Font size
WorksheetsUlum al-hadis dan kepentingannya
Total questions: 15
Worksheet time: 33mins
Dari segi istilah, hadis ialah _____ , _____ , _______ , dan _____ yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW.
Pilih jawapan yang tepat bagi ruangan kosong di atas.
perkataan
perbuatan
pengalaman
taqrir
sifat
Istilah - istilah lain yang sama erti dengan al-hadis ialah
i - الأصول (al-usul)
ii - الأثر (al-athar)
iii - السنة (as-sunnah)
iv - الناسخ (an-nasikhu)
A - i dan ii
B - ii dan iii
C - iii dan iv
D - i dan iv
Terjemahan hadis:
(a) Aku mendengar al-Barra' RA berkata : bahawa Rasulullah SAW adalah paling tampan wajahnya dan paling baik akhlaknya. (sehingga akhir hadis...) -riwayat al-Bukhari-
Hadis di atas merupakan contoh bagi TAQRIR NABI SAW yang dianggap sebgai al-Hadis.
Tulis BETUL atau SALAH bagi pernyataan di atas.
Terjemahan hadis:
(a) Nabi SAW telah dihidangkan dengan daging dhab bakar, maka diberitahu kepada Baginda sesungguhnya ia daging dhab maka Baginda tidak mengambilnya, maka Khalid bertanya : adakah ia haram? Baginda bersabda : tidak, binatang tersebut tidak terdapat di kampung kaumku, maka aku berasa tidak suka. Maka Khalid memakannya sedangkan Rasulullah SAW melihatnya -riwayat al-Bukhari-
Hadis di atas merupakan contoh TAQRIR NABI SAW yang dianggap sebagai al-Hadis.
Tulis BETUL atau SALAH bagi pernyataan di atas.
Contoh bagi SIFAT NABI SAW yang dianggap sebagai al-Hadis ialah peristiwa Baginda menunaikan solat di atas haiwan tunggangannya dengan kiblatnya dihadapkan mengikut ke arah mana pun haiwan itu menghadap.
SALAH
BETUL
Contoh bagi PERKATAAN NABI SAW yang dikenali sebagai al-Hadis ialah hadis yang menyebut berkenaan setiap perbuatan itu bergantung kepada apa yang diniatkannya.
SALAH
BETUL
Pilih pernyataan yang BENAR tentang maksud ulum al-hadis dari segi istilah.
i - سواتو علمو يڠ ممبحثکن تنتڠ القرءان دان ڤرکارا يڠ برکاءيتن دڠنڽ
ii - ݢاݢسن علمو يڠ مڠاندوڠي اصول دان قاعده
iii - اونتوق مڠتاهوءي کأداءن سند دان متن
iv - سام سند دان متن ترسبوت دتريما اتاو دتولق
A - i , ii dan iii
B - i , ii dan iv
C - i, iii dan iv
D - ii , iii dan iv
Pernyataan:
i - makna dan lafaznya daripada Allah SWT
ii - dinisbahkan kepada Allah SWT dengan lafaz : قال الله سبحانه وتعالى
PILIHAN JAWAPAN:
- HADIS QUDSI
- HADIS NABAWI
- AL-QURAN
Soalan : Tulis ISTILAH yang tepat bagi pernyataan di atas berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberi.
(a)
Pernyataan:
i - makna dan lafaznya daripada Rasulullah SAW
ii - dinisbahkan kepada Rasulullah SAW dengan lafaz قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
PILIHAN JAWAPAN:
HADIS QUDSI HADIS NABAWI AL-QURAN
Soalan : Tulis ISTILAH yang tepat bagi pernyataan di atas berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberi.
(a)
Pernyataan:
i - makna daripada Allah SWT dan lafaz daripada Rasulullah SAW
ii - dinisbahkan kepada Rasulullah SAW dengan lafaz قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه
PILIHAN JAWAPAN:
HADIS QUDSI HADIS NABAWI AL-QURAN
Soalan : Tulis ISTILAH yang tepat bagi pernyataan di atas berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberi.
(a)
Golongan orientalis ialah golongan _________ yang terdiri daripada orang yahudi dan kristian yang mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai _________ khasnya berkaitan agama Islam, bertujuan untuk menimbulkan ________ umat terhadap agama Islam.
pendakwah barat - hal2 kebaratan - keyakinan
pendakwah barat - hal2 ketimuran - keyakinan
sarjana barat - hal2 ketimuran - keraguan
sarjana timur - hal2 ketimuran - keraguan
Golongan orientalis membuat tuduhan bahawa....
Rasulullah SAW seorang yang maksum
hadis Rasulullah SAW ialah ajaran palsu
hadis hanya muncul pada zaman sayyidina Umar Ibnu al-Khattab RA
Rasulullah SAW pandai menulis dan membaca selepas diajar oleh Jibril AS
Pernyataan:
Mereka yang menolak hadis dan hanya menyeru umat Islam untuk beramal dengan al-Quran sahaja, yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.
Golongan yang dimaksudkan bagi pernyataan di atas ialah....
golongan anti quran
golongan anti hadis
golongan anti hadis dan quran
golongan ahli bid'ah
Dakwaan negatif:
Konsep sunnah tidak pernah disebut pada zaman Rasulullah SAW dan hanya mula timbul pada zaman pemerintahan khalifah Umar
Pilih hujah yang SALAH untuk menolak dakwaan negatif seperti di atas.
Jawapan yang dipilih boleh melebihi daripada satu pilihan jawapan yang munasabah.
Catatan berkenaan ajaran yang dibawa oleh Baginda telah berlaku semasa hayat Baginda lagi, seperti peristiwa dakwah melalui surat yang Baginda kirimkan kepada pemerintah Habsyah (an-Najashi)
Konsep sunnah telah terbukti wujud semenjak zaman Rasulullah seperti yang boleh difahami melalui hadis : hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin yang mendapat petunjuk
Rasulullah SAW memang diakui sebagai seorang manusia biasa tetapi Baginda maksum, ditambah pula Baginda satu-satunya manusia yang dikurniakan wahyu oleh Allah SWT
Gelaran as-Siddiq diberikan kepada Rasulullah SAW oleh penduduk Mekah secara umumnya, sama ada masyarakat arab jahiliah mahupun pengikut Baginda sendiri
Antara hujah untuk menolak dakwaan negatif berkenaan Rasulullah SAW dan hadis Baginda ialah penemuan bukti daripada beberapa sohifah (صحيفه) para shabat dan tabi'in yang mencatatkan hadis di dalamnya.
BETUL
SALAH
