wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT Ting. 1 Bab 4: Lakaran Piktorial

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Mengikut sejarah, masyarakat purba membuat lakaran bagi menzahirkan ____________ dalam kehidupan mereka.


I. pengalaman

II. pertemuan

III. perpisahan

IV. peristiwa penting

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Manakah antara yang berikut merujuk kepada peranan penting lakaran dalam reka bentuk?

a)

Menentukan konsep awal proses reka bentuk sesuatu produk

b)

Menterjemahkan idea daripada pihak pelanggan

c)

Menunjukkan kemahiran pereka bentuk mentafsir maklumat yang diterima

d)

Menunjukkan keperluan dan kehendak pelanggan

3.

Lakaran ialah meletakkan idea dengan cepat di atas kertas dengan menggunakan __________.

a)

pen penanda

b)

pastel kapur

c)

arang

d)

pensel

4.

Antara pernyataan berikut, pilih peranan utama lakaran dalam reka bentuk yang tepat.

a)

Melengkapkan pembangunan konsep

b)

Medium komunikasi pelanggan

c)

Asas lakaran ilustrasi

d)

Penyelesaian maklumat visual

5.

Rajah menunjukkan satu contoh lakaran.


Pilih jenis lakaran yang tepat bagi lakaran di atas.

a)

Lakaran penerokaan

b)

Lakaran teknikal

c)

Lakaran perkembangan idea

d)

Lakaran persembahan

6.

Apakah ciri-ciri lakaran peribadi atau contengan?


I. Bermaklumat

II. Tidak kemas

III. Tidak tersusun

IV. Dilukis menggunakan perisian komputer

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Apakah tujuan lakaran piktorial memaparkan imej 3D?

a)

Untuk memudahkan pereka menggambarkan bentuk atau mentafsir lukisan

b)

Menggambarkan rupa bentuk yang dikehendaki

c)

Menilai kelebihan dan kekurangan lakaran

d)

Menunjukkan maklumat penting dalam lakaran

8.

Antara yang berikut, yang manakah tidak tergolong dalam teknik lakaran piktorial?

a)

Lakaran oblik

b)

Lakaran isometrik

c)

Lakaran perspektif

d)

Lakaran digital

9.

Rajah menunjukkan kaedah melakar garisan lurus.


Kaedah melakar garisan lurus dalam rajah di atas ialah ...

a)

Kaedah garisan pendek

b)

Kaedah garisan panjang

c)

Kaedah garisan terus dua titik

d)

Kaedah garisan lurus

10.

Rajah menunjukkan sebuah lakaran oblik.

Pilih padanan paksi yang betul.

a)

A. Paksi surut

b)

B. Paksi mendatar

c)

C. Paksi menegak

d)

D. Paksi lurus

11.

Lakaran perspektif ialah satu kaedah ilustrasi objek yang ____________ pandangan mata manusia.

a)

lebih tinggi

b)

menyamai

c)

lebih rendah

d)

di hadapan

12.

Pernyataan berikut adalah mengenai lakaran oblik.


Paksi surut adalah cenderung kepada paksi mendatar


Berapakah sudut yang digunakan?

a)

15o

b)

30o

c)

45o

d)

90o

13.

Pilih kaedah lakaran perspektif yang betul.


I. Kaedah tanpa titik

II. Kaedah satu titik

III. Kaedah dua titik

IV. Kaedah tiga titik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

14.

Rendering digunakan untuk memaparkan permukaan rata supaya kelihatan ______________ atau membonjol keluar.

a)

pegun

b)

melengkung

c)

lurus

d)

tebal

15.

15. Rendering boleh dibuat menggunakan teknik

I. warna

II. tekstur

III. garisan

IV. bentuk

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Rajah ialah contoh lakaran objek yang menunjukkan kesan cahaya. Tentukan arah cahaya yang betul.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Antara berikut, pilih pernyataan yang tepat mengenai lakaran 2D.


