.

b)

Pakar pendidikan menggunakan prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku bilazim seseorang.

c)

Sukatan Pelajaran STPM Baharu turut mementingkan aspek insaniah.

12.

Antara yang berikut, yang manakah kumpulan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab?

a)

Ilmu, Nafsu, Sedekah, Tafsir

b)

Abadi, Rupawan, Hadirin, Syarat

c)

Dewan, Seniman, Islamiah, Ghaib

d)

Tatabahasa, Mahaguru, Meriam, Akhirat

13.

Yang manakah antara kata yang berikut merupakan kata pinjaman?

a)

Aur

b)

Mempelam

c)

Bulan

14.

agama, swasta, mahasiswa, syurga, rahsia


Perkataan di atas merupakan perkataan dalam bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa...

a)

Arab

b)

Jawa

c)

Sanskrit

d)

Portugis

15.

Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit dalam aspek-aspek berikut ini, kecuali...

a)

sintaksis

b)

kosa kata

c)

morfologi

d)

bunyi bahasa

16.

/v/ merupakan bunyi sebutan bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab.

a)

Benar

b)

Tidak Benar

17.

Sambutan belia terhadap seminar dwitahunan itu amat menggalakkan.


Ayat di atas mengandungi perkataan yang menggunakan imbuhan daripada bahasa Sanskrit.

a)

Benar

b)

Tidak Benar

18.

Untuk melancarkan usaha pemodenan bahasa Melayu dan untuk mengungkapkan konsep-konsep baharu dalam bahasa Melayu adalah merupakan faktor bahasa Melayu meminjam kosa kata daripada bahasa asing.

a)

Benar

b)

Tidak Benar

19.

pra-, maha-, eka-, tri-, -man


Kumpulan imbuhan di atas merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris.

a)

Benar

b)

Tidak Benar

20.

Bahasa Melayu kurang menerima pengaruh daripada bahasa Arab dan Portugis.

a)

Benar

b)

Tidak Benar