Font size
WorksheetsT2 [PEL 1] - Allah SWT Pengurnia Hidayah
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Berikan nama surah dan nombor ayat pada petikan ayat di atas.
Surah al-Baqarah ayat 8
Surah ali-Imran ayat 8
Surah an-Nisa ayat 8
Surah Luqman ayat 8
Apakah maksud potongan ayat ini?
Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia
Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMu
Sesudah Engkau berikan petunjuk
Nyatakan dua intisari ayat.
Umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalam hidayah.
Allah SWT menegaskan keesaan, keagungan dan kebijaksanaanNya kepada seluruh makhluk.
Allah meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai tanda rahmat dan kasih sayangnya
Para malaikat dan orang berilmu mengakui keesaan, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan dengan doa ma'thur?
Doa yang diamalkan ketika kesusahan sahaja
Doa yang tidak bersumberkan al-Quran dan hadis
Doa yang baik yang hanya bersumberkan al-Quran
Doa yang bersumberkan al-Quran dan hadis
Apakah yang dimaksudkan dengan hidayah?
Rahmat
Berkat
Petunjuk
Ilmu
Apakah maksud rahmat?
Segala ganjaran yang Allah berikan kepada manusia yang hanya berkehendakkan dunia sahaja.
Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia seperti tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.
Pahala yang diperoleh apabila manusia rajin beribadah.
Segala keburukan yang Allah berikan kepada manusia akibat tidak melakukan suruhanNya.
Antara rahmat Allah SWT ialah _________________
jiwa yang kotor
akal yang lemah
hati yang busuk
tubuh badan yang sihat
Berdasarkan ayat 8 surah ali-Imran, umat Islam perlu berdoa agar ________________
dimurahkan rezeki
diberi kecerdasan otak
ditetapkan pendirian hati dalam hidayah
mengurangkan dosa
Allah SWT meneguhkan hati mukmin dalam (a) sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya. (Rujuk intisari ayat no. 2)
Tiada jaminan seseorang itu akan kekal berada dalam (a) Allah SWT kerana mereka boleh terkeluar daripada landasan iman. (Rujuk intisari ayat no. 5)
Perkara yang boleh menghalang hidayah ialah apabila
mengamalkan sifat mahmudah
mengamalkan sifat mazmumah
menguasai ilmu agama
sering berbuat amal jariah
Akibat tidak memperoleh hidayah
mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
jiwa dan perasaan sentiasa tenang
urusan sentiasa menjadi mudah
dikasihi Allah SWT
Antara pernyataan berikut, yang manakah BUKAN merupakan akibat tidak mendapat hidayah?
sukar melakukan kebaikan
susah menerima kebenaran
mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan
belajar dengan bersungguh-sungguh
Berikut adalah cara-cara memperoleh dan mengekalkan hidayah iaitu __________
I. Mensyukuri nikmat Allah SWT
II. Menuntut ilmu dengan sambil lewa
III. Kurang yakin kepada kebenaran akidah
IV. Berdoa memohon pertolongan Allah SWT
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Orang yang tidak mendapat hidayah akan hidup dalam kesesatan dan ___________
kebatilan
keburukan
kejahilan
kebodohan
Orang yang mendapat hidayah Allah SWT ialah orang yang paling ___________
sesat
malang
bermakna
beruntung
Perkara yang menghalang seseorang mendapat hidayah ialah _____________
memiliki sifat-sifat mahmudah seperti suka bersedekah, mudah memberikan senyuman dan sebagainya.
sering membaca al-Quran
meninggalkan ibadat-ibadat fardu seperti solat lima waktu
selalu melakukan solat-solat sunat Rawatib
Kelebihan orang yang memperolehi hidayah ialah
tidak menjadi contoh dan teladan kepada orang lain
jiwa dan perasaan sentiasa tenang
sering dipandang hina oleh masyarakat
usia tidak diberkati
Rasulullah SAW mengajarkan bacaan doa ini supaya dapat __________________
membersihkan hati
menenangkan hati
mengukuhkan keimanan
menguatkan keazaman
Susun potongan ayat berikut menjadi susunan ayat yang betul:
1. بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
2. وَهَبْ لَنَا
3. إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
4. رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا
5. مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً
1, 5, 4, 3, 2
4, 5, 3, 1, 2
3, 5, 1, 4, 2
4, 1, 2, 5, 3
