Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz tatabahasa Tingkatan 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.

a)

Penghuni

b)

Petani

c)

Penduduk

d)

Peneroka

2.

Seseorang itu tidak harus .......... dengan gelaran yang kurang menyenangkan dirinya kerana hal itu tidak berperikemanusiaan.

a)

digelar

b)

dipanggil

c)

dikecam

d)

ditegur

3.

Kerugian akibat kebakaran itu ......... berjuta-juta ringgit.

a)

dinilaikan

b)

dianggap

c)

ditaksirkan

d)

ditafsirkan

4.

Perbelanjaan secara ....... perlu dilaksanakan ketika zaman kegawatan ekonomi ini.

a)

berjimat

b)

bercermat

c)

berhemah

d)

berhemat

5.

Pelabur-pelabur asing mendapat berbagai-bagai ....... untuk menggalakkan mereka menanam modal di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.

a)

insentif

b)

bonus

c)

ganjaran

d)

intensif

6.

Para pekerja asing di pasar borong itu dibayar ....... dua minggu sekali kerana mereka turut melakukan pekerjaan sampingan pada waktu petang.

a)

upah

b)

gaji

c)

pendapatan

d)

wang

7.

Pegawai itu ........... di mahkamah kerana dituduh ........ wang syarikat.

a)

dibicarakan ....... mensonglap

b)

dihadapkan ...... menggelapkan

c)

didakwa ....... menggelapkan

d)

dihadapkan ...... menyelewengkan

8.

Sikap remaja yang berfikiran ..... menyebabkan ...... sosial terus berlaku dalam kalangan generasi muda.

a)

cetek ..... kepincangan ....

b)

singkat ..... kepincangan ....

c)

cetek ..... kebejatan ....

d)

singkat ..... kebejatan ....

9.

Pusat sumber yang lengkap dengan pendingin hawa dan kemudahan melayari Internet menyediakan ......... ......... untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran.

a)

suasana kondusif

b)

prasarana kondusif

c)

tempat selesa

d)

suasana konklusif

10.

Perpustakaan di universiti yang lengkap dengan ....................... dan kemudahan melayari Internet menyediakan prasarana yang canggih untuk memudahkan para mahasiswa menyiapkan tugasan.

a)

media massa

b)

pelbagai multimedia

c)

kepelbagaian multimedia

d)

multimedia

11.

Pesakit influenza perlu mengamalkan ...... batuk dan bersin yang betul, dengan cara menutup hidung serta mulut dengan tisu, kemudian membuang tisu ke dalam tong sampah tertutup.

a)

kaedah

b)

etika

c)

kebiasaan

d)

tatasusila

12.

............. diadakan pada setiap tahun untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.

a)

Perlawanan Merentas Desa

b)

Kejohanan Merentas Desa

c)

Kejuaraan Merentas Desa

d)

Pertandingan Merentas Desa

13.

........... bagi semua institusi pendidikan tinggi awam dan juga swasta telah ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.

a)

Proses pengajian

b)

Sesi pembelajaran

c)

Tempoh pembelajaran

d)

Sesi pengajian

14.

Kaedah pembelajaran secara ........ menggunakan aplikasi Telegram, Whatssap dan Google Classroom memudahkan murid-murid mengulang kaji topik-topik tertentu apabila kuiz-kuiz dan nota ringkas dapat diakses pada bila-bila masa sahaja.

a)

atas talian

b)

online

c)

dalam talian

d)

jalur lebar

15.

Buku "A Doctor In The House" yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap sebagai ............... kerana mengisahkan pengalaman kehidupannya sejak remaja sehinggalah beliau berjaya menjadi seorang doktor, seterusnya menceburi bidang politik.

a)

autobiografi

b)

dokumentasi

c)

dokumentari

d)

biografi