wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pokok rambutan di dusun datuk berbuah ____________.

a)

penuh

b)

besar

c)

harum

d)

lebat

2.
 Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
a)
Uzur
b)
lusuh   
c)
 layu 
d)
kelam
3.

2) Berikut merupakan jenis kata adjektif kecuali

a)

Warna, ukuran

b)

Bentuk, waktu

c)

Jarak, cara

d)

Pancaindera, pancaragam

4.

7) Para pelajar kelihatan ................ sehingga berpeluh apabila warden memeriksa almari mereka.

a)

curiga

b)

gelisah

c)

gembira

d)

pasrah

5.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
6.

Jari telunjuk Adelia bernanah dan ________kerana tertusuk duri udang yang tajam.

a)

pucat

b)

luka

c)

bengkak

d)

lebam

7.

Baju abang Ikram berbau _________selepas pulang daripada menangkap ikan di sungai.

a)

hanyir

b)

hancing

c)

hamis

d)

hapak

8.

Zara menyanyi dengan suaranya yang __________ sekali sehingga membuatkan penonton terpukau.

a)

serak

b)

nyaring

c)

garau

d)

merdu

9.

Sejak berat badan Zaidie meningkat, baju dan seluarnya sudah _______________.

a)

singkat

b)

padat

c)

sendat

d)

pendek

10.

Cahaya bulan yang ______________ itu sungguh cantik.

a)

tenggelam

b)

mengembang

c)

kelam

d)

mengambang

11.
Sani selalu ditegur oleh guru Bahasa Malaysia kerana tulisannya __________ .
a)
comot
b)
kasar
c)
buruk
d)
lama
12.
Rumah yang ___________ itu kepunyaan seorang lelaki tua yang tidak diketahui asal-usulnya.
a)
lama
b)
usang
c)
roboh
d)
busuk
13.
Pisang muda itu ________ rasanya.
a)
manis
b)
masam
c)
kelat
d)
pahit
14.

Bilik tidur Fateh kelihatan _________ dan ________ kerana dia sentiasa mengemaskan bilik tidurnya.

a)

comot ...... bersih

b)

lawa .... semak

c)

elok ..... lapang

d)

kemas .... bersih

15.

Kerana kepenatan, Encik Fansuri tertidur ________ di atas sofa di ruang tamu rumahnya.

a)

tenang

b)

lali

c)

sendu

d)

lena