NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
angkah kiri
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ________________________________
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penuku
bagai wau putus tali
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawah hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ .
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
makan hati
iri hati
ada hati
buah hati
Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga
ambil hati
ambil langkah
ambil ringan
ambil angin
Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia.
buah tangan
buah mulut
buah hati
buah pena