I. Menunjukkan satu pandangan sahaja

II. Lakaran tidak berstruktur

III. Memberikan gambaran sebenar objek

IV. Ukuran dalam lakaran bergantung kepada sudut pandangan

a)

I, II dan III

b)

I, Il dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

18.

Apakah tiga ukuran dimensi bagi lakaran 3D?


I. Panjang

II. Tinggi

III. Lebar

IV. Kedalaman

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

19.

Antara maklumat berikut, manakah tidak perlu dinyatakan semasa membuat penilaian pada sesebuah lakaran?

a)

Bahan yang digunakan

b)

Penyambungan yang digunakan

c)

Jenis kemasan

d)

Sasaran pengguna

20.

Penambahbaikan dilakukan ke atas lakaran yang telah dinilai. Apakah tujuan penambahbaikan?


I. Bagi memenuhi cita rasa terkini pengguna

II. Bagi memilih kemasan yang betul

III. Bagi mengikut kehendak pasaran semasa

IV. Bagi menyaingi produk yang ada di pasaran

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

21.

Apakah maksud lakaran?

a)

Memudahkan kefahaman pelanggan

b)

Membangunkan idea dengan lebih cepat

c)

Lukisan awal menggunakan teknik lakaran bebas

d)

Lukisan awal menggunakan bantuan seperti perisian komputer

22.

Apakah alatan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan lakaran?


I. Pen

II. Pen 3D

III. Arang

IV. Warna air

a)

I dan ll

b)

I dan IV

c)

II dan lll

d)

III dan IV

23.

Apakah peranan lakaran dalam reka bentuk?


I. Lakaran masyarakat purba

II. Memudahkan eksplorasi fizikal

III. Medium komunikasi pelanggan

IV. Menjadi asas komposisi ilustrasi

a)

I dan ll

b)

I dan IV

c)

II dan lll

d)

III dan IV

24.

Gambar di bawah merupakan sebuah produk yang ingin dihasilkan.


Apakah komponen yang mungkin dilakar dalam sesebuah lakaran awal bagi produk tersebut?


I. Roda

II. Hendal

III. Loceng

IV. Rantai basikal

a)

I dan ll

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Maklumat berikut mengenai jenis-jenis lakaran.


Lakaran ini menunjukkan idea yang berkembang dari awal hingga lakaran terakhir


Apakah jenis lakaran tersebut?

a)

Lakaran teknikal

b)

Lakaran penerokaan

c)

Lakaran persembahan

d)

Lakaran perkembangan idea

26.

Rajah berikut menunjukkan sebuah lakaran.


Apakah nama kaedah lakaran tersebut?

a)

Lakaran teknikal

b)

Lakaran penerokaan

c)

Lakaran persembahan

d)

Lakaran perkembangan idea

27.

Antara berikut, yang manakah merupakan teknik lakaran piktorial?


I. Lakaran digital

II. Lakaran contengan

III. Lakaran perspektif

IV. Lakaran secara oblik

a)

I dan ll

b)

I dan IV

c)

II dan lll

d)

III dan IV

28.

Rajah berikut menunjukkan kaedah asas lakaran.


Apakah nama kaedah tersebut?

a)

Kaedah garisan putus

b)

Kaedah garisan pendek

c)

Kaedah lakaran ringkas

d)

Kaedah garisan terus dua titik

29.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah lakaran.


Antara berikut yang manakah merupakan prinsip lakaran tersebut?


I. Menggunakan sudut 45o

II. Menggunakan sudut 75o

III. Menggunakan paksi menegak, sudut dan mendatar

IV. Paksi mendatar adalah bersudut tepat dengan paksi menegak

a)

I dan ll

b)

I dan IV

c)

II dan lll

d)

III dan IV

30.

Gambar berikut adalah lakaran oblik.


Apakah ciri utama lakaran tersebut?

a)

Menggunakan sudut 90o

b)

Menunjukkan tiga paksi asas

c)

Paksi mendatar perlu bersudut 45o

d)

Ukuran lebar ialah separuh daripada panjang sebenar