wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Al-Quran MAKANAN HALAL LAGI BAIK

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Firman Allah swt:


"Wahai manusia! MAKANLAH daripada apa-apa yang terdapat di bumi yang yang HALAL lagi BAIK, dan JANGANLAH kamu mengikut jejak SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu MUSUH kamu yang NYATA".

(al-Baqarah:168)


Padanan maksud yang BETUL ialah

a)

وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَٰتِ الشَّيْطَٰنِ

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata

b)

كُلُوا مِمَّا فِى الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Makanlah kamu daripada apa-apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik

2.

2 sebab Allah swt menuntut kita makan makanan yang halal dan baik :

a)

Memelihara akal dan badan daripada kemudaratan

b)

Mendapat tubuh badan yang cantik dan langsing

c)

Menjana pemikiran yang cerdas, hati yang bersih dan badan yang sihat

3.

4 ciri ringkas 'makanan yang baik' ialah

a)

Bersih & berkhasiat

b)

Sedap & menyelerakan

c)

Seimbang & mengikut keperluan

4.

Makanan halal

a)

Makanan yang dibenarkan oleh syarak

b)

Makanan yang dilarang oleh syarak

5.

3 contoh makanan haram:

a)

Darah

b)

Bangkai

c)

Daging khinzir

d)

Binatang yang disembelih dengan nama Allah

6.

Pilih 3 ciri makanan haram:

a)

Bahan yang haram

b)

Diperolehi dengan cara yang sah dan betul

c)

Bercampur dengan najis dan kotoran

d)

Tidak disembelih mengikut hukum syarak

7.

Yang manakah BUKAN ciri makanan halal ?

a)

Bahan yang halal

b)

Disimpan di tempat yang suci

c)

Disembelih mengikut hukum syarak

d)

Mengandungi racun dan sesuatu yang memudaratkan kesihatan

8.

Antara jenis haiwan yang haram kita makan ialah

a)

Ular

b)

Katak

c)

Lembu

d)

Harimau

e)

Burung helang

9.

Kita hendaklah menghindari pengambilan makanan yang HARAM kerana kesannya

a)

Doa tidak diterima oleh Allah swt

b)

Dimurkai dan diazab oleh Allah swt

c)

Terdorong melakukan kebaikan

d)

Mendapat penyakit

10.

Adam sering menggunakan wang bukan miliknya yang dijumpai untuk membeli makanan dan keperluan alat tulis.


Kesannya, Adam selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan yang didudukinya.


Mengapa ini berlaku?

a)

Hati menjadi keras

b)

Dibenci oleh masyarakat

c)

Susah memahami ilmu yang dipelajari