Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4: Pembiakan

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah menerangkan tentang pembiakan aseks?

a)

Pembahagian sitoplasma yang sama

b)

Nukleus asal daripada induk membahagi dua

c)

Proses tidak melibatkan cantuman antara dua sel seks

d)

Dua sel betina dihasilkan di akhir proses

2.

Antara bahagian A, B, C, dan D, yang manakah menghasilkan sperma?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

3.

Mengapakah kehamilan tidak berlaku walaupun persenyawaan telah berlaku?

a)

Zigot mula membahagi secara berulang kali apabila bergerak ke tiub Falopio

b)

Hanya satu sperma boleh menembusi ovum semasa persenyawaan

c)

Embrio perlu melepasi dinding uterus yang menebal

d)

Embrio tidak mampu menempel dengan kuat pada dinding uterus

4.

Di manakah proses persenyawaan biasanya berlaku?

a)

Serviks

b)

Tiub Falopio

c)

Faraj

d)

Uterus

5.

Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang aseks?

a)

Tidak melibatkan gamet

b)

Melibatkan persenyawaan

c)

Berlaku pada pokok bunga mawar

d)

Variasi wujud dalam kalangan anak

6.

Antara berikut, yang manakah cara pembiakan bagi organisma di bawah?

a)

Pertunasan

b)

Belahan dedua

c)

Penjanaan Semula

d)

Pembentukan Spora

7.

Pernyataan manakah benar tentang perubahan perempuan semasa baligh?

a)

Punggung melebar

b)

Suara menjadi garau

c)

Bulu mula tumbuh di dada

d)

Berlaku pada umur 7-10

8.

Apakah tumbuhan yang membiak secara vegetatif melalui bahagian batang?

a)

Rumput

b)

Bawang

c)

Begonia

d)

Lobak merah

9.

Selepas berlaku persenyawaan, embrio yang terbentuk akan terus berkembang. Apakah yang berlaku pada minggu 38-40?

a)

Embrio kelihatan seperti bayi

b)

Fetus membentuk seperti bebola

c)

Dinding berotot uterus mengembang

d)

Fetus berputar supaya kepalanya menuju ke bawah

10.

Antara berikut, kelas makanan yang manakah diperlukan oleh wanita hamil untuk perkembangan sistem saraf fetus?

a)
b)
c)
d)
11.

Antara berikut, yang manakah punca kemandulan bagi lelaki dan wanita?

a)

Masalah kesihatan

b)

Kualiti sperma rendah

c)

Tiub Falopio tersumbat

d)

Hormon tidak seimbang

12.

Mengapakah pendebungaan kacuk digunakan secara meluas di Malaysia?

a)

Kualiti biji benih bertambah

b)

Pokok cepat dijangkiti penyakit

c)

Pokok tidak mempunyai varieti

d)

Pokok hanya sesuai tumbuh di kawasan tropika

13.

Apakah yang berlaku jika sesuatu biji benih tidak mempunyai radikel?

a)

Pucuk tidak dapat tumbuh

b)

Akar tidak dapat tumbuh

c)

Makanan tidak dapat dibekalkan

d)

Air dan udara tidak dapat memasuki biji benih

14.

Apakah fungsi ovari?

a)

Tempat persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku

b)

Menghasilkan gamet betina dan hormon seks wanita

c)

Tempat embrio berkembang

d)

Menerima sperma

15.

Pada minggu berapakah fetus semakin kelihatan seperti bayi?

a)

Minggu 7-9

b)

Minggu 10-19

c)

Minggu 20-37

d)

Minggu 38-40

16.

Antara berikut, yang manakah bukan kaedah pencegah kehamilan?

a)

Implan

b)

Ligasi

c)

Kaedah IVF

d)

Vasektomi

17.

Antara berikut, yang manakah bukan agen pendebungaan?

a)

Angin

b)

Air

c)

Haiwan

d)

Manusia

18.

Antara berikut, yang manakah bukan sifat pokok kacukan Masmadu?

a)

Hasil buah lebih manis

b)

Buah lebih besar

c)

Daya tahan terhadap kemarau dan penyakit adalah tinggi

d)

Hasil isi yang lebih banyak

19.

Antara berikut, yang manakah bukan syarat-syarat percambahan biji benih?

a)

Air

b)

Udara

c)

Cahaya

d)

Suhu yang sesuai

20.

Apakah fungsi stamen?

a)

Menarik perhatian serangga

b)

Organ pembiakan jantan bunga

c)

Organ pembiakan betina bunga

d)

Melindungi bunga